in

Video Music THE ALIF Empayar Caliphso

EMPAYAR CALIPHSO TARUHAN BARU THE ALIF

Kumpulan kugiran THEALIF ini ditubuhkan sekitar bulan pada Mei 2010, mempertaruhkan muzik berentak new wave pop dan rock. Mereka juga banyak bermain dengan melodi yang catchy dan groovy membuatkan mereka tampak lain dari band yang sedia ada di Malaysia.

Seiring dengan peredaran zaman, THEALIF tampil dengan rentak muzik yang lebih segar dan menarik buat pendengar setianya. Sekiranya anda mahukan kelainan dalam rentak muzik THEALIF ini adalah pilihan yang sangat tepat. Single terbaru mereka, Empayar Calipsho membuktikan muzik industri Malaysia seiring dengan muzik semasa.

Single terbaru mereka ini sudah pun dimainkan dicorong-corong radio tempatan. Sekiranya anda suka dan menyokong muzik yang mereka perjuangkan, undi dan minta lagu Empayar Calipsho di stesen radio kegemaran anda. Jika anda masih belum dengar muzik yang mereka perjuangkan anda boleh layari Video Music Empayar Caliphso di Youtube:

THE ALIF – Empayar Caliphso Video

Laman Sosial The Alif

Facebook : http://www.facebook.com/pages/THE-ALIF/125515070809047
Twitter : @empayarthealif
Youtube; http://www.youtube.com/thealifband

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Budak Reben Merah

Lirik Sang Penuntun Hati Single Terbaru Nana Azmi