Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5: Minggu ke 3

KEMBALI HAMBAR
Konsert Akademi Fantasia kembali hambar? ‘Busuk’? Tidak bermaya? Tidak ada jiwa? Anda katalah apa sahaja. Pada saya, kita patut terima hakikat bahawa persembahan seperti juga roda. Ada naik dan turun. Seperti juga pasang surutnya air laut. Untuk melihat graf menaik dan semakin menaik setiap minggu memanglah susah. Usah terlalu mengharap dan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap prestasi pelajar ini. Mereka masih bertatih, masih di peringkat pembelajaran dan mereka bukanlah penyanyi profesional.

KENAPA ?
Apakah punca konsert ke-3 hambar? Adakah kerana konsert dilangsungkan pada waktu 1.30 petang? Rasanya tidak! Adakah pemilihan lagu yang tidak berapa sesuai? Adakah kerana tidak diberi kata-kata semangat oleh Aznil sebagaimana di konsert kedua? Adakah gaya pengkritik yang terlalu ‘bengis’ buat mereka takut? Apakah kerana tema ketuhanan buat pelajar tidak mahu agresif? Adakah kurang daya motivasi? Adakah mereka tidak cukup menggali rahsia sebalik lagu. Ini semua hanya tinggal tanda tanya. Hanya ‘makhluk tertentu’ yang tahu di mana silap mereka.

ANALISA UNDIAN
Keputusan undian sebelum konsert melihatkan pada kita, jantina memainkan peranan penting. Dari musim pertama lagi, kita saksikan pecahan undian didominasikan oleh pelajar lelaki. Dan musim ini, undian Dafi, Aizat dan Aswad melimpah ruah. Hanya Heliza yang berada di zon selesa. Dari tempat ke-9 hingga 13, semuanya nama pelajar perempuan. Melihat pada prestasi, saya meramalkan pelajar perempuan akan disingkirkan sorang demi sorang. Yang tinggal mungkin Heliza, Candy atau Mila. Apa-apa pun, masa masih panjang.

INTRO & TEMA KETUHANAN
Dengan tema ketuhanan dan kemanusiaan sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul, saya jangka Konsert AF kali akan menjadi lebih istimewa dan memberi seribu makna buat pelajar. Namun, sebaliknya yang berlaku, AF disuramkan dengan kritikan maha pedas oleh pengkritik tetap.

Yang membingitkan telinga, setiap pelajar pasti ada kelemahan yang dapat dikorek oleh pengkritik. Tidak ada sorang pun yang ‘perfect’. Hanya Ebi dan Candy yang menyerlah. Yang lain seolah tidak diberi makan seminggu. Malas! Tidak ada dinamik! Kaku! Tiada energi dan hilang fokus! 

Pembukaan dengan gendang Hassan Ali Steve Thorthon anak beranak adalah pilihan yang tepat. Kesan gema pada suara kira OK tapi kadang-kadang rasa cam over. Puisi Tetamu Senja garapan A. Samad Said yang dideklamasi oelh Aznil dan pelajar juga memang tidak lari daripada konsep. Habis, yang tidak kenanya cuma persembahan pelajar.

Heliza - Melodi Ahlan (Waheeda)
Tarian pembukaan oleh Heliza sudah ada syncronize tetapi malang apabila Heliza mengeluarkan suara, terus jadi hancur. Mungkin sebab pelajar pertama perform, Heliza ada darah gemuruh. Nafas Heliza tercungap-cungap. Suara pun jadi mengah. Bila termengah-mengah, Heliza menelan lirik. Sebutan tidak jelas. Gerakan Heliza seperti tidak yakin,  terlalu berjaga-jaga tapi masih tidak tersusun. Suara latar tidak banyak dapat membantu malah memburukkan keadaan. Nampak semakin berterabur. Heliza nampaknya sudah sinonim dengan gaya lenggok Siti Nurhaliza. Takut juga nanti, Heliza akan digelar Siti NurHeliza. Permulaan yang sepatutnya boleh ‘meletop’ bertukar menjadi satu persembahan yang tidak kesampaian maksudnya. Apa-apa pun, Afundi Heliza! Tetap nak promote nih!

