in ,

Video Majlis Persandingan Resepsi Aril & Puteri

Lazimnya, pasangan pengantin akan diraikan di majlis resepsi beberapa hari selepas diijabkabulkan. Tapi tidak bagi selebriti yang bakatnya dicungkil dari Akademi Fantasia ini, Aril ini. Beliau memilih untuk mengadakan majlis resepsi tiga bulan selepas nikah atas kengkangan masa dan kesempitan waktu.

Bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu, Budiey sempat menyaksikan sendiri majlis yang meriah meraikan pasangan pengantin diadakan. Ternyata penyanyi yang juga penyampai Era FM, Khairil Azam Pilus, 29 dan isterinya, Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin, 27 ternyata bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk meraikannya bersama tetamu yang terdiri daripada keluarga, rakan-rakan dan media. Ye lah, sebagaimana yang kita tahu, isteri Aril adalah pramugari dan mereka sentiasa berjauhan. Kerana itu juga, majlis resepsi dilangsungkan selepas tiga bulan mereka bernikah.

[pullquote]Menurut Aril, walaupun mereka sentiasa berjauhan, namun dengan teknologi yang canggih sekarang, hubungan mereka dirasakan dekat kerana mereka sentiasa berhubung dengan Skype, Whatsapp dan bercakap melalui telefon. Aril juga turut berterima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus dalam melaksanakan majlis persandingan mereka. [/pullquote]

Bertemakan warna hitam dan emas, majlis yang menggabungkan elemen ‘gatsby’ dan suasana retro 1960-an itu dilatari dengan muzik dan lagu-lagu cinta dan semua ini diilhamkan oleh perancang majlis perkahwinan, Mike Manicka. Pelamin dan pentas pula mendapat sentuhan, Shikin Kadir manakala dekorasi oleh Anuar.

Sama cantik sama padan, pasangan ini cukup mempersonakan dengan persalinan rona champagne bertemakan era Victorian. Mereka nampak secocok sekali memukau semua hadirin saat melangkah masuk ke dewan. Aril nampak kacak dan segak dengan mengenakan sut rekaan Anuar Faizal manakala Puteri pula anggun dan memukau tetamu dengan gaun pengantin dari Pu3 Bridal yang mendedahkan bahagian bahunya. Puteri Erma ini disolek dan dirias oleh jurusolek terkenal, Syaheeda Rahman. Aril pula disolek oleh Ju Edan.

Budiey dikhabarkan, Aril dan Puteri akan diraikan sekali lagi pada 22 Mac ini di majlis resepsi di Melaka yang diadakan khusus untuk keluarga sebelah pihak keluarga Aril dan sekaligus memenuhi adat upcara sambut menantu.

Video Majlis Persandingan Resepsi Aril & Puteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaafar Onn Ditipu & Dikhianat Oleh Rakan Kongsi?

50 Photos G-Dragon Taeyang Seungri Thinking Of You Fan Meeting Show