in

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Watak animasi Upin & Ipin dari Les’ Copaque Production telah dilantik menjadi duta bagi acara “Japan Halal Expo 2014” yang pertama kali diadakan di Jepun. Sebelum ini, Jepun tidak pernah mengadakan sebarang acara makanan halal memandangkan pasaran Halal di Jepun masih baru. “Japan Halal Expo 2014” berlangsung di Makuhari Messe pada 26 hingga 27 November 2014.

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Hasil dari kerjasama bersama pihak penganjur Halal Media Japan dan Makuhari Messe, akhirnya acara ini direalisasikan dan memilih Upin & Ipin sebagai ikon bagi makanan halal.

Upin & Ipin dipilih kerana watak animasi ini sangat sinonim dengan makanan halal dan masyarakat Islam di seluruh dunia. Pemilihan ini juga terdorong dari kerjasama bersama syarikat Jepun Tsuburaya untuk animasi “Upin, Ipin dan Ultraman Ribut”.

“Untuk memasuki pasaran Jepun bukanlah sesuatu yang mudah. Kami harus mencipta pasaran baru melalui makanan halal dan restoran Upin & Ipin di Jepun. Selepas kejayaan episod istimewa bersama Ultraman, kami merancang untuk mengadakan kerjasama jangka panjang bersama syarikat Tsuburaya.” ulas Tuan Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.

Pada acara ini, Les’ Copaque Production turut membuka booth promosi untuk restoran Upin & Ipin yang baru dibuka di Ebisu, Tokyo. Restoran ini dikenali sebagai “Ippin Teppanyaki” yang menyajikan makanan halal Jepun serta Malaysia. Di Jepun, “Ipin” bermaksud sesuatu yang paling bagus. Oleh itu nama “Ippin” digunakan bagi menyesuaikan dengan masyarakat Jepun.

Selepas “Japan Halal Expo 2014”, Les’ Copaque Production bakal mengembangkan perniagaan di negara Jepun dari pelbagai aspek.

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha Milan Tukar Kerjaya Jadi Cikgu Sally Di TV2

AZHAN RANI

Sekitar Tayangan Perdana LELAKI HARAPAN DUNIA