in ,

Ulasan Persembahan Red Velvet, Nct127 & Yesung di Konsert I Seoul U Kuala Lumpur

Terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput Budiey.com untuk buat liputan dan ulasan di Konsert “I Seoul U” di Kuala Lumpur yang mana telah diadakan pada 23 Mei yang lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dan ini adalah ulasan dari kami.

Konsert ini memperlihat persembahan tiga artis Korea Selatan daripada syarikat pengurusan artis terkenal di sana, SM Entertainment (SME) iaitu Red Velvet, NCT127 dan juga Yesung dari Super Junior. SME juga adalah syarikat pengurusan yang menaungi EXO, Shinee, SNSD, DBSK dan ramai lagi.

Seramai 6000 penonton dikatakan telah hadir pada malam tersebut dan walaupun rata-rata penonton ialah dalam kalangan peminat Kpop, tetapi mereka juga turut bersama-sama menghangatkan dewan semasa persembahan pembukaan daripada artis tempatan iaitu De Fam dan Altimet yang mempersembahkan lagu hits mereka termasuklah Supergirl dan Amboi.

Persembahan utama dimulakan oleh Red Velvet dengan lagu Dumb Dumb, Little Little, Russian Roulette dan Rookie. Red Velvet yang dianggotai oleh Irene, Seulgi, Wendy, Joy dan Yeri baru sahaja membuat kunjungan mereka ke Malaysia pada 23 April lalu.

Walaubagaimanapun, Joy tidak dapat hadir pada waktu itu kerana sibuk dengan pengambaran drama. Tetapi, pada kali ini, seperti yang dijanjikan mereka hadir kembali bersama Joy dan ini sangat menggembirakan para peminat. Sebelum memulakan persembahan, mereka telah mencuit hati peminat menerusi IGLive di Instagram rasmi mereka dengan berjoget mengikut rentak lagu Amboi daripada Altimet di belakang pentas.

YESUNG (1)

Sebagai kumpulan yang baru, NCT127 telah membuktikan bahawa mereka wajar diberi perhatian menerusi persembahan yang cukup memukau dengan lagu Fire Truck, Once Again, Good Thing dan Limitless. Fanchant daripada peminat yang mengegarkan seluruh dewan menunjukkan bahawa mereka mempunyai kumpulan peminat yang cukup kuat di Malaysia walaupun ini merupakan kunjungan pertama mereka ke sini.

Tidak mustahil jika mereka bakal kembali ke Malaysia lagi satu hari nanti. NCT127 yang dianggotai oleh Taeil, Taeyong, Doyoung, Yuta, Jaehyun, WinWin, Mark dan Haechan ini merupakan unit daripada kumpulan terbaru SME iaitu NCT (Neo-Culture Technology). Selain NCT127, unit NCT juga terdiri daripada NCT-U dan NCT Dream dan setiap unit ini membawa konsep dan ahli kumpulan yang berbeza.

RED VELVET (2)

Super Junior merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat Kpop di Malaysia. Mereka juga antara kumpulan yang membawa nama Kpop ke sini dengan lagu hits mereka iaitu Sorry Sorry, Walaupun hanya hadir secara soloi, Yesung yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Super Junior tidak mengecewakan peminat dengan persembahan vokalnya.

Memulakan persembahan dengan lagu hits dari drama Cinderella Stepsisters iaitu It Has to Be You, Yesung telah berjaya membawa peminat kembali ke masa lalu dengan menyanyikan lagu ini bersama-sama. Yesung juga telah mempersembahkan lagu-lagu dari album solonya iaitu Paper Umbrella, Fly dan Only You. Super Junior dikatakan bakal kembali beraksi di pentas muzik tidak lama lagi, mungkinkah kita dapat menerima kedatangan mereka sekali lagi ke Malaysia?

Timbalan Datuk Bandar Seoul iaitu Mr Gyoung-gee Liu turut hadir pada malam tersebut untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di bandar Seoul yang wajib dikunjungi jika melancong ke ke Korea Selatan termasuklah Seoul Skypark Pedestrian Road “Seoulla 7017 yang baru dibuka baru-baru ini. Ia merupakan sebuah lebuh raya lama yang telah dibina balik sebagai tempat pejalan kaki.

Vice Mayor_ Gyoung-gee LIU (2)

Vice Mayor_ Gyoung-gee LIU (1)

I-SEOUL-U Group Photo (2)

I-SEOUL-U Group Photo (1)

DE FAM

ALTIMET

YESUNG (2)

RED VELVET (1)

NCT 127 (2)

NCT 127 (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat Lancar Koleksi Baju Raya Inspirasi Taman Vintage Inggeris

Barney’s Greatest Hits Live di Malaysia