Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ulasan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Balada



Kegagalan Lagu Bisakah Siti Nurhaliza: Satu kejutan?
Budiey terkilan sangat-sangat kerana lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan liriknya hasil nukilan Tessh RS tidak berjaya melangkah ke pentas final AJL22. Antara sebab yang saya rasa mengapa lagu nyanyian Siti Nurhaliza ini tidak terpilih adalah kerana komposisi lagu tersebut tidak berapa kuat dari segi irama walaupun mesej positif jelas digarap begitu indah dalam lagu ini. Ramai peminat Siti Nurhaliza kecewa untuk melihat Datok Siti Nurhaliza kembali beraksi di pentas akhir. Penampilan Siti macam biasa nampak anggun namun saya tidak gemar dengan gaya rambut Siti pada malam tadi. Nampak macam berserabut dengan jambul tingginya. Siap mikrofon pun menghelit-ghelit dengan labuci macam berlian bagai.

Memandangkan persaingan begitu sengit terpaksa dilalui dengan 5 buah lagu yang lebih gah dari persepektif juri. Anggaplah lagu Bisakah menduduki senarai ke-6 dalam carta juri malam tadi. Memang satu sejarah yang pahit apabila 4 tahun berturut-turut memenangi AJL dan hanya 2 tahun Siti Nurhaliza berehat seketika, lalu langkah permulaan ke AJL selepas Siti barkahwin terhalang dengan kegagalan ini. Kesian sangat-sangat. Huhu!

Kegagalan lagu Bisakah menempa ke peringkat akhir menyangkal dakwaaan di mana TV3 akan mengambil penyanyi bertaraf popular dan diva untuk menaikkan rating pertandingan ini. Juga ramalan peminat dan penonton juga tersasar kerana saya percaya ramai yang menyangkakan lagu Bisakah akan ke peringkat akhir. Syabas TV3 kerana masih berpegang kepada mutu, kredibiliti dan kualiti sebuah lagu lebih daripada populariti dan pembawaan penyanyi.

Apa-apa pun tahniah buat lagu:

  1. Lagu Ceritera Cinta ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan dinyanyikan oleh Jaclyn Victor dan Lah Ahmad.
  2. Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Shah Shamshiri dinyanyikan oleh Faizal Tahir
  3. Kasih Tercipta, ciptaan Ajai dan lirik oleh Shuhaimi Baba dinyanyikan oleh Faizal Tahir
  4. Harapan ciptaan dan lirik oleh Hazami nyanyian Fazli Zainal
  5. Izinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak dinyanyikan oleh Sahri yang menggantikan Kaer.

 Kalau ada anugerah vokal terbaik pada malam tadi, mungkin Faizal Tahir akan membawa trofi Vokal Terbaik. Kelantangan suara Faizal Tahir dan gaya penghayatan yang cukup menawan memang tidak boleh dipertikaikan. Persembahan Idayu yang membawa lagu Paluan Rindu agak tidak bermaya disebabkan irama lagu ini begitu meleleh dan tidak berapa sedap di telinga saya. Mungkin pertama kali mendengarnya, hairan juga bagaimana lagu ini boleh terpilih?

Cuba lagu kepada pencipta lagu-lagu yang tidak berjaya iaitu Andainya ciptaan Hadi Hassan oleh Nieyl, Hilang ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Bash dendangan Diddy, Paluan Rindu Mu nyanyian Idayu dan ciptaan oleh M.Nasir dan lirik oleh Keon serta Sejuta Nafas Cinta ciptaan Hazami dan lirik oleh Loloq, yang dinyanyikan oleh Fazli Zainal. Semua dah buat yang terbaik… cuba lagi tahun depan.

Peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ini diadili oleh juri profesional iaitu penulis lirik Amran Omar, komposer Iman Wan, Khairil Johary Johar, Edry KRU, Pengarang Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3 Azhar Borhan.

kredit foto: mStar Online

[tags]rebiu ajl22, ulasan anugerah juara lagu 22, ulasan peringkat separuh akhir balada, musikal program indo tv, bisakah lirik mp3, profile Tessh RS, Ross Ariffin, Shah Shamshiri, gossip Faizal Tahir, video klip youtube Izinkan Ku Pergi muzik-muzik sahri, siti nurhaliza gagal juara lagu, loloq profile, lirik paluan rindu, Azlan Abu Hassan pencipta lagu, penyanyi nasyid dusta, senarai lagu peringkat akhir ajl22[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lagu Tanpa 6ixth Sense Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Senarai Lagu Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Trivia: Rambut Penyanyi Mana Ni
  • Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 2009
  • Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif
  • Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Tiket Percuma Pentas Muzik Muzik 26 Separuh Akhir
  • Jawaban Trivia: Ziana Zain Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Balada
  • Muzik Muzik 26 Peringkat Separuh Akhir



