in

Upik Abu & Laura Alyssa Soebandono, Irwansyah di TV3

Slot Sinetron pula mengetengahkan siri Indonesia ‘Upik Abu & Laura’ menggantikan ‘Jelita’ dan bakal ke udara juga mulai 30 Mac 2009, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.30 petang. Siri ini mempunyai 103 episod dan mengetengahkan pelakon-pelakon popular Indonesia seperti Alyssa Soebandono, Cinta Laura dan penyanyi dan pelakon terkenal, Irwansyah.

Cinta Laura

Siri ini mengisahkan pemusuhan antara Opie dan Laura, dua orang gadis yang datang dari dua dunia dan latarbelakang yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk hidup. Opie merupakan seorang gadis miskin tetapi mempunyai hati yang baik. Dia berusaha untuk mencari tempat berlindung untuk dirinya dan adik-beradik angkatnya selepas diusir dari rumah mereka yang bakal dibangunkan sebagai pusat membeli-belah. Manakala, Laura pula merupakan seorang anak manja dari keluarga kaya yang telah ditarik keistimewaannya oleh ayahnya untuk mengajar dia tentang erti kehidupan dengan memaksa dia menjalinkan persahabatan dengan Opie.  

Laura terpaksa menjalani kehidupan tanpa wang, orang gaji dan kemewahan. Bagaimanakah kedua-duanya berhadapan antara satu sama lain? Dapatkah kedua-duanya mencapai persefahaman?

Jangan lupa untuk menyaksikan ketiga-tiga drama menarik ini hanya di TV3!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Punisher War Zone

Pelakon drama Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani Jatuh Sakit