in

Video Flashmob Dokumentari P.Ramlee History Channel di Stesen LRT

Budiey rasa, pasti ramai peminat Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebak dan menitis mata seusai menonton Dokumentari P.Ramlee yang telah disiarkan jam 9 malam tadi di Saluran HISTORY (Astro 555).

Kepada yang ketinggalan menontonnya, jangan risau, saluran History akan menyiarkan siaran ulangan dokumentari ini pada 1 Nov 1pm n 10pm, 2 Nov 4pm, 6nov 7pm, 7 Nov 10am, 15 Nov 10pm di saluran 555.

Tahniah buat penerbit dan pengarah Shuhaimi Baba yang telah bertungkus lumus memberikan paparan menarik tentang latar serta liku kehidupan jatuh dan bangun yang dilalui oleh lagenda tanahair yang sukar untuk dicari ganti ini.

Budiey tertarik dengan sesi temubual dan rakaman P. Ramlee yang belum pernah ditonton. Interbiu bersama isteri-isteri allahyarham, kawan, pengurus peribadi, wartawan dan rakan artis juga pasti memberi impak dalam menjayakan dokumentari ini. Banyak faktar menarik tentang peribadi allahyarjam diperkatakan. Antaranya, rupanya P.Ramlee suka makan buah tembikai cicah kicap. Korang pernah cuba?

Beberapa hari yang lalu, Budiey ada menerima email daripada teman yang mengatakan satu acara tarian santai berkumpulan atau dipanggil flashmop telah diadakan di tiga stesen Rapid LRT terpilih iaitu KL Sentral, Masjid Jamek dan KLCC pada 30 Oktober lalu jam 3-6 petang.

Tarian flashmob ini adalah rangka promosi anjuran saluran History sempena Kempen Bulan P. Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan juga Dokumentari P.Ramlee. Flashmop ini dijayakan oleh 24 penari yang mana sebahagian daripada mereka pernah terbabit dalam pementasan P.Ramlee The Musical yang diterbitkan Enfiniti Vision Media.

Para penari yang menari mengikut rentak lagu Horee! Horee! dendangan Tan Sri P.Ramlee sambil sebahagian daripada pengguna pengangkutan tersebut menyaksikannya dari jauh.

Berita ini turut disiarkan di Astro Awani:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI

Berjayakah Revolusi Rombakan 2011 Memperkasakan Radio Hot FM