in

Umie Aida Bawa Watak Rohana dalam Teater Badai Semalam

Datin Paduka Umie Aida atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmad Ali pula akan membawa watak Cik Rohana dalam teater Badai Semalam. Adik kepada sutradara Erma Fatima ini turut hadir di sidang media Teater Badai Semalam yang turut menyaksikan termetrai perjanjian MOU antara syarikat miliknya bersama Erra Fazira iaitu Frensis Sendirian Berhad bersama Istana Budaya, Kumpulan Utusan selaku Media Cetak Rasmi dan Sinar FM sebagai Radio Rasmi pada petang tadi. Cakap pasal Erma Fatima, di sidang media petang tadi juga media diberitahu yang skrip untuk teater ini ditulis juga oleh Erma Fatima bersama dengan Aminah Rapor & panel dari Istana Budaya.

Ooh, Budiey baru je dapat tahu yang Erra Fazira dan Umie Aida yang bersahabat baik ini berpakat untuk menjayakan syarikat Frensis Sdn Bhd. Erra Fazira jadi Pengarah Urusan. Masa photo shoot tadi pun, Budiey nampak mereka sangat akrab walaupun dalam teater ni diorang ada konflik. Elok juga tu, kemesraan dua selebriti yang bersahabat baik ini boleh digambarkan dalam gambar ini:

Umie Aida

Menurut Datin Paduka Umie Aida, beliau tak pernah membawa watak seorang wanita yang sentiasa bersuara lantang dan selalu marah-marah. Biasanya, Umie bawa watak yang sedih, jadi cabaran utama dalam Badai Semalam adalah untuk membawa karakter wanita berusia 50 tahun yang sentiasa memberontak. Itu satu yang sukar kerana watak ibu kepada Karim lakonan Aaron Aziz ini memang perlu dimainkan dengan tenaga dalaman dan jiwa yang kuat.

Kehadiran ramai media di sidang media petang tadi membuatkan Umie Aida dan rakannya yang lain semakin bersemangat dan merangsangkan mereka untuk bekerja dengan lebih kuat dalam mencari karakter yang boleh meruntunkan hati penonton. Ya, Budiey juga seperti media lain juga, pasti mengharap sesuatu yang luar biasa pada teater ini.

Umie menyifatkan teater ini satu naskah yang menyentuh jiwa penonton dan beliau mengharapkan peminat teater tanahair dapat memberi sokongan seterusnya mencatatkan kutipan box office. Insya Allah.

Umie bersetuju dan berminat untuk berlakon teater ini kerana tajuknya dan naskah Badai Semalam ini diadaptasi dari novel. Sebelum ini, Umie Aida pernah berlakon dalam teater Mencari Juita, Penyerahan Puteri, Dejavu Seorang Perempuan, Lantai T Pinkie dan Teater Natrah.

Selain sibuk dengan latihan teater ini, Umie juga sibuk dengan proses dubbing filem Azazil yang dilakonkan bersama Remy Ishak dan Diana Danielle.

Umie Aida

Umie Aida

Umie Aida

Umie Aida

Eh, tiba-tiba muncul Aznil. Jangan pula ingat Aznil berlakon dalam Badai Semalam ya.

Umie Aida

Umie Aida

Umie Aida

Umie Aida

Umie Aida

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Erra Fazira di Sidang Media Teater Badai Semalam

Aaron Aziz Cabar Diri dalam Teater Badai Semalam