in ,

Ulasan Konsert Super Junior Super Show 5 in Malaysia

Penantian selama 2 tahun berakhir apabila Super Junior telah berjaya mengadakan konsert world tour mereka iaitu ‘Super Junior: Super Show 5 in Malaysia’ pada hari Sabtu yang lepas di Stadium Putra Bukit Jalil. Pada tahun 2010 dan 2011 mereka telah mengadakan Super Show 2 & Super Show 3 di tempat yang sama.

Super Junior Menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil.

Walaupun dalam waktu 2 tahun itu mereka telah kerap kembali ke sini untuk Konsert MOA, Asia Super Showcase dan Golden Disk Award, tetapi para peminat mereka, Everlasting Friends atau lebih dikenali sebagai ELF tetap setia menanti untuk menonton konsert solo mereka secara langsung di sini.

Persembahan dimulakan dengan VCR memperkenalkan semua ahli kumpulan Super Junior dan seterusnya dengan persembahan Mr Simple dan seterusnya diikuti oleh lagu Bonamana. Konsert ini juga turut dihadiri oleh 2 ahli Super Junior – M iaitu Zhoumi dan Henry dan mereka turut mengegarkan stadium dengan persembahan lagu ‘Breakdown’, ‘Ah-oh’ dan ‘Go’.

Henry turut mempersembahkan lagu debut solonya iaitu ‘Trap’ bersama Kyuhyun. Antara yang menarik ialah apabila Siwon, Ryeowook, Kangin dan Sungmin berpakaian seperti Son Dambi, Bada, Gain dan Hyuna dan menari mengikut rentak lagu ‘Alone’ oleh Sistar. Ahli Super Junior termasuk Zhoumi & Henry juga turut berpakaian seperti superhero untuk persembahan lagu ‘Wonder Boy’. Secara keseluruhan mereka telah mempersembahan 28 buah lagu termasuklah lagu hits mereka iaitu Sorry Sorry.

Konsert Super Show 5 di Malaysia ini sangat istimewa buat Kangin kerana ini merupakan kali pertama beliau bersama ahli-ahli lain membuat persembahan solo di Malaysia dan juga buat Heechul yang baru sahaja pulang daripada latihan ketenteraan selama 2 tahun. Heechul yang sentiasa diingati oleh peminat dari Malaysia kerana pernah meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara kegemarannya memberitahu peminat bahawa beliau masih lagi teringat tentang pengambaran muzik video ‘Dancing Out’ di Kuala Lumpur satu masa dahulu.

Di akhir konsert, dalam ucapan penutup, Kyuhyun dan Heechul memberitahu peminat, pada masa hadapan mereka ingin melihat peminat datang bersama-sama ahli keluarga dan anak-anak. Dua lagi ahli kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk dan Yesung sedang menjalani latihan ketenteraan. Konsert telah diakhiri dengan lagu So I dan tundukan hormat kepada peminat. Konsert yang bermula pada pukul 5pm ini berakhir pada pukul 9pm dan mereka terus pulang Korea pada malam itu juga.

Super Junior: Super Show 5 in Malaysia telah dianjurkan oleh Star Planet dan dibawa oleh Spritzer.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Percutian Alami Citarasa Dunia Tune Hotels

Who Will Win Season 3 of The Apartment