in ,

VIDEO Anuar Zain Nyanyi di Majlis Pelancaran Album Terbaru

Untuk titipan dan tontonan pembaca, Budiey ada mengambil beberapa rakaman video di Majlis Sepetang Anuar Zain bersama Media yang berlangsung di Bistro 42, Bangsar Village 2, Bangsar, Kuala Lumpur. Jadi, korang boleh play, rewind dan listen je kat sini. Sorry, macam biasa video Budiey taklah segempak mana pun. Banyak kelemahan dan tak stabil.

Hampir tiga dekad menghambakan diri dalam bidang hiburan, penyanyi kacak bervokal lantang Anuar Zain cukup dikenali sebagai penghibur yang sangat menjaga kualiti album dihasilkannya sejak dulu lagi.

Namun, sayangnya, album yang berkualiti tidak menjanjikan jualan yang memberangsangkan daripada pendengar lantaran tidak mendapat tempat di stesen radio.

Budiey diberitahu, majlis ringkas dan santai hari ini diadakan sempena dengan pelancaran album terbaru Anuar Zain 2012 yang telah berada di pasaran pada bulan September tahun lepas. Mesti ramai yang bertanya, album dah lama dijual di pasaran tapi baru sekarang nak dilancarkan.

Di majlis ini, Anuar Zain menyanyikan 3 buah lagu. Antaranya, lagu Ku Berjanji Kerana Cinta, Nadi Terhenti dan Ajari Aku.

Ku Berjanji Kerna Cinta

Cinta Tak Harus Memiliki

Happy Birthday To You

Ajari Aku

Anuar Zain juga meraikan hari jadi seorang wartawan Astro Awani, Syazwan Zakariah dengan menyanyikan lagu Happy Birthday yang ke 32 buat Syazwan.

Ramai yang nak tahu samada album ini mendapat sambutan atau tidak dan berapakah jumlah jualan album di pasaran.

Selain mahu gigih merangka promosi untuk album ke-4 ini, Anuar juga merancang untuk menghasilkan album tribute selepas ini.

“Saya siapkan dulu album ke-4 ini dulu sebelum buat album tribute nanti. Sebenarnya, saya sudah lama saya merancang untuk buat album tribute yang memuatkan rangkaian lagu hits barisan artis pujaan saya sejak kecil lagi. Contohnya lagu dendangan Sohaimi Meor Hassan berjudul Epilog Cinta Dari Bromley yang cukup diminati sejak zaman kanak-kanak yang masih menjadi siulan peminat sampai kini.

“Saya juga akan sampaikan lagu dalam album tribute itu tanpa mengubah melodi asalnya. Cuma susunan lebih menarik dan lebih moden sikit.”

Apa pun yang Anuar Zain usahakan, Budiey ingin ucapkan selamat maju jaya.

Kepada pembaca yang belum lagi mendapatkan album terbaru Anuar Zain ini, apa kata dapatkannya di pasaran sekarang ya.

Anuar Zain Sepetang Bersama Media

Anuar Zain Sepetang Bersama Media

Anuar Zain Sepetang Bersama Media

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Raya Tips Kulit Sihat Farah Nabilah

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah