Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ulasan Lirik Ketulusan Hati dari Album Terbaru Anuar Zain



Mendengar kali pertama, lagu ini buat Budiey terkenangkan cinta-cinta yang pernah ditelusuri dan ada yang bertaburan hancur. Dulu, pernah cinta insani menghiasi warna kehidupan. Episod cinta manusia takkan pernah putus selagi kita dianugerahkan hati, akal dan naluri yang bernama perasaan. Konsep lagu ini senang kerana ianya umpama satu ikrar atau takrir dan juga perjanjian. Semua orang senang dan pandai melafazkan janji. Mulut insan memang ada yang manis. Umpama menanam tebu di tepi bibir… Lebih-lebih lagi dalam soal cinta, sesiapa yang desperate sangat untuk bercinta akan mudah menghamburkan janji manis tanpa memikirkan apakah cinta itu mampu digendongnya. Sudahnya, cinta yang digendong itu berciciran di tengah jalan.

Alunan suara Anuar Zain memang sesuai sangat dengan lagu jiwang tahap dewa macam ni. Dari segi penjiwaan dan penghayatan tidak perlu dipersoalkan kerana penyanyi bersuara lantang ini bisa membuat sesiapa sahaja terpesona. Irama seolah sepadu dengan garapan lirik yang terlalu optimis. Istimewanya lagu ini pada Budiey adalah kerana gabungan muziknya. Ya, kekuatan keseluruhan album terbaru Anuar Zain ini terletak pada nuansa muzik cemerlang yang membentuk lagu ini dalam acuan yang lebih sempurna. Bohong kalau saya katakan lagu ini tidak memberi apa-apa kesan kepada telinga pendengar. Kecuali mungkin pada mereka yang dilahirkan pekak dan tidak pandai menghargai muzik. 

Budiey suka dengan jeritan adlib ala Tarzan di pertengahan lagu ini…. ‘Oooooooooo…. Mencintaimu tak mengenal waktu. Pengulangan bait ‘mencintaimu’ seolah membuat saya teringat kepada lagu Kris Dayanti. Lagu ini sesuai sekali didengari dalam kereta bersama si dia… Hahahaha… dan juga kalau ingin mengecapi ombak laut dan bayu pantai lembut menyapu pipi, lagu ini mungkin menjadi pengubat buat sang perindu.

Hakikatnya, perjanjian demi perjanjian terkandung dalam lagu ini. Seolah lagu ini mungkin sesuai untuk si pencinta yang sentiasa mendambakan cinta yang sejujurnya dari pasangannya. Sanggup menderita demi cinta, sanggup melalui onak duri demi menggamit sekalung cinta dan tidak mempedulikan apa orang lain kata tentang cintanya. Cinta yang dipersembahkan seperti hadiah yang tidak ternilai dengan harta benda. Setiap saat, setiap detik, cinta itu bagaikan mengundang zikir dan lafaz tahmid dengan memuji yang dicinta… dan benarlah, cinta yang paling sejati dalam dunia ini adalah untuk Yang Maha Esa. Tidak sama dengan bercinta dengan insan yang alpa, sekali kita merinduiNya, semakin dekat dia mampir dan intim denganNya. Sekali kita melafazkan tahmid mengucap lafaz syukur, 10 kali rezeki akan jatuh ke ribaan. Bercinta dengan manusia pula, kita tidak tahu samada si dia merindui kita atau sebaliknya. Sekuat mana cinta anda kepada kekasih anda juga sukar diukur. Begitulah sebaliknya, sekiranya ada pengukur yang dapat mengukur kekuatan cinta, maka sudah ramai pasangan yang bercerai berai dan berbalah demi keadilan cinta mereka.

Ingatlah cinta di dunia cuma sementara…

Jom layan lagu ni sat…

Lirik Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

[tags]lirik album terbaru anuar zain, lirik ketulusan hati, lirik i’m the lucky one, lirik teman terulung, lirik hanya untuk mu, lirik bidadari anuar zain, ulasan album terbaru anuzar zain, zikir tahmid, allah tuhan seluruh alam, cinta konsep, makna cinta, erti cinta, apa itu cinta, love is cinta, anuar zain gossip, gambar album anuar zain, poster anuar zain, review album anuar zain[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Anuar Zain Nyanyi di Singapore Expo
  • Gambar Eksklusif AE 07 & Ulasan Album Anuar Zain
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Lagu Pawana & Album Terbaru Ziana Zain Kini di Pasaran
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Lirik Ku Berjanji Karna Cinta Single Terbaru Anuar Zain
  • Gambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Gambar Anuar Zain @ Sidang Media A Nite With… Anuar Zain



