in ,

Usahasama Astro Entertainment dan Endemol Dimeterai

USAHASAMA ASTRO ENTERTAINMENT DAN ENDEMOL DI MALAYSIA

• Usahasama ini akan menawarkan pelbagai pengisian kandungan tempatan yang terbaik termasuk drama, hiburan, program bercorak realiti dan permainan khusus buat penonton di Malaysia.

• Usahasama ini juga akan memberi akses kepada portfolio global Endamol dan berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat penyiar tempatan.

• Ia juga akan menbangunkan industri pengisian kandungan tempatan yang baru untuk dibawa ke pasaran global.

• Perlantikan pengurusan kanan akan dibuat dalam waktu terdekat.

ASTRO Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan Endemol Asia Ltd hari ini mengumumkan tentang usahasama yang termeterai di Malaysia untuk penciptaan dan pembangunan pelbagai program baru untuk pasaran tempatan.

Endemol adalah pihak yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan pelbagai format dan program yang paling berjaya di dunia dan menerusi ushahasama ini, pihak Endemol dan AESB akan bekerjasama untuk mencipta dan menawarkan pengisian kandungan tempatan yang terbaik kepada semua penonton di Malaysia termasuklah untuk tontonan saluran televisyen percuma.

Usahasama yang termeterai ini juga akan memberikan akses kepada portfolio global Endamol dan peluang untuk bekerjasama dengan syarikat penyiar tempatan. Ia juga akan membangunkan pengisian kandungan tempatan dengan menekankan nilai-nilai murni dan budaya warisan yang boleh dibawa ke pasaran global. Ini adalah termasuk program-program seperti drama, hiburan, program bercorak reality dan permainan.

Perlantikan pihak pengurusan tempatan juga akan dibuat dalam waktu terdekat termasuklah untuk jawatan Pengarah Urusan yang buat pada masa ini disandang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Endemol Bahagian Operasi Asia, Arjen Van Mierlo.

Arjen Van Mierlo berkata: “Usahasama yang termeterai ini akan menekankan tentang komitmen Endemol kepada Asia, satu daerah yang kami rasakan mempunyai peluang pertumbuhan yang penting. Malaysia mempunyai pasaran televisyen yang berkembang pantas dan menerusi kerjasama dengan pihak Astro ini akan meletakkan kami di dalam kedudukan yang kukuh. Kami berasa teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka.”

Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif AESB berkata, “Ini merupakan perkembangan yang menarik untuk AESB dan Endemol yang mana ia mencerminkan satu lagi usahasama yang ‘terbaik di dalam kelasnya’ untuk menghasilkan pengeluaran yang berani dan inovatif.

Sebagai pembekal pengisian kandungan tempatan yang terbesar di Asia, AESB akan terus berusaha untuk mengembangkan pernyataan program yang dibekalkan dan sebagai pencipta pengisian kandungan yang utama di dunia, Endemol adalah rakan kongsi yang ideal bagi kami. Kami tidak sabar untuk menerbitkan program-program menarik berdasarkan format yang hit oleh Endemol untuk pasaran Malaysia serta bersama-sama mencipta IP baru yang boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa dengan sokongan daripada hak pengedaran global Endamol.”

Di Malaysia, Endamol telahpun menerbitkan program drama tempatan bercorak komedi berjudul Impak Minima dan Jodoh untuk siaran Astro dan juga sedang di peringkat pra-produksi untuk menerbitkan pelbagai program lain untuk siaran Astro dan TV3.

Penjanjian terbaru Endemol merentasi seluruh Asia termasuk program baru serta musim terbaru rancangan Deal or No Deal, 1 vs. 100 dan Big Brother untuk disiarkan di Korea, China, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem INCEPTION – Sensasi Selebriti

Gambar Heliza Bersama Peminat di Beijing, China