Farha - Insan (Yantzen)
Saya gelilah tengok gaya Farha yang over feeling tu. Sarat dengan ekpressi wajah semacam berada dalam kemarahan. Nampak bengis kan? Gaya tangan yang ‘macam-macam ada’ tu mengganggu tumpuan saya. Lebih dahsyat, apabila pendengaran saya dipekakkan dengan bunyi suara Farha yang sangat bingit. Macam Farha tercekik butir nangka. Ini Farha bukan menyanyi tetapi menjerit. Lagu ini seeloknya disampaikan dengan gaya yang lebih santai dan rileks. Tapi santai pun biar bertempat juga kan. Untuk klimaks pula, Farha menggunakan ad lib yang tidak kena. Apa-apa, Farha tetap ada suara yang lantang dan dia mengeksploitasi suara lantang itu sebaik mungkin.

Aswad - Hijau Bumi Tuhan (XPDC)
Kaku! Penguasaan pentas yang kosong! Seperti kata Kak Gee, Aswad hilang tenaga. Semangat Aswad seolah ditelan oleh pentas. Saya rasa Aswad tersilap memilih konsep dan juga graf persembahan. Mungkin Aswad anggap konsert kali ini, dia tidak perlu bergerak ke sana-sini. Berdiri kat situ je dah cukup, katanya. Sedangkan lagu ini rentak dia seperti riang ria cuti sekolah… mengecapi nikmat alam macam tuh kan. Dan seperti biasa, Aswad gagal mengawal gerakan tangannya. Persembahan yang paling membosankan. Ada klimaks? No climax at all!

Noni - Ode to My Family (Cranberries)
Noni telah menampilkan sesuatu keunikan pada persembahan. Dia perlu ‘bergerak’ bersama 4 watak dan di akhirnya ada frame yang menggambarkan kerukunan satu famili. Dramatik. Dari segi penyampaian vokal, Noni tidak meniru penyanyi asal. Cuma saya tidak berapa suka pakaian Noni. Tidak masuk dengan tema kemanusiaan. Agak ranggi kan? Noni cuba untuk berinteraksi dengan pelakon tambahan sehingga Noni terlupa untuk bercerita pada penonton. Sayang sekali lagu ini tak banyak menguji vokal Noni. Terlalu mendatar.

Fatin - Erti Hidup (Dayang Nurfaizah)
Sebuah lagu yang punya melodi dan mesej yang sungguh indah & mendayu-dayu. Memang rugi sekiranya Fatin tidak merebut peluang ini untuk mengubah persepsi penonton yang menganggap suara sengau Fatin hanya layak untuk lagu dangdut sahaja. Saya terhibur dengan persembahan Fatin. Ada gemersik. Sederhana pada gaya dan ekspressi. Lontaran vokal yang ada dinamik. Minggu ini, Fatin membuktikan sesuatu yang Fatin pun ada umphhhh!

Aizat Warisan (Sudirman Hj. Arshad)
Pertama kali mendengar suara Aizat dialun dalam lagu perlahan. Lagu ini memerlukan Aizat mengerahkan segala tenaganya semaksimum yang boleh. Tetapi, sayang sekali Aizat hanya mengeluarkan separuh darinya. Masih tidak cukup. Permulaannya, vokal Aizat maintain. Lama kelamaan, saya dengar Aizat kelelahan. Tidak sampai nafas. Dengar jelas, Aizat menghela dan menarik nafas. Persembahan Aizat sepatutnya menyimpan tenaga untuk korus yang memerlukan tekanan dan lontaran suara yang lebih tinggi. Namun, tenaga dibazirkan dengan gerakan tangan yang tidak tersusun. Entah mengapa, gaya Aizat kali ini mengingatkan saya pada Fuad, pelajar AF3. Saya tidak setuju dengan Kak Ogy yang mengatakan Aizat meniru suara Allahyarham Sudirman. Ada lain sikit. Apa-apa, Aizat dah buat dinamik dan projeksi yang mantap walaupun dikatakan kurang stamina.

Mila - Melukut di Tepi Gantang (Aishah)
Dengan menggunakan kerusi roda sebagai prop, sedikit pun tidak mencacatkan persembahan Mila. Malah, saya rasa Mila berada dalam karakter dan landasan yang betul. Lirik lagu ini memang sesuai dengan gaya seperti orang kurang upaya yang tersisih, penuh nada rayuan dan mengharapkan bahagia. Mila hanya perlu pandai menjaga mood dan jiwa penonton agar tidak bosan melihat Mila yang hanya duduk saje. Sengau Mila sengau yang sedap. Walaupun ada pitching lari ke laut atau flat kondominum ke, tak kisahlah. Asalkan ada yang  terhibur sebab ada video klip Mila bermesra dengan Dafi. Satu cara untuk menarik pengundi Dafi sedekahkan sedikit undian buat Mila. Ops! Betul tak?

Dafi - Aku Tanpa Cinta-Mu (Mirwana)
Kesian Dafi kena hentam dek persembahan yang tidak ada tenaga ini. Lagu ini menguji kebolehan Dafi mewarnai vokalnya. Setakat mana vokal Dafi boleh pergi dan sampai. Ini semua yang ditunggu oleh penonton AF terutama oleh golongan yang anti Dafi. Memang happylah mereka kerana Dafi gagal membuktikan vokalnya fleksibel. Malah, nyanyian Dafi sumbang dan tiada dinamik. Dafi perlu diberi teknik dan praktikal bagaimana cara mengeluarkan suaranya yang bersarang dalam kepalanya. Gerakan Dafi teragak-agak. Tidak ada keyakinan dan agak goyah. Apa-apa pun, semoga Dafi terus belajar dari kesilapan ini. Berilah Dafi peluang. Khabarnya, show Dafi masa rehearsal lebih baik daripada show petang tu.

Dekna - Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher)
Dekna tidak pandai cover masa terlupa lirik. Malah, Dekna membiarkan perasaan serba salah itu bersarang dan mengacau persembahan hingga akhir. Dekna hilang fokus sehingga hilang segala tempo lagu. Tidak tahu apa yang mengganggu fikiran Dekna. Persembahan yang sederhana, biasa-biasa saje pada saya, tiada gerakan over dan Dekna nampak tua dari usianya dengan pakaian sebegitu.

Rizal - Permaidani (Aris Ariwatan)
Nampak sangat Rizal bersungguh-sungguh mahu membaiki persembahannya. Terlalu berhati-hati takut melakukan kesilapan. Masalah Rizal mungkin dia tak dengar betul-betul melodi, tu yang nyanyian dia jadi sumbang. Ada bait-bait lirik yang tidak jelas sebutan ketika nada rendah. Penyampaian yang tidak sampai. Padahal lagu ini sepatutnya diberi ruh dan jiwa. Entahlah, saya bosan. Tak tahu bosan pasal apa. Pasal lagu atau pasal apa tah. Apa-apa pun, kezutan dengan membawa ayah dan ibu Rizal memang menyentuh perasaan saya. Itu sahaja.

Shawal - Ku Berlari (Firdaus)
Shawal ligat di pentas. Itu yang dinamakan penguasaan pentas yang sebetul-betulnya. Shawal ke kanan dan ke kiri. Ke tengah dan ke belakang. Kemudian, dia melompat. Kira tenaga tu ada la sikit. Menunjukkan Shawal enjoy dengan lagu ini. Gerakan tarian bersama penari pun macam konsert lepas, memang selari. Cabaran lagu ini pada rentak rapping di tengah-tengah. Lagu ini perlu stamina yang bukan sikit. Tercungap-cungap sehingga Shawal menelan lirik. Kemudian, apabila Aizat masuk buat rapping, terus Shawal karam tenggelam sekejap dek aura Aizat.

Candy - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
Lagu terbaik disampaikan dengan vokal yang baik dan lantang. Candy pandai membuat improvisasi yang menyuntik kelainan. Macam Siti Sarah la pulak saya tengok. Percubaan yang baik dan Candy layak untuk menerima standing ovation sebab bijak menggunakan kebolehannya mewarnakan lagu ini dengan baik. Lontaran suara mantap dan ada jiwa. Mesej tu sampai walaupun kata Kak Ogy, gaya mata dan gestures seksi tu agak jelek dan tidak sesuai untuk lagu ini. Apa-apa, graf Candy meningkat secara mendadak.