    • oya

      ALA TAK KEJUT POM… DA MEMANG TAK LAYAK NAK MASUK AKHIR… TERIMA LAH HAKIKAT… HAHA

    • namy

      mmng ct nyanyi kureenggg skit mlm td. tp aku heran knper dia tak naik pentas sama masa finalis akhir diumumkan??? mcm tau2 jer dia dpt xmasuk akhir…

    • gwe

      kasih tercipta xbest langsung..
      patut gantikan dengan sejuta nafas cinta, ye x?

    • http://yahoo ALDAR

      alaaahaiii tak dok ke budiey gambar d.ct kita 2..
      kesian dia.dah zaman kejatuhan dia dah ke

    • izyan

      Faizal Tahir ROCKKKKK!!! Bestnyerr lg Maha Karya Cinta smlm..

    • http://orestes7.multiply.com/music orestes

      Tetttttt.. wrong information.. Datin Seri Ct Nurhaliza menang AJL tahun 1996 – Jerat Percintaan, 1998 – Cindai, 2000 – Balqis.. (So 3 x sahaja tu pun bukan berturut2).. 1996 Juara Balada & Persembahan Terbaik.. 1997 Juara Balada & Persembahan Terbaik (Aku Cinta Padamu).. 1998 Juara Irama Malaysia.. 1999 Juara Balada (Purnama Merindu), Juara Irama Malaysia (Hati Kama duet Noraniza Idris).. 2000 Juara Balada (Kau Kekasihku), Juara Irama Malaysia (Balqis).. 2001 Juara Pop Rock (Kau Bagai Permata) & Persembahan Terbaik (Ya Maulai).. 2002 Juara Irama Malaysia & Etnik Kreatif dan Persembahan Terbaik (Nirmala). 2003 Persembahan Terbaik (Ku Milikmu)..

    • http://khairilhusni.blogmas.com khairilhusni

      Tahniah Sahri mampu bawakan lagu Kaer dgn cemerlang.

    • chemolot

      naper dato’ ct tak ada atas pentas masa pengumuman keputusan?

    • cupin

      tak tejejut siti xterpilih…ok gak bagi artis lain peluang utk mewarnai muzik2 akhir nanti..ala mak iti dah byk menangkan..kasi can org lain pulak kan mak iti…

    • Badiuzaman

      congratz untk Jac & Lah… great performance…

      semoga berjaya menjadi Juara Lagu

      p/s: CT xde masa keputusan sebab dia pegi wedding function kat Hotel Istana

    • http://- razi

      kalau X suke CT masuk brtanding, tahun depan suruh CT cipta sendiri semua lagu dalam album dia sbb X adillah kpd pencipta2 lagu dan lirik yg perah otak cipta karya yg hebat tp X boleh masuk brtanding, sbb AJL tempat utk pencipta & penulis lirik(?) mmpertaruhkan hasil ciptaan diorang bukannya tempat penyanyi tayang muka/populariti. Dah rezeki CT dpt lagu sedap/hebat.

    • esah

      …. ni sememangnya taktik tv3 untuk naikkan rating siarannya. mlm tadi ramai tgk coz ada d.ct. tp tv3 takkan bagi ct mnga takut kena kutuk. tp tobat aku ajl 2007 aku takkan tgk byk konspirasi… keputusan dan well planned. apa pun ct is the best. 4 yang dpt ok tapi si jac to tak layak pun sbb kolaborasi with indon.

    • LATT

      TAHNIAH YG BERJAYA KE FINAL WARGA BALADA, TOLONG PASTIKAN MUTU PERSEMBHAHAN MANTAP UNTUK MENJUARAI MUZIK 2007.
      UCAPAN TAHNIAH PADA RANCANGAN REALITI TV SPT MENTOR, ONE IN A MILLION, AKADEMIK FANTASIA TELAH MELAHIR INTAN YG BERGEMELAPAN DI PERSADA

    • http://- jumjum

      ct xmau naik pnts mse pengumuman sbb dia malu x selected utk final..hahaha…dia x tau awl2 ler tuh…aku ske sume2 yg selected..mmg power..!!!

    • ujie

      ct ada show kat tempat lain ler… dia dah janji nak buat show tu. tu pasal dia xde kat pentas masa last2 tu. jangan la sangka buruk kat ct plak. dia x kisah pun, rezeki kan masing2.

    • http://mamicanatic8somuch.multiply.com/ abby

      huhu, 5zal tahir rockkkk, superman, jac pon hebat tapi Lah xle blah aaa ngan style VE dia tuh, huhu

    • http://www.faidhi.com/ faidhidotcom

      tahniah abang faizal…mmg minat sama lagu2 dia nie..hehe…:) takpelah kak siti, lain kali boleh cuba lagi..

    • Elie

      CT x dapat…tp lagu tuHh tetap best! maybe x dpt coz die nyanyi x power sgt mlm td…
      huhu…
      cam semput jewk….pregnant kowt… (^^,)
      tp x pew….pop rock nantiyh adew lagi….hehe…

      neway,Faizal mmg power mlm td! Aku puas atiy ngan sume yg selected… (w/pown pd mulenyew target bisakah…bukan izinku pergi…hehe….)

    • nana

      ermm.. utk pengetahuan umum ct x de mase nk umumkn tu sbb di ade show lain.. harap maklum..

    • nana

      hurmm.. lg pon ct dgn dia nye org pon cool jeww.. x de hal lah.. ct pon dh byk mng.. dh byk dpt pengiktirafan pon.. n x de kene ngena pon dgn zaman kjatuhan k.. ade guna sms ke..??? x de kan… haha.. kalo ada.. hermmm… pikir sendiri r… hehe.. sorry le mana yg terasa…

    • http://afham.blogmas.com afham

      sume performer malam td ok… gempak abis..
      cume aku tahan tgk faizal tahir bile time umum no 5 tu..
      die punye gaya macam pemain bola jaringkn gol je..
      :P

    • oya

      xde sms pun xmenang nak wat hape? muahahahaha… terima lah hakikat… saham da merudum…

    • oya

      ooo yek… bruk ar siti malam tu… ngape taste die skang gitu2 jek? huhu… sian2

    • nana

      eleh.. oya.. hello..!! bercakap tu biar le tengok sekeliling.. bcakap mcm baru dtg msia.. kalo lah ada sms mlm tu.. nk 5 org.. tipu r tu ct x lepas.. mcm la lps kawen ct x penah mng hape2.. adeh!! pe r.. lain lah kalu mlm tu ada mawi n die nk sorang je.. (ikot sms lah) confirm r ct x dpt.. !!! kot ye pon x minat org tu.. ckp tu bior le btempat.. ni dok.. -ermm skali lg nk mintak maap kt yg terasa ati ke usus ke perut ke.. sistem yg bfungsi tu ke..- hehe SORRY!!! SGT2 K… ASSALAMUALAIKUM… HAVE A NICE DAY!!!!!!!!!!!!!

    • mazen

      sian jgk kat oya ni kan. asyik kutuk ct ni ko dapat ape ek oya?!

      mazen bangga dgn peminat ct. peminat ct tak penah pun nak kutuk artis lain. oya ni terlebih perfect kot. hu huu…

      we all tak kisah pun ct tak dpt ke final coz itu kan rezeki masing2. ko sape nak kutuk org tu layak ke tak layak? ke oya ni mmg ada pegang sijil PHD(Penuh Hasad Dengki) kah kah kah…

      teruskan usaha ct. n kpd peminat ct yg lain, kita biarkan sahaja tin2 kosong ni buat bising. nanti dorang letih dorang diam la. betul tak OYA?…

      pardon me…

    • papadom

      hmm..aku pun minat ct gak tp jujurnya dr mula ct dicalonkan utk lagu ni..aku sgt2 sure lagu ni x bleh blah..sbb x kuat mana pun..so kenelah terima hakikat..ct mungkin tiada pilihan lagu dr transkripsi sbb yg sedap2 dr indonesian composer..mgkinlah kan..

      so..x layak x bermakna dh kurg atau apa2..just lagu 2 x cukup kuat..melodi pun biasa je..cuma yg kuat adalah aura ct..

      hi2

    • musican

      bagi komen yg membina.jgn jadi kolot sepanjang zaman.pendengar yg buat mutu muzik malaysia naik.juara lagu is about lagu.so bagi lah komen tentang lagu.Nabi Muhammad berpesan,masyarakat berilmu akan maju.so bagilah komen-komen yang berilmu.please respect our music industry.tq

    • shira

      kesian..ct tak masok pon jadik isu..bukan rezeki la tu..

    • wann

      ct dh hilang bisa

    • halim asyraf

      sepatutnya tukar tajuk lagu jadi TAK BISAkah… hehehe, papepown ct tetap baik punya!!!! cam Dafi gak HUhu….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK