• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Video Klip Terbaru Anuar Zain Ajari Aku Featuring Nora Danish

1
  • by Budiey
  • in Anuar Zain · Video Muzik
  • — 19 Nov, 2012

Pada jam 3 petang tadi, video klip terbaru Anuar Zain berjudul Ajari Aku telah dilancarkan oleh Anuar Zain Network dan Universal Music Malaysia. Kini boleh ditonton di Youtube dan di kaca TV. Jika anda nak search kat Youtube, sila taip Ajari Aku HD sebab jika korang taip Ajari Aku Anuar Zain, memang banyak video klip yang muncul. Atau pun nak senang, sila langgan atau subscribe Youtube channel Anuar Zain Network: http://www.youtube.com/user/anuarzainnetwork

Budiey telah menonton video klip ini semasa hadir di Majlis Pelancaran Video Klip Ajari Aku yang diadakan di White Box, Publica, Solaris Dutamas. Sangat ohsem video klip ini. tak caya cubala tonton. :)

Anuar Zain Ajari Aku

ARAHAN GHAZ ABU BAKAR

Video berdurasi 4:38 minit ini diarahkan oleh pengarah video klip tersohor, Ghaz Abu Bakar yang pernah mengarah beberapa video klip Anuar Zain sebelum ini. Cukup berkarisma dan ada kredibiliti untuk menghasilkan video sejak 10 tahun lalu.

Ya, Budiey pun akui, Ghaz adalah seorang pengarah muda yang berbakat besar dalam menghasilkan visual dan menterjemahkan maksud emosi lagu di skrin dengan gayanya yang dramatik dan tersendiri. Nama Ghaz juga disebut-sebut selepas filem pertama arahannya, Hantu Kapcai meraih jumlah penonton yang ramai.

Sebelum ini, video pertama yang dihasilkan oleh Ghaz Abu Bakar juga adalah video klip lagu Anuar Zain yang berjudul Sesuci Cintamu. Kalau korang masih ingat, dalam video ini, Anuar Zain kena ikat kat kerusi tu. Haa, ingat tak?

Menurut kata Ghaz, bekerja dengan Anuar Zain ni best sebab Anuar Zain tahu apa yang dia nak untuk menyampaikan emosi dalam lagu itu. Anuar Zain dah bersedia siang-siang. Anuar Zain taklah cerewat yang disangka. Yang penting, semuanya dijayakan dengan kerjasama semua pihak.

Berapa kos video klip ini? Tiada jawapan untuk soalan ini kerana pihak Universal Music Malaysia tidak mahu komen lebih lanjut.

Video Rakaman Budiey – Sekitar Pelancaran Muzik Video Ajari Aku Anuar Zain:

Anuar Zain katanya, begitu selesa bekerja dengan Ghaz Abu Bakar dan merasakan Ghaz Abu Bakar adalah pengarah yang layak untuk mengarah video klip ini yang memerlukan Anuar Zain berlakon.

PENAMPILAN NORA DANISH & DATO’ RAHIM RAZALI

Yang bestnya, ada penampilan pelakon cantik dan manis, Nora Danish serta seorang ikon seni hiburan yang disanjungi Anuar Zain iaitu Dato’ Haji Rahim Razali. Nora Danish memegang watak sebagai kekasih Anuar Zain dalam video klip ini dan Dato’ Rahim Razali pula sebagai ayah kepada Anuar Zain.

Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.

“Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut. Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora.”

Bagaimanapun, perhubungannya dengan Nora Danish tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku.

Video klip Ajari Aku menjalani pengambaran di Hotel Hyatt Kuala Lumpur yang masih baru dibuka.

Bagi Anuar Zain, sememangnya satu rezeki untuk beliau dapat bekerjasama dengan Rahim Razali. Kualitinya sangat tinggi, seorang yang legenda yang saya anggap sebagai satu anugerah. Seorang yang memahami dan mutu lakonan bertaraf bintang yang beliau segani.

Nora Danish pula adalah pilihan yang tepat kerana dari segi paras rupa kecantikan yang ada pada Nora, dan juga bakat Nora yang sangat bagus, berjaya melakonkan adegan dalam video klip ini. Kadang-kadang tu, dapat menaikkan bulu roma kerana Nora Danish seorang yang hebat.

Selepas diberi tawaran oleh Ghaz untuk jadi pengantin dan kekasih Anuar Zain, Nora Danish tanpa berfikir panjang terus menyahut cabaran untuk berlakon, tanpa tengok skrip.