Ebi - Al Jannah (Mawi)
Saya terpaku dengan kebolehan Ebi. Rupa-rupanya, Ebi ada aura yang seiras dengan Mawi. Cup! Saya tidak kata gaya Ebi sama dengan Mawi. Maksud saya, Ebi membuktikan dia seorang serba boleh. Bukan senang untuk melaungkan kasidah dan alunan sebegitu. Persembahan yang ada stail dan poetic. Pemakaian baju jubah ala-ala orang Pakistan tu yang dipakai dua lapis tu nampak merimaskan. Tapi tidak menganggu konsentrasi Ebi. Untuk penutup sebuah konsert ketuhanan, lagu ini buat saya berkata, Fuh! Memang power la Ebi nih!

Tiada Penyingkiran?
Mengapa minggu ketiga tiada penyingkiran? Barangkali tidak mahu melihat pelajar sedih. atau mungkin juga ini sekadar April Fool? Apa-apa pun, jangan anggap tiada penyingkiran bermakna mereka boleh berlapang dada. Peluang sebegini datang sekali sahaja.

Pelajar yang mendapat undian paling sedikit dan sepatutnya tersingkir ialah Mila. Ini hadiah yang besar bagi Mila. Mila diberi peluang kedua dan diberi talian hayat untuk hidup selama seminggu. Saya rasa, kezutan ini boleh mengundang padah sebab tidak mustahil ada dua pelajar akan disingkirkan dalam satu konsert. Dalam AF, macam-macam benda boleh berlaku.

Penonton nampaknya sudah bosan dengan persembahan pelajar. Ini akan memberi kesan kepada kuantiti undian SMS yang diterima. Apa yang saya lihat, konsert kali ini telah menaikkan undian untuk Ebi secara mendadak. Lihat sahaja keputusan undian selepas konsert. Pola sudah berubah namun masih lagi tidak selari dengan prestasi pelajar.

Ebi 12%
Dafi 12%
Aizat 10%
Heliza 10%
Aswad 9%
Candy 8%
Farha 7%
Shawal 6%
Rizal 6%
Fatin 6%
Noni 5%
Dekna 5%
Mila 4%

Konsert yang mengecewakan Roslan Aziz. Masa buat rehearsal lain, masa konsert jadi lain.

Penutup
Konsert ke-4 adalah medan untuk pelajar mengubah kembali mana kesilapan mereka. Mengatur kembali strategi dan pandai merebut peluang yang ada. Jangan hanya tahu buat setelah disuruh. Betullah kata Aznil, diorang ni sebenarnya nak kena tegur dulu baru boleh ‘up’. Seperti pahat dan pemukul, kalau tidak disedarkan dari lena yang panjang, selagi itulah mereka tidak akan berganjak dari tapuk lama. Susahkan mengajar budak-budak zaman sekarang? Saya tak menolak graf prestasi akan turun naik-turun naik macam bukit. Apa-apa tunggu saje konsert Sabtu ni.

Terima kasih kepada Mr. Manager sebab bagi cadangan buat ‘tag’…

Ulasan lain:

  1. Mr. Manager
  2. Klubbkidd
  3. Sultanmuzaffar

Pilihan Sensasi Selebriti:

  1. Ebi (Al-Jannah)
  2. Candy (Terlalu Istimewa)
  3. Fatin (Erti Hidup)
  4. Aizat (Warisan)
  5. Mila (Melukut Di Tepi Gantang)
  6. Heliza (Melodi Ahlan)
  7. Shawal (Ku Berlari)
  8. Farha (Insan)
  9. Noni (Ode To My Family)
  10. Rizal (Permaidani)
  11. Aswad (Hijau Bumi Tuhan)
  12. Dafi (Aku Tanpa Cintamu)
  13. Dekna (Kembara Di Tanah Gersang)
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Saida AF6 Kena Badi & Konsert AF6 di Istana Budaya
  • Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 - Minggu ke 9
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Gambar Selebriti di Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ketiga
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?



  • 7 Komen untuk entri “Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5: Minggu ke 3”

    1. Izham kata:

      Hmm.. kenapa dengan ogy tu? apa yang dia cuba sampaikan melalui komen2 yang serba tak kena pada petang itu.

      nampak macam dia kecewa dengan benda lain tapi dilepaskannya di situ.

      tak pro langsung.

    2. myidef_008 kata:

      Hi…rasanya persembahan hambar untuk konsert ke 3 ni disebabkan pelajar agak risau/takut takut nak bergerak dan membuat persembahan mungkin mereka merasakan konsep minggu ke 3 ni membuat kan mereka tidak boleh terlalu aktif.
      Disamping itu tenaga pengajar mesti lebih tