in ,

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Pantang betul bila dengar Anuar Zain akan perform di konsert percuma, pasti Budiey tak mahu lepaskan peluang. Hoho… percuma kot. Kalau berbayar tak mampu kan? Walau jauh mana pun tetap gagahkan kaki. Haish, itulah… peminat fanatik Anuar Zain la katakan.

Seperti baru-baru ini, tanggal 20 Disember, Budiey berpakat siang-siang lagi dengan sahabat dari team BudieyBuddies untuk menonton Konsert Matrix Soundscape 2014 yang diadakan di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Seingat Budiey, ini adalah kali pertama Budiey sanggup memandu jauh semata-mata nak tengok persembahan Anuar Zain. KL – Seremban, kira jauh la tu kan.

Kami sekarang dah pun sampai di Bandar Sri Sendayan utk menyaksikan Konsert Festival Music MATRIX SOUNDSCAPE 2014.  Kpd korang yang tinggal berdekatan bolehlah datang sini. Senang je nak datang sebab konsert ni berselebahan dengan Matrix Global Schools. K

Bukan itu saje, Budiey kira, ini juga kali pertama Anuar Zain nyanyi di konsert secara percuma di Bandar Sri Sendayan ni. Tidak kira di mana sahaja, persembahan sentiasa dinantikan oleh peminat. Ternyata, ini juga peluang untuk warna penduduk Seremban dan kawasan terdekat dengannya untuk merasai dan mendengar vokal mantap Anuar Zain.

Selain pelantun suara Lelaki Ini, festival musik yang dianjurkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad ini juga menampilkan Anuar Zain, Jaclyn Victor, Jess Lee, Nicholas Teo, Waris, bakat baru Mei Sim serta penghibur lagenda, Dato’ Hattan. Pergh! Pendek kata konsert ini bersifat 1Malaysia di mana semua kaum datang berkumpul. Tak kira Cina, Melayu dan India, semua tak kisah untuk datang dan mengecapi malam yang begitu indah dan hangat.

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Terima kasih kepada Matrix Concepts Holdings Berhad, syarikat pemaju yang kini makin berkembang pesat yang sudi buat konsert yang happening macam ni. Setidaknya dengan adanya konsert macam ni, dapat membina satu reputasi yang baik dan membuatkan orang ramai gembira dengan kepesatan yang diwujudkan di Bandar Sri Sendayan ini. Bak kata Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat tersebut, Dato’ Lee Tian Hock katanya konsert julung kali dianjurkan ini adalah untuk menghargai mereka yang banyak memberi sokongan kepada syarikat itu khususnya penduduk setempat.

Seawal jam 6 petang lagi, Budiey dan rakan-rakan baik BudieyBuddies dah pun sampai tatkala senja mengirai malam. Maklumlah, kami bertolak pun sangat awal sebab takut tak jumpa lokasi. Padahal senang je nak sampai di tapak konsert ni sebab ia hanya bersebelah je dengan Matrix Global Schools. Dengarnya, penonton yang datang sanggup berada di sini sekitar jam 5 petang lagi. Mereka bukan sahaja datang dari Seremban je, tapi ada yang sanggup datang dari jauh termasuk Pahang, Johor dan Melaka. Mereka yang hadir sanggup menunggu lebih dua jam semata-mata untuk melihat persembahan penyanyi kesayangan itu membuat persembahan.

Ternyata suasana sebelum konsert pun dah nampak meriah sebab orang ramai mulai memenuhi kawasan dan dari wajah masing-masing Budiey dapat baca, mereka tak sabar nak menonton persembahan mantap dari penyanyi hebat kelas pertama. Patutlah tiada peminat yang berganjak pulang, semata-mata mahu menyaksikan penyanyi pujaan itu beraksi.

Budiey turut melihat seni bina bangunan yang didirikan berhampiran dengan tapak lokasi. Cukup menarik dan unik menawan sekali. Terdapat 2 bangunan yang berhampiran tapak konsert Matrix yang terpikat minat Budiey – Matrix Global Schools yang seni bangunannya amat mengagumkan dan juga d’Tempat Country Club dimana setahu Budiey, akan mula beroperasi tidak lama lagi. Infrastrukturnya juga dikatakan amat menakjubkan yang merupakan ‘state-of-an-art’ yang tidak didapati malah di KL.

Tidak hairanlah, jika Matrix Concepts ini telah tersenarai di dalam Forbes Asia’s 200 Best Under A Billion. SME Malaysia juga telah menganugerahkan Platinum Entrepreneur 2014 semasa sambutan ulangtahun persatuan berkenaan pada 5 Disember 2014 sebagai pengiktirafan kepada kejayaan yang telah dicapai oleh Matrix Concepts.

Tidak perlu diulas banyak sangat, Budiey boleh katakan ramai yang menantikan persembahan Anuar Zain pada malam itu. Lebih 5,000 penonton datang menyaksikan. Jam 8.40 malam, konsert dimulakan dengan pembukaan dari persembahan kebudayaan dan diselang-selikan dengan kemunculan dua orang pengacara yang cukup happening.

Tunggu punya tunggu, penyanyi Anuar Zain muncul akhirnya pada jam 10.20 malam. Kemunculan Anuar Zain sememangnya mencipta aura tersendiri. Tidak hairanlah, saat dirinya muncul di pentas, Anuar Zain mendapat tepukan gemuruh dan sorakan luar biasa. Memang sporting habislah. Katanya, ada lima buah lagu akan dinyanyikan oleh anak Pak Zain, termasuklah lagu Sedetik Lebih, Ketulusan Hati, Sesuci Hati, Ajari Aku dan Kau Bunga Cintaku.

