in

Ulasan Minggu ke-3 Liga Lawak Superstar Kumpulan B

Kumpulan Spy Kampung dan kumpulan Derhaka Seorang Cinderella menjadi mangsa penyingkiran pertama pentas Liga Lawak Superstar selepas mendapat markah terendah pada persaingan minggu keenam yang berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang semalam. Menerusi markah terkumpul kumpulan A, kumpulan Apa Kasih Toq meraih 184 markah, kumpulan Aku mendapat 177 markah, kumpulan Spy Kampung mendapat 146 markah manakala kumpulan Derhaka Seorang Cinderella mendapat markah tercorot, 137 markah.

Kumpulan A yang terdiri dari kumpulan Aku, Apa Kasih Toq, Spy Kampung dan Derhaka Seorang Cinderella

KUMPULAN SPY KAMPUNG & DERHAKA SEORANG CINDERELLA TERSINGKIR

Semalam, kumpulan Aku, Apa Kasih Toq, Spy Kampung dan Derhaka Seorang Cinderella berentap dalam pentas Liga Lawak Superstar yang bertemakan sarkas. Empat kumpulan ini menunjukkan kehebatan mereka dalam 5 pusingan iaitu ‘Lawatan Galeri Seni’, ‘Bonekarama’, ‘Debat Lebat Hebat’, ‘Mendahi’ dan ‘Karaoke Uncle Helium’ selama 3 minit tanpa menggunakan skrip dalam rancangan ini.

Bagi pusingan pertama, menyaksikan gandingan dua kumpulan iaitu Spy Kampung dan Apa Kasih Toq beraksi menunjukkan kehebatan mereka dalam cabaran ‘Lawatan Galeri Seni’. Padat dengan aksi lucu yang mencuit hati penonton, dua lagi kumpulan iaitu Aku dan Derhaka Seorang Cinderella menyusul dengan persembahan mereka di tahap yang terbaik menerusi cabaran ‘Bonekarama’.

Pentas Liga Lawak Superstar dihangatkan lagi dengan gelagat penampilan kali kedua oleh kumpulan Spy Kampung dan kumpulan Apa Kasih Toq menerusi sketsa ‘Debat Lebat Hebat’. Kumpulan Aku dan Derhaka Seorang Cinderella pula bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu ‘Mendahi’. Sebelum melabuhkan tirai persaingan minggu ini kesemua kumpulan menggegarkan studio Finas dalam cabaran terakhir iaitu ‘Karaoke Uncle Helium’.

Liga Lawak Superstar menampilkan 16 pelakon popular dan 8 orang komedian tanah air yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada 4 pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan 2 pelakon dalam setiap pasukan. Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas Liga Lawak Superstar secara selang seli pada setiap minggu. Selepas 4 pertarungan, 2 kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir. Hanya 2 pasukan yang terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak Superstar.

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Penjenamaan TV3, “Pada minggu ini, kami putuskan untuk menyingkir dua peserta secara serentak. Keputusan untuk membuat dua penyingkiran secara serentak pada minggu ini diambil memandangkan tiada penyingkiran berlaku selama 4 minggu dan mengikut format serta perancangan yang telah ditetapkan bagi musim ini. Dengan format ini, ia memberi peluang kepada para peserta selama empat minggu untuk menunjukkan prestasi masing-masing. Dua minggu beraksi di pentas Liga Lawak Superstar mungkin tidak cukup tetapi itulah yang terpaksa ditempuh oleh 2 kumpulan yang diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir malam ini.”

Sepanjang 10 episod, Liga Lawak Superstar menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, Liga Lawak Superstar turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie sebagai juri tetap untuk program ini.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada penonton di studio. Undian SMS akan di buka selama satu minggu bermula daripada hari Ahad hingga Ahad minggu berikutnya jam 6.00 petang.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Liga Lawak Superstar dengan sketsa komedi yang lebih menarik dan lebih mencuit hati setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3!

Untuk menyemarakkan lagi Liga Lawak Superstar penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #ligalawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Carta kedudukan markah peserta Liga Lawak Superstar:

Liga Lawak Superstar

Liga Lawak Superstar

Kumpulan Spy Kampung tersingkir dari kumpulan A

Kumpulan Aku meraih 177 markah dan berjaya ke pusingan separuh akhir

Kumpulan Apa Kasih Toq meraih markah 184 dan berjaya ke pusingan separuh akhir

Kumpulan A yang terdiri dari kumpulan Aku, Apa Kasih Toq, Spy Kampung dan Derhaka Seorang Cinderella

Ketika di sesi penyingkiran Kumpulan A

Kumpulan Spy Kampung diumukan sebagai kumpulan yang tersingkir

Kumpulan Derhaka Seorang Cinderella tersingkir di minggu ke-6

Aksi kumpulan Aku ketika di minggu ke-6

Persembahan dari kumpulan Apa Kasih Toq dan kumplan Spy Kampung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Live at Aloft Hotels Online Platform Gets Amplified

Chris Lee From China Named 2013 MTV EMA Worldwide Act