in , ,

Umie Aida Sanggup Bunuh Erra Fazira Dalam Drama Ammara Batrisya?

Umie Aida sanggup membunuh Erra kerana dendam? Tak sangka segala kebaikan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Umie hanya untuk menutup motif sebenar untuk memusnahkan hidup Erra. Jangan salah sangka ya. itu semua hanya babak lakonan dua sahabat baik ini yang layak digelar primadona drama dan filem melayu dalam drama Ammara Batrisya yang bakal berakhir 28 Januari ini.

Karektor Umie Aida yang memegang watak Ammara, seorang wanita psiko dilihat sangat berkesan sehingga mampu membuat para penonton tidak sabar untuk menunggu kesudahan drama yang penuh konflik dan misteri ini. Episod akhir ini akan membongkar segala kejahatan Ammara yang selama ini berselindung disebalik kebaikan yang ditunjukkan kepada Batrisya.

Dendam yang disimpan semenjak kecil membuatkan Ammara sanggup melakukan apa sahaja walaupun yang bersalah adalah Marliah, ibu Batrisya yang merampas kebahagiaan keluarga mereka. Batrisya diseksa dan dikurung setelah dia mengetahui segala pergerakkannya diperhatikan oleh Ammara melalui CCTV dan gambar-gambarnya memenuhi ruang dinding kamar rahsia Ammara yang turut menyimpan semut-semut kecil sebagai teman Ammara di rumah itu.

Ammara sanggup memberi arahan kepada pembantunya iaitu Judo untuk membunuh Mrs. Gia dan Nilam yang menjaganya selama dia berada di Australia untuk menjalani rawatan mentalnya.

Ammara sudah hilang arah dan sesiapa yang cuba menghalang misinya untuk menghancurkan keluarga Batrisya akan dibunuhnya termasuk Rayyan.

Nyawa Batrisya kini terletak di tangan Ammara. Apakah nasib Batrisya? Jom sama-sama kita kita tonton kesudahan drama yang dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Umie Aida, Erra Fazira dan Adi Putra ini di slot Ratu TV9, 28 Januari (Selasa) bermula jam 8.30 malam!

Anda juga boleh layari www.tonton.com.my untuk menonton siaran ulangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Youtube Elizabeth Tan Kini Jadi Artis Paranormal Talents

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod Akhir Malam Ini