    • mazen

      Syahdunyer dgr lagu ni…

      teringat mazen pada kenangan2 lalu yg tak mungkin dapat b’ulang lagi…

    • tobymiaw

      my fav tooo.. :)

    • http://www.myspace.com/nurliza Nurliza

      Pestaim dengor dah jatoh chenta mmg hebat lagu ni
      lagi syedap dari Lelaki ini huu huuu
      Maybe musik orkestra ni buat lagu tu bertambah syahdu dan
      menaikkan bulu roma ops

    • sarah

      APA2 JE YANG MAMAT GAY NI NYANYI MMG MENYAMPAH

    • queen

      hey sarah, nko kempunan kot xdpt mamat ni sbb tu nko kutuk dia. leh jalan daaaa…klu nko nyanyi mamat ni kutuk ok ker? nko tak lawa kot. musti nko tak lawa kan….tak lawo kan…wakakkakakak

    • amzie

      syahdunya hingga menusuk ke kalbu. apa aje yang dinyanyikan olehnya semuanya sedap didengar.

    • amirah

      lgu ni best sgt…seseuai utk semua lapisan masyarakat

    • sue dygta

      lagu ni mmg best…first time dgr aku trs nangis..
      best gler lagu ni…
      aku sker sgt..
      menggambarkan cinta yang mendalam dan sempurna

    • suhaimi Asali

      anuar zain anda memang hebat….dan berbakat….tahniah….aku cari album ni di tawau sabah….habis….dijual…..Tahniah….Anuar Zain…

    • getik!

      anuar zain perasan macho, perasan hensem.padahal x best langsung.nyanyiannye terlalu berlebih lebih..siap2 mukanye sekali senget2 tekebel kebel kalau menyanyi..betol2 anti ngn mamat perasan macho ni..

    • liz sam

      semua lagu anuar zain best belaka. tahniah! moga sukses selalu.

    • suzanne

      all anuar zain songs is great and fantastic. Great voice and lyrics. Good personality and handsome. I hope to you with other albums later with romantic lyrics and last but not least be the best among the best and take care.

    • Nyior_93

      Lagunya best..orgnya pn handsome.Kira pakej le..Semoga Abg Anuar sentiasa maju di masa depan.Ameen..

    • Nyior_93

      Aku sokong ko le queen..memng btul le dia tak lawa tu.Huhu…jgn nk kutuk org la..ntah2 si budk sarah tu dah tak betul agknye.kih3..

    • salmi

      LAGU ABG ANUAR MEMANG BEST. SEDAP DIDENGAR

    • ria andini

      sedih sangat bila dgr lagu ni…teringt peristiwa bila si dia pegang erat tangan…hmmm…melafazkan setiap lirik dgn betul dengan maksud yang mendalam…tak sangka dia terpaksa pergi…sekarang ni kalau dengar lagu ni confirm meleleh2 air mata ni…

    • http://http// SHAH>>0126424241

      HELLO“`GENG/FRIEND YOU ALL…LAGU INILAH YANG GUA NAK UJIBAKAT AF7 NANTI…DALAM SEMUA LAGU WAJIB ADA 5 LADU OK“`JADI KENA PILIH SALAH SATU…SAYA PUN PILIH LAGU INI…NAK BUAT MACAM MANA…SEMUA ARAHAN DARI PIHAK AKADEMI FANTASIA“OK…SEMOGA BERJAYA….IMPIAN @ MATLAMAT SEBENARNYA DIRI SAYA…MEMANG NAK JADI ARTIS PENYANYI@PELAKON@MODEL IKLAN OK“`TERCARI-CARI SEBENARNYA,TAPI DIMANA??? CARA DIRI SAYA SEKARANG INI PUN…MELEBIHI GAYA&CIRI-CIRI ARTIS OK“CUKUPLAH SEKADAR INGIN TAHU…OK…CAU-CICAU…BYE“`BYE“`

    • rays

      lagu ni mmg best giler.sedap di dngar,sayu, pndek kata mmg best ar tak dpt nk gambarkan cm ne



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK