Ulasan Lirik Ketulusan Hati dari Album Terbaru Anuar Zain
Mendengar kali pertama, lagu ini buat Budiey terkenangkan cinta-cinta yang pernah ditelusuri dan ada yang bertaburan hancur. Dulu, pernah cinta insani menghiasi warna kehidupan. Episod cinta manusia takkan pernah putus selagi kita dianugerahkan hati, akal dan naluri yang bernama perasaan. Konsep lagu ini senang kerana ianya umpama satu ikrar atau takrir dan juga perjanjian. Semua orang senang dan pandai melafazkan janji. Mulut insan memang ada yang manis. Umpama menanam tebu di tepi bibir… Lebih-lebih lagi dalam soal cinta, sesiapa yang desperate sangat untuk bercinta akan mudah menghamburkan janji manis tanpa memikirkan apakah cinta itu mampu digendongnya. Sudahnya, cinta yang digendong itu berciciran di tengah jalan.
Alunan suara Anuar Zain memang sesuai sangat dengan lagu jiwang tahap dewa macam ni. Dari segi penjiwaan dan penghayatan tidak perlu dipersoalkan kerana penyanyi bersuara lantang ini bisa membuat sesiapa sahaja terpesona. Irama seolah sepadu dengan garapan lirik yang terlalu optimis. Istimewanya lagu ini pada Budiey adalah kerana gabungan muziknya. Ya, kekuatan keseluruhan album terbaru Anuar Zain ini terletak pada nuansa muzik cemerlang yang membentuk lagu ini dalam acuan yang lebih sempurna. Bohong kalau saya katakan lagu ini tidak memberi apa-apa kesan kepada telinga pendengar. Kecuali mungkin pada mereka yang dilahirkan pekak dan tidak pandai menghargai muzik.
Budiey suka dengan jeritan adlib ala Tarzan di pertengahan lagu ini…. ‘Oooooooooo…. Mencintaimu tak mengenal waktu. Pengulangan bait ‘mencintaimu’ seolah membuat saya teringat kepada lagu Kris Dayanti. Lagu ini sesuai sekali didengari dalam kereta bersama si dia… Hahahaha… dan juga kalau ingin mengecapi ombak laut dan bayu pantai lembut menyapu pipi, lagu ini mungkin menjadi pengubat buat sang perindu.
Hakikatnya, perjanjian demi perjanjian terkandung dalam lagu ini. Seolah lagu ini mungkin sesuai untuk si pencinta yang sentiasa mendambakan cinta yang sejujurnya dari pasangannya. Sanggup menderita demi cinta, sanggup melalui onak duri demi menggamit sekalung cinta dan tidak mempedulikan apa orang lain kata tentang cintanya. Cinta yang dipersembahkan seperti hadiah yang tidak ternilai dengan harta benda. Setiap saat, setiap detik, cinta itu bagaikan mengundang zikir dan lafaz tahmid dengan memuji yang dicinta… dan benarlah, cinta yang paling sejati dalam dunia ini adalah untuk Yang Maha Esa. Tidak sama dengan bercinta dengan insan yang alpa, sekali kita merinduiNya, semakin dekat dia mampir dan intim denganNya. Sekali kita melafazkan tahmid mengucap lafaz syukur, 10 kali rezeki akan jatuh ke ribaan. Bercinta dengan manusia pula, kita tidak tahu samada si dia merindui kita atau sebaliknya. Sekuat mana cinta anda kepada kekasih anda juga sukar diukur. Begitulah sebaliknya, sekiranya ada pengukur yang dapat mengukur kekuatan cinta, maka sudah ramai pasangan yang bercerai berai dan berbalah demi keadilan cinta mereka.
