in

Video Keletah DJ Adik di Konti KL Pop Radio Memang Meletop

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 2 petang kelmarin, Budiey telah dijemput oleh Joe Saiful mewakili Radio @KLPopRadio untuk menjadi tetamu di segmen Diva Vazz bersama DJ Adik. Kebetulan semalam, tiada apa event, jadi Budiey luangkan masa untuk bersantai bersama DJ Adik buat pertama kalinya.

Nama DJ Adik mungkin kedengaran agak asing tapi kalau Budiey sebut Azwan Ali… pasti seantero dunia akan mengenali beliau. Gambaran awal semasa menonton beberapa hari sebelum bertandang di konti milik 1MalaysiaTV ini, Budiey dapat menyamakan DJ Adik dengan watak Azwan Ali semasa menjadi co host dalam Propaganza. Namun, selama lebih 2 jam Budiey berada di dalam konti bersama Azwan Ali, ternyata ada sikit perbezaaannya.

[pullquote align=”right”]Selain Budiey, sebelum ni dah ramai selebriti turut diundang untuk dilaser oleh Azwan Ali di kerusi tetamu.[/pullquote]

Di sini, Budiey nak ucap tahniah buat Azwan Ali kerana mendapat gelaran sebagai DJ Radio. Walaupun baru 4 minggu jadi DJ tapi Budiey nampak Azwan Ali dah makin matang dan cepat belajar terutama bab-bab bukan tekan punat peralatan penyiaran di konti. Syabas diucapkan. Bukan senang nak belajar itu semua. Ternyata, Azwan Ali ni jenis orang yang bersungguh-sungguh selain keletahnya di konti yang boleh ditonton menerusi www.klpop.my menjadi tarikan utama.

Kalau tidak menjadi tarikan utama, tidaklah segmen Diva Vazz yang bersiaran mulai jam 11 tengahari – 3 petang tak menjadi hits dan naik rating. Budiey diberitahu oleh Joe, server radio online dan interaktif ini telah diupgrade selama lebih 3 kali bagi memastikan pendengar lebih mudah untuk menonton apa yang berlaku dalam konti. Wah, sekarang kalau anda boleh tonton dalam bentuk definisi tinggi (HD).

Itu yang menariknya, radio KL Pop Radio ni, sebab kita boleh menonton apa yang berlaku dan juga kita dapat melihat tetamu yang bertandang di konti secara live. Itu keunikannya dan ini membezakan radio KLPopRadio dengan radio yang lain.

[pullquote]Ada dua cara untuk dengar radio ini, samada di www.klpop.my atau anda download aplikasi 1MalaysiaTV di alat peranti atau gajet anda.[/pullquote]

Budiey percaya, radio ini akan semakin menjadi radio kegemaran ramai dengan sokongan semua selebriti yang turut diundang setiap hari. Pengalaman selama 1 jam lebih berada di konti memang best. Budiey tak rasa neves atau berdebar langsung sebab suasana jadi santai giler. Mungkin yang jadi deejaynya adalah Azwan Ali kot. Dia ni memang pakai redah je nak cakap apa. Cuma takdela melalut atau mencarut tu, memang takde langsung la. Nama pun segmen Diva Vass, jadi banyak juga segmen lain diterajui oleh Azwan Ali seperti Panggilan Pelesu dan gossip.

Namun, bagi Azwan Ali pula, penglibatan dalam dunia penyiaran radio ini bukan lagi untuk tujuan populariti.

“Sekarang ni, di usia yang kertu ni, aku dah tak nak kejar populariti semata-mata. Ini semua ni, adalah kerana aku minat dan aku mahu cuba sesuatu yang mencabar. Segala ini atas rasa tanggungjawab, uols.”

Semalam paling best sebab Budiey diberi kebebasan sepenuhnya oleh Azwan Ali untuk bercakap apa sahaja yang melibatkan events yang Budiey anjurkan. Terutama sekali, Budiey ada mewar-warkan tentang Party Budiey yang akan dilangsungkan tak lama lagi selepas followers budiey di Twitter mencapai 100K followers. Tak lupa, Budiey juga bersembang panjang tentang Konsert Anuar Zain 3 Dekad di mana Budiey sebagai blogger rasmi pastinya akan cuba untuk mempromosikan konsert mega ini. Begitu juga dengan AIFFA2013 yang akan berlangsung pada 28-30 Mac nanti. Terima kasih banyak-banyak atas peluang ini.

Untuk memudahkan anda yang sentiasa bergerak, boleh muat turun aplikasi 1MalaysiaTV di telefon bimbit samada Androids dan iOS (iPad, iPhones dan iPod). Cari je aplikasi ni di Play Store atau Apps Store ya, selama mendengar dan menonton!

Budiey dah sampai di @KLPopRadio... ini dia DJ ADIK @ADIKklpopRadio korang kenal tak? Hahaha

Budiey & DJ Adik. Ok korang dengar skrg di www.klpop.my atau donlod aplikasi 1MalaysiaTV KL POP RADIO di Android & Apps Store

Bersama geng @KLPopRadio selepas jadi tetamu @DJAdikKLPopRadio tghri tadi Thank you all!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Pemenang Anugerah Golden Globe Ke 70

Buletin Pertama Grand Brilliance Umum Pencapaian Sepanjang 2012