Memulakan langkah penuh yakin, sambil mendendangkan lagu berentak pantas, Kau Bunga Cintaku sebagai pembuka persembahan ternyata membuatkan pentas di Bandar Sri Sendayan, Seremban gamat dengan jeritan peminat. Ternyata satu pilihan lagu yang cukup tepat kerana lagu ini berjaya membuatkan peminat menari sambil ikut serta menyanyi.

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Penampilan Anuar Zain pada malam itu memang cukup kemas dengan sut yang elegan berwarna krim. Memang inilah imej Anuar Zain yang membuatkan peminat cukup selesa dengan beliau. Tidak kurang ada yang berebut-rebut mahu ber-selfie dengan beliau.

Sedetik Lebih, sebuah lagu paling hits menjadi lagu penutup Anuar Zain di Konsert Matrix Soundscape 2014. Tidak hairan jika ada peminat yang hampir ‘histeria’ sambil melaungkan nama Anuar Zain. Cukup berhantu juga lagu Sedetik Lebih ni kan? Tidak ketinggalan ada yang turut sama menyanyi sepanjang persembahan Anuar Zain selama 25 minit itu. Termasuklah kami yang duduk kat kerusi barisan depan pentas.

Pendek kata, persembahan di tempat terbuka ini menepiskan cakap-cakap orang yang mengatakan Anuar Zain hanya mahu tampil di persembahan eksklusif semata-mata. Tidak kiralah, samada persembahan di tempat terbuka atau di hotel mewah, persembahan Anuar Zain tetap tidak mengecewakan dengan mutu persembahan kelas pertama.

Seperti mana beliau membuat persembahan dalam kebanyakan majlis tertutup dan lebih intim bersama peminat, begitulah kualiti persembahan yang diberikan Anuar di dalam persembahan singkatnya itu. Memang cukup bertenaga.

Apa yang Budiey boleh puji pasal Anuar Zain ni, dia ni sejenis yang sangat mesra dengan peminat. Kadang-kadang Budiey tengok pun rasa jeles sebab cara Anuar Zain layan peminat memang tip-top.

Anuar Zain memang terkenal dengan sikapnya yang mesra dan dia tidak betah dan duduk diam di pentas sahaja, malah beliau turun dari pentas untuk bersalaman dengan peminat sambil melayan peminat. Sambil berkata, dia teruja untuk menghiburkan semua yang ada di konsert ini.

Semasa mendendangkan lagu AJARI AKU, Anuar Zain tidak menghampakan keinginan dan keghairahan peminat untuk ber-selfie bersama beliau. Masa ni je lah peluangnya untuk ber-selfie kan. So, yang bernasib baik tu, memang ambik peluang ni betul-betul. Anuar Zain pun nampak layan je peminat nak berselfie lama mana pun. Kalau boleh, dia mahu berselfie dengan semua orang dan peminat yang datang tapi apa kan daya. Masa dan ruang memang tak cukup. Mesra betul Anuar Zain ni dan selebriti macam ni seharusnya dijadikan contoh. Beliau tidak pernah menolak untuk berselfie dan tidak pernah mengecewakan peminat untuk bersalaman. Masa perform lagu AJARI AKU, Anuar Zain mengajak peminat untuk berduet dengan beliau.

Penampilan khas dari penyanyi kelahiran Negeri Sembilan, Datuk Hattan juga tidak kurang hebatnya. Beliau mendendangkan tiga buah lagu.

Budiey cukup puas hati dan rasa berbaloi datang memandu dari KL ke Seremban. Sebelum persembahan Anuar Zain, lima artis lain yang membuat persembahan ialah Mei Sim, Jess Lee, Nicholas Teo, Waris dan Jaclyn Victor juga memang hebat. Apatah lagi penyanyi popular Datuk Hattan turut diundang sebagai jemputan khas.

Pesta Muzik Soundscape 2014 dianjurkan oleh pemaju hartanah terkemuka Negeri Sembilan, Matrix Concepts Holdings Bhd. Menariknya mengenai konsert tersebut, ia memang benar-benar telah menarik pengunjung daripada pelbagai latar belakang dan keturunan untuk berhibur sambil memberi sokongan kepada syarikat tersebut.

Turut hadir menyaksikan konsert ini ialah Pengerusi Matrix Concepts, Dato’ Mohamad Haslah Mohamad Amin serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Dato’ Lee Tian Hock.

Sekurang-kurangnya, dengan penganjuran konsert ini dapat memperkenalkan Bandar Sri Sendayan kepada orang ramai dan sekaligus dapat memberikan promosi sebagai kawasan membangun yang merangkumi pembangunan perumahan, komersial dan perindustrian.

Secara keseluruhannya, Budiey kira konsert ini berjaya mencapai matlamatnya itu untuk mempromosikan Bandar Sri Sendayan sebagai sebuah kawasan membangun di Seremban.

#throwback Citer semalam dapat hangout bersama Anuar Zain di backstage Konsert Festival Music MATRIX SOUNDSCAPE 2014 yg berlangsung di Bandar Sri Sendayan, Seremban. Jauh benar kami datang tau. Rugi tak berselfie.  Selain persembahan Anuar Zain, terhibur

Di tengah korang tgk bola final, Budiey layan konsert persembahan Anuar Zain bersama adik kesayangan @abil93 malam ni di Konsert Festival Music MATRIX SOUNDSCAPE 2014 yg berlangsung di Bandar Sri Sendayan, Seremban. Jauh benar kami datang. Kpd korang yang

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Ulasan Konsert Matrix Soundscape 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Terbaik Tuah Di Konsert Mentor Legend

Sebab Mengapa Bapa Emma Maembong Tidak Puas Hati Dengan Zizan