in ,

Video Fahrin Ahmad Menyanyi Dalam Bas

Video ini mungkin belum lagi mencuri perhatian ramai. Tapi kami percaya ia akan jadi hits sikit masa lagi. Pelakon kacak Fahrin Ahmad baru-baru ini menyanyi di hadapan khalayak ramai dalam sebuah bas di satu program Kotak Muzik.

Difahamkan Kotak Muzik bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan belia.

Penglibatan Fahrin Ahmad menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh ini merupakan video kedua selepas Shila Amzah melakukan perkara yang sama sekitar Ogos 2012 yang lalu.

Program di mana pemuzik menyanyi secara akustik dalam bas ini merupakan yang pertama di Malaysia dan dianjurkan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM).

Video Fahrin Menyanyi Dalam Bas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Bercuti di Korea Bersama Iqram Dinzly

Gambit Saifullah & Pembantu Peribadi