ANUAR ZAIN NAFI BERCINTA DENGAN NORA DANISH

Anuar Zain menafikan beliau berkawan rapat dengan Nora Danish meskipun sangat mengkagumi bakat yang ada pada Nora Danish. Anuar Zain juga menafikan gossip mengatakan beliau pernah makan malam dan keluar dating dengan Anuar Zain. Semua itu adalah khabar angin yang tak betul sebab mereka bekerja dengan profesional semasa di set pengambaran.

Anuar Zain Ajari Aku

DRAMATIK & TWIST

Video muzik ini ada jalan dan plot penceritaannya tersendiri. Cerita yang ringkas dan ada twist di penghujungnya dan akan bersambung di video klip seterusnya. Jika anda dah tonton video klip ini, Nora Danish telah mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan untuk bertemu Anuar Zain dan terpaksa dirawat di hospital.

Video Ajari Aku akan bersambung dalam video klip Sempurnakan Aku yang akan dilancarkan pada bulan Disember ini.

Tengok pada kesan khas semasa adegan kereta yang dinaiki Nora Danish kena langgar dalam video klip ini mengingatkan Budiey dengan kesan khas dalam filem Hantu Kapcai.

Menurut Anuar Zain, kedua-dua video ini mengambil masa selama 4 hari untuk disiapkan dan berjalan dengan lancar.

“Saya sentiasa mahu berkongsi minat saya dengan muzik dan mahu memberikan yang terbaik kepada peminat dan pendengar. Hasil dari kerjasama dan idea dari semua pihak, saya merasakan idea dan konsep muzik video kali ini adalah amat berbeza daripada muzik video saya sebelum ini. Saya sangat teruja untuk menghasilkan Ajari Aku untuk tatapan peminat dan siap dalam masa satu bulan.”

Sekurang-kurangnya, video klip lagu ciptaan komposer Indonesia, Adrian Martadinata ini merawat kerinduan peminat yang mahu melihat Anuar Zain berlakon. Ia memberi sesuatu yang terbaru dan segar.

Anuar Zain Ajari Aku

ANUAR ZAIN BUAT COMEBACK
Setelah menonton video klip yang turut dilakonkan oleh Nora Danish dan Dato’ Haji Rahim Razali ini, Budiey merasakan video klip ini bakal mewarnai karier seni Anuar Zain kerana sudah lama Budiey dan peminat AZ tak tengok Anuar Zain berlakon. Kiranya ini boleh kita anggap satu comeback Anuar Zain untuk berlakon kembali selepas beliau tak nak berlakon lagi. Jadi, walaupun beberapa babak, sikit sebanyak kerinduan peminat untuk melihat Anuar Zain berlakon tu terubat.

Video klip Ajari Aku ini juga menjulang kredibiliti dalam senarai pencapaian atau profile Anuar Zain yang mana menampilkan kekuatan rasa cinta dan kasih sayang dari seorang kekasih

Anuar Zain sendiri mengakui dia tak sabar untuk melihat reaksi peminat yang menonton video ini. Segala komen akan diambil untuk meningkatkan lagi mutu di video yang seterusnya. Anuar Zain menyerah segalanya kepada pendengar dan peminat untuk menilainya.

Pastikan anda semua menantikan kesinambungan muzik video ini menerusi lagu Sempurnakan Aku pada bulan Disember ini.

Untuk info lanjut pembaca boleh LIKE Facebook Anuar Zain Network: www.facebook.com/AnuarZainNetwork dan anda semua boleh menonton video klip ini di:

www.youtube.com/user/anuarzainnetwork

Sekitar Sidang Media Muzik Video Ajari Aku Anuar Zain

Anuar Zain Ajari Aku

Anuar Zain Ajari Aku

Anuar Zain Ajari Aku

Anuar Zain Ajari Aku

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Ajari AkuAnuar ZainGhaz Abu BakarNora DanishRahim RazaliVideo Klip Terbaru

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Anuar Zain di Pelancaran Muzik Video Ajari Aku
  • Next story Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

ENTRI BERKAITAN

  • Video klip MTV lagu Teman Sejati versi Rock 22 Oct, 2008
  • Anuar Zain Terima Bayaran Pampasan RM18,859.38 6 Feb, 2012
  • Halim Devotees Lancar Single Lagu Message Undelivered 11 Jun, 2012
  • Muzik Video 5 Minit Ramlah Ram Featuring CAPRICE & DEM LEPAK BOYZ 19 Mar, 2013

1 Comment

  1. Yus says:
    Thursday, November 29, 2012 at 3:21 pm

    Love it….tak sabar nak tgk sambungannya <3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.