in ,

Uniqlo Lancar Peraduan UNIQLOOKS Malaysia

UNIQLO Mencetus Ekspresi Gaya Peribadi melalui UNIQLOOKS Malaysia

[dropcap]G[/dropcap]aya mencerminkan pemikiran, emosi dan personaliti. Gabungan elemen-elemen ini boleh diterjemahkan kepada ekspresi diri, sama ada dalam bentuk seni, puisi atau gaya fesyen. Bagi mengiktirafkan keperluan semula jadi ini, UNIQLO memperkasakan individu untuk menyerlahkan gaya mereka dengan pakaian kasual yang unik namun inovatif bagi memeriahkan seni ekspresi diri.

Menepati falsafah Direka untuk Semua dan sebagai advokasi manifestasi gaya peribadi, UNIQLO Malaysia kini berbangga untuk mengumumkan ketibaan UNIQLOOKS di Malaysia. UNIQLOOKS, sebuah laman web komuniti fesyen, membolehkan semua orang dari setiap pelusuk dunia mengekspresikan, menayang-nayangkan dan berkongsi gaya masing-masing. Menyerupai sebuah buku gaya maya, UNIQLOOKS merupakan koleksi gambar janaan pengguna dari seluruh dunia berkenaan citarasa fesyen unik mereka yang sentiasa berevolusi.

“Dianugerahkan dengan warisan budaya yang kaya serta pengaruh antarabangsa, kami yakin bahawa warga Malaysia akan meningkatkan kepelbagaian UNIQLOOKS dan menyumbang kepada keseronokan fesyen yang belum pernah dialami sebelum ini bagi komuniti online,” kata Encik Satoshi Onoguchi, Pengarah Urusan UNIQLO (Malaysia) Sdn. Bhd. dan UNIQLO (Singapore) Pte.

“Lebih daripada sekadar sebuah portal fesyen yang mencetus inspirasi, UNIQLOOKS adalah aktualisasi falsafah jenama ini, iaitu Direka untuk Semua, dan kenikmatan yang terbit daripada pencampuran dan pemadanan pakaian UNIQLO bagi mengekspresikan gaya peribadi,” tambah beliau.

Bermula pada 1hb Jun, UNIQLOOKS Malaysia menawarkan warga tempatan satu platform untuk berkongsi personaliti fesyen mereka yang unik dengan seluruh dunia. Selain itu, UNIQLO turut menawarkan warga Malaysia peluang untuk merebut pengiktirafan gaya oleh ikon-ikon fesyen tempatan terunggul serta para connoisseur industri melalui peraduan UNIQLOOKS.

Panel hakim terdiri daripada Cheah Wei Chun, Pengarah Kreatif di sebalik pelbagai majalah fesyen; Tengku Azura, supermodel veteran Malaysia; DJ Goldfish, DJ terkenal tempatan; Lisa Surihani, pelakon terkenal; Geraldine Loy, jurusolek artis ternama; Carmen Soo, duta UNIQLO dan Satoshi Onoguchi, Pengarah Urusan UNIQLO Malaysia.

Bagaimana Untuk Menyertai Peraduan UNIQLOOKS Malaysia:

*Untuk melayakkan diri, para peserta perlu memiliki akaun Facebook

Langkah 1 – Ambil foto yang mempamerkan gaya peribadi anda sambil menggayakan sekurang- kurangnya SATU pakaian UNIQLO (tidak termasuk aksesori)

Langkah 2 – Layari www.uniqlo.com.my untuk arahan memuat naik foto Langkah 3 – Pastikan teman-teman anda mengundi untuk anda!

Peraduan ini mencari penyertaan Top 20 UNIQLOOKS yang dimuat naik dari Malaysia, di mana peserta yang disenaraipendek akan diundang untuk menandingi gaya peribadi di Acara Kemuncak pada 6hb Julai 2012.

Pemenang hadiah utama akan menerima sebuah pakej percutian 5 hari, 4 malam ke mana-mana bandar utama di dunia yang mempunyai sebuah kedai UNIQLO!

Latar belakang UNIQLO dan Fast Retailing
UNIQLO adalah sebuah jenama Fast Retailing Co. (FR), sebuah syarikat pemegangan runcit global Jepun yang terkemuka yang merekabentuk, mengeluarkan dan menjual pakaian di bawah lima jenama: Comptoir des Cotonniers, g.u., Princesse tam.tam, Theory, dan UNIQLO. Berdasarkan jualan global bernilai 820 bilion yen bagi tahun kewangan 2011 yang berakhir pada 31 Ogos, 2011, FR adalah syarikat runcit pakaian keempat terbesar di dunia dan UNIQLO adalah peruncit khas paling terkemuka di Jepun. UNIQLO menjalankan model perniagaan berintegrasi yang merekabentuk, mengeluarkan, memasarkan dan menjual pakaian kasual berkualiti tinggi selaras dengan falsafah ‘Direka untuk Semua’.
Hari ini, UNIQLO memiliki lebih dari 1,100 kedia di seluruh dunia, khususnya di A.S., U.K., Perancis, Russia, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand dan Korea, serta Jepun. UNIQLO terus melancarkan kedai berskala besar di bandar-bandar dan lokasi yang paling penting di dunia, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memantapkan kedudukannya sebagai jenama global yang sejati. UNIQLO menjalankan model perniagaan berintegrasi yang merekabentuk, mengeluarkan, memasarkan dan menjual pakaian kasual berkualiti tinggi selaras dengan falsafah ‘Direka untuk Semua’.
Berlandaskan pernyataan korporat yang komited ke arah menukar pakaian, mengubah kebijaksanaan konvensional dan mengubah dunia, FR berdedikasi dalam menghasilkan pakaian yang hebat dengan nilai yang baru lagi unik bagi memperkayakan kehidupan manusia di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai UNIQLO dan syarikat-syarikat kumpulan FR yang lain, sila layari www.uniqlo.com atau www.fastretailing.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Kawan-Kawanku Hantu Lakonan Zizan Raja Lawak

Tips Fesyen Artis Popular Dalam Program Majalah Planet R