Ingatlah cinta di dunia cuma sementara…
Jom layan lagu ni sat…
Lirik Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Technorati Tags: lirik album terbaru anuar zain, lirik ketulusan hati, lirik i’m the lucky one, lirik teman terulung, lirik hanya untuk mu, lirik bidadari anuar zain, ulasan album terbaru anuzar zain, zikir tahmid, allah tuhan seluruh alam, cinta konsep, makna cinta, erti cinta, apa itu cinta, love is cinta, anuar zain gossip, gambar album anuar zain, poster anuar zain, review album anuar zain
Tags: Anuar Zain, Lirik, allah tuhan seluruh alam, anuar zain gossip, apa itu cinta, cinta konsep, erti cinta, gambar album anuar zain, lirik album terbaru anuar zain, lirik bidadari anuar zain, lirik hanya untuk mu, lirik i---m the lucky one, lirik ketulusan hati, lirik teman terulung, love is cinta, makna cinta, poster anuar zain, review album anuar zain, ulasan album terbaru anuzar zain, zikir tahmidBaca artikel lain yang berkaitan:









October 3rd, 2007 at 10:06 am
Syahdunyer dgr lagu ni…
teringat mazen pada kenangan2 lalu yg tak mungkin dapat b’ulang lagi…
October 3rd, 2007 at 12:38 pm
my fav tooo..
October 4th, 2007 at 11:24 am
Pestaim dengor dah jatoh chenta mmg hebat lagu ni
lagi syedap dari Lelaki ini huu huuu
Maybe musik orkestra ni buat lagu tu bertambah syahdu dan
menaikkan bulu roma ops
October 4th, 2007 at 2:30 pm
APA2 JE YANG MAMAT GAY NI NYANYI MMG MENYAMPAH
November 27th, 2007 at 10:03 am
hey sarah, nko kempunan kot xdpt mamat ni sbb tu nko kutuk dia. leh jalan daaaa…klu nko nyanyi mamat ni kutuk ok ker? nko tak lawa kot. musti nko tak lawa kan….tak lawo kan…wakakkakakak
November 30th, 2007 at 11:56 am
syahdunya hingga menusuk ke kalbu. apa aje yang dinyanyikan olehnya semuanya sedap didengar.
December 24th, 2007 at 7:28 pm
lgu ni best sgt…seseuai utk semua lapisan masyarakat
January 16th, 2008 at 4:07 pm
lagu ni mmg best…first time dgr aku trs nangis..
best gler lagu ni…
aku sker sgt..
menggambarkan cinta yang mendalam dan sempurna
February 5th, 2008 at 6:52 pm
anuar zain anda memang hebat….dan berbakat….tahniah….aku cari album ni di tawau sabah….habis….dijual…..Tahniah….Anuar Zain…
February 6th, 2008 at 11:18 am
anuar zain perasan macho, perasan hensem.padahal x best langsung.nyanyiannye terlalu berlebih lebih..siap2 mukanye sekali senget2 tekebel kebel kalau menyanyi..betol2 anti ngn mamat perasan macho ni..
February 27th, 2008 at 3:55 pm
semua lagu anuar zain best belaka. tahniah! moga sukses selalu.
March 19th, 2008 at 5:00 pm
all anuar zain songs is great and fantastic. Great voice and lyrics. Good personality and handsome. I hope to you with other albums later with romantic lyrics and last but not least be the best among the best and take care.
March 23rd, 2008 at 9:25 am
Lagunya best..orgnya pn handsome.Kira pakej le..Semoga Abg Anuar sentiasa maju di masa depan.Ameen..
March 23rd, 2008 at 9:30 am
Aku sokong ko le queen..memng btul le dia tak lawa tu.Huhu…jgn nk kutuk org la..ntah2 si budk sarah tu dah tak betul agknye.kih3..
March 28th, 2008 at 10:35 am
LAGU ABG ANUAR MEMANG BEST. SEDAP DIDENGAR
October 29th, 2008 at 11:29 am
sedih sangat bila dgr lagu ni…teringt peristiwa bila si dia pegang erat tangan…hmmm…melafazkan setiap lirik dgn betul dengan maksud yang mendalam…tak sangka dia terpaksa pergi…sekarang ni kalau dengar lagu ni confirm meleleh2 air mata ni…