in ,

Video Finalis AJL27 Hazama Nyanyi Simetri Bersama Peminat

Jika anda mengikuti perkembangan Budiey di Twitter, pasti ada perasan yang Budiey turut mengikuti rombongan finalis Anugerah Juara Lagu 27 bersama media ke Melaka untuk Jelajah AJL27 yang diadakan di Kompleks Melaka Mall.

Acara ini nampaknya disambut baik oleh peminat dari Melaka. Budiey tengok semalam, pentas utama kompleks ini dibanjiri peminat. Sekurang-kurangnya, satu-satunya Jelajah AJL27 ini membuka ruang kepada mereka untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat finalis yang akan bertanding pada 6 Januari nanti.

Event yang berlangsung pada jam 2 petang hingga 6 petang itu turut mengundang penyanyi Hazama mendendangkan lagu Simetri. Walaupun tanpa kehadiran pasangan duet, Amy Search, penyanyi kelahiran AF ini bernasib baik kerana ada peminat yang sukarela untuk berduet dengannya.

Boleh tahan juga persembahan peminat Hazama yang bernama Sani ni. Cuba tengok video ni. Kelakar pun ada gak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Remy Ishak di Cabaran Skor Dashing Grand Final

Video Finalis AJL27 Amir Jahari Perform di Jelajah AJL27