in

Video Madonna Terjatuh Masa Perform di BRIT Awards 2015

Kesian pulak Budiey tengok video viral Madonna terjatuh masa perform di pentas BRIT Awards 2015 yang berlangsung di London 02 Arena. Rasanya sebab tersangkut kat tanduk penari tu rasanya. Aduyai. Nak ketawa pun ada, kesian pun ada. Tapi dia tetap gagah untuk meneruskan persembahan. Good job Madonna!

Sejurus selepas persembahan, Madonna sempat membalas ucapan dan komen dari peminat di Instagram dengan mengatakan segalanya okay dan beliau mengucapkan terima kasih atas ucapan dari peminat.

Madonna juga turut mengatakan antara punca beliau terjatuh adalah kerana cape yang dipakai itu terlalu kuat ikatannya membuatkan beliau tersadung ke belakang setelah tidak berjaya menguraikan serta membuka ikatan pada lehernya lalu terjatuh dari tiga tangga ke bawah.

“My beautiful cape was tied too tight… But nothing can stop me and love really lifted me up! Thanks for your good wishes! I’m fine!”

Nasib baik tak tertikam tanduk satan yang dipakai oleh penari. Namun, Madonna cukup profesional dan meneruskan persembahan dengan baik.

Madona fall

Madona fall

Madona fall

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie OMBAK KENANGAN Lakonan Farahdhiya

Lirik Lagu RINDU Shae & Nukilan