in ,

Video Lirik Lagu Aizat Amdan Jerrypah

Baru je semalam, Budiey ada perasan Aizat Amdan telah mengupload video berupa lirik sebuah lagu yang Budiey rasa sangat catchy, sangat layan orang kata, berjudul Jerrypah. Video tu bukannya video rasmi untuk lagu Jerrypah, cuma ia menampilkan Aizat memegang board yang tertera setiap bait lirik.

Memang kreatif gak la teknik pengambaran ni kerana sebenarnya, ia menggunakan berpuluh-puluh foto atau gambar Aizat lalu digabungkan ke dalam satu video. Teknik mengingatkan Budiey dengan sebuah iklan DiGi lakonan Aizat tak lama dulu yang menggunakan teknik yang sama. Tapi video iklan tu pergerakan atau pertukaran dari gambar ke gambar sangat cepat dan laju sekali.

Bagi Budiey, kali pertama dengar lagu ni rasanya masa Aizat perform kat Dewan Philharmonik Petronas tahun lepas. Entah macamana, lagu ini mengingatkan Budiey dengan lagu-lagu Beatles yang berirama pop klasik.

Menyentuh pada lirik, sebenarnya lagu ini mencampurkan dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Lirik yang mudah difahami oleh semua peringkat umur dan ia sangat best untuk layan.

Dari segi pemahaman dan maksud, lirik ini menyatakan rasa cinta seorang lelaki kepada seorang gadis.

Okaylah, korang layannnnzzzz!

Lirik Lagu Jerrypah – Aizat Amdan

Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah

Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Selama-lamanya
Selamanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GAMBAR Restoran di Bangunan KLCC Terbakar

Filem UNCLE USIN