Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Ulasan, Poster dan Trailer Filem FURY Thai Movie

Baru-baru ini, Budiey ada menghadiri satu pra tonton media untuk sebuah filem terbaru dari Thailand berjudul FURY. Fury dalam Bahasa Melayu bermaksud Garang, Bengis dan dalam erti kata lain filem ini menceritakan tentang pembalasan dendam dan penuntutan hak.

Budiey pun sebenarnya tak buat kerja rumah sebelum menonton filem ini. Pada mulanya Budiey ingat FURY adalah sebuah filem Hollywood. Tetapi tebakan Budiey ternyata silap. FURY merupakan sebuah filem aksi ala kungfu seni mempertahankan diri yang sangat mantap! Kira macam cerita Bruce Lee gak la. Apa yang istimewanya ialah heroin dalam filem ini adalah seorang remaja yang berusia lingkungan belasan tahun yang begitu bijak dan lincah berkungfu.

Hasil arahan dari pengarah filem Ong Bak dan Tom Yum Goong, filem ini pastinya tidak mengecewakan peminat filem penuh aksi. Bukan itu sahaja, filem ini menerapkan nilai kasih sayang antara manusia. Kasih sayang antara anak dan ibu, nilai persahabatan dan cinta antara kekasih.

Mengisahkan seorang kanak-kanak yang dilahirkan begitu unik di mana dia dapat mena’kul dan menyerap segala apa yang berada di sekelilingnya. Gadis ini senang untuk belajar kerana beliau hanya perlu melihat dan observe segala apa yang dibuat oleh orang lain. Bayangkan, gadis ini tidak perlu berlatih banyak kali untuk belajar martial arts. Dia hanya perlu melihat dan mengingati pergerakan sahaja.

Gadis ini meminta dan menuntut hutang ibunya daripada pemiutang yang begitu degil untuk membayar. Seolah hutang itu dah dilupakan. Jadi, gadis ini kiranya seorang cetiharam atau ah long versi ah long baik gak la.

Apa yang pelik, ketika marah, ada butir permata akan keluar dari kepalanya. Gadis ini begitu lasak dan Budiey rasa korang kena tengok sendiri bagaimana seorang gadis dapat melakukan aksi stuntnya sendiri dalam filem ini.

Budiey memberikan 3.5/5 untuk filem ini. Filem ini telah pun berada di pawagam mulai 9 Oktober.

Penjahat dalam filem FURY terdiri daripada gangster dan Mak Nyah dan pondan-pondan yang begitu kejam sehingga sanggup membunuh sesuka hati.

Aksi yang begitu mantap. Dah la gadis ni kurus je.

Hero dalam filem ini adalah dari pelakon Jepun. Sebelah kanan tu adalah ibu kepada gadis yang pandai berkungfu tadi.

Berani masuk lah!

Trailer Filem FURY

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Movie Carnival 2008
  • Mad Money Trailer, Synopsis & Movie Poster
  • The Mirrors Trailer Poster Synopsis Kiefer Sutherland
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!
  • Poster Film & Synopsis Brave Movie – Afdlin Shauki
  • The Official Poster of The Forbidden Kingdom
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Synopsis The Restless Directed by Jo Dong-oh



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!