in

Ultimate Power Group Musim 2 di 8TV

Bersiap sedia untuk menyaksikan perjalanan penyanyi berkumpulan sehingga ke puncak!

Pencarian penyanyi berkumpulan yang terhangat di Malaysia bermula disini!

Program realiti nyanyian berbahasa Cina musim kedua yang mencungkil bakat peserta penyanyi berkumpulan akan menemui anda pada tahun 2010 ini di stesen hip 8TV melalui program realiti Ultimate Power Group.

Bersesuaian dengan namanya, program ini mengumpulkan kekuatan setiap individu yang berbakat dalam nyanyian dan digabungkan menjadi sebuah kumpulan supaya menjadi lebih gempak.

Ketika program ini diperkenalkan pada tahun lalu, ia telah memberikan impak dan juga perkembangan positif yang segar dalam industri muzik cina tempatan.

Dua episod yang pertama bagi rancangan Ultimate Power Group (Musim 2) ini akan menyiarkan aksi-aksi di belakang tabir dan juga ujibakat yang berlangsung di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Selain dari itu, Ultimate Power Group (Musim 2) akan memberikan bonus kepada penonton setia program ini dengan menyediakan sebuah program special – Diaries akan memulakan siaran pada 8 Mac 2010 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 1.00petang. Program setengah jam itu akan menyiarkan keadaan sebenar mereka berlatih dan kehidupan realiti bagi 12 kumpulan ini sebelum membuat persembahan di hadapan penonton.

Ini diikuti dengan rancangan secara langsung yang akan bermula pada 21 Mac 2010. Disinilah “medan perang” di mana kumpulan-kumpulan ini akan bersaing antara satu sama lain dalam menampilkan persembahan yang terbaik dan juga kemantapan vokal mereka secara langsung di hadapan penonton dan panel-panel juri profesional. Keputusan penyingkiran akan diumumkan pada pukul 10.00 malam pada malam yang sama pada setiap minggu.

Keputusan akan ditentukan oleh penonton di studio dan juga undian SMS daripada penonton di rumah. Musim kali ini lebih menarik dan dramatik kerana banyak kejutan yang akan berlaku semasa rancangan ini berlangsung.

Top 12 ini dipilih antara 37 peserta yang terbaik pada sesi ujibakat. Selepas itu mereka dibahagikan kepada 12 kumpulan (seramai 2 hingga 5 ahli dalam satu kumpulan) mengikut beberapa kriteria termasuklah kemampuan vokal, personaliti dan keserasian mereka bekerjasama dalam satu kumpulan.

Barisan kumpulan tersebut ialah “Storm”, “Coco Boyz”, “Super Bang”, “3°C”, “Four Leaves”, “Three Quarter”, “Soul Free”, “Charm”,”Big Wave”, “iGirls”, “Sugar” dan “Fly”.

“Ultimate Power Group (Musim 2) ialah satu landasan yang terbaik untuk para peserta mencungkil bakat mereka. Kami amat berbesar hati menerbitkan Ultimate Power Group (Musim 2) untuk tatapan anda semua,ianya juga sangat bersesuaian dengan barisan rancangan-rancangan hebat lain yang terdapat di 8TV pada tahun 2010 ini.” kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.
Apakah hadiah yang akan menanti para pemenang ini nanti? Juara Ultimate Power Group (Musim 2) akan membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM100,000.

Ultimate Power Group (Musim 2) akan dihoskan oleh Gary Yap bergandingan bersama Natalie Ng. Manakala juri bagi rancangan ini ialah Christopher Lay iaitu seorang penyanyi dan komposer dan Toni Lim, salah seorang guru vokal yang terkenal di Malaysia

Penaja utama Ultimate Power Group (Musim 2) ialah Xpax. Xpax, jenama prabayar untuk remaja daripada Celcom Axiata Berhad (dulu dikenali sebagai Celcom (Malaysia) Berhad). Xpax merupakan satu-satunya perkhidmatan prabayar yang menawarkan kadar terbaik untuk ahli keluarga dan teman sehingga 15 orang bagi semua rangkaian.

Chee Pok Jin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad [dulu dikenali sebagai Celcom (Malaysia) Berhad] berkata, ”Penglibatan Xpax dalam Ultimate Power Group (Musim 2) merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kami untuk mengukuhkan lagi posisi dan imej jenama kami dalam pasaran tempatan remaja Cina. Program Ultimate Power Group (Musim 2) ini juga memberikan satu platform untuk pelanggan Xpax berbangsa Cina kami untuk menonjolkan bakat mereka melalui program realiti televisyen. Melalui program ini, golongan remaja dapat memupuk semangat berpasukan dan meningkatkan kemahiran kendiri serta melibatkan diri dalam persaingan yang sihat di kalangan rakan-rakan yang diharapkan dapat memberi faedah kepada mereka dalam kerjaya mereka pada masa hadapan.”

ChangYouMY iaitu peneraju permainan ‘online’ di Malaysia ialah penaja bersama, sementara penaja promosi ialah Red Box/Green Box.

Dalam usaha untuk mempromosikan Ultimate Power Group (Musim 2), 8TV akan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bermula dari 30 Januari 2010. (Sila rujuk jadual di bawah ini untuk tarikh, masa dan tempat).

30 Jan, Sabtu
IOI MALL KULAI 1– 3ptg

30 Jan, Sabtu
Batu Pahat Mall, Johor 6– 8ptg

31 Jan, Ahad
Mahkota Parade, Melaka 1– 3ptg

31 Jan, Ahad
Seremban Parade, N9 7– 9ptg

6 Feb, Sabtu
Berjaya Megamall Kuantan, Pahang 2– 4ptg

7 Feb, Ahad
Berjaya Times Square, KL 2– 4ptg

27 Feb, Sabtu
Klang Parade 2-4ptg

28 Feb, Ahad
Selayang Mall 2-4ptg

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program ntv7 Sempena Tahun Harimau 2010

Drama & Konsert Sempena Tahun Baru Cina 2010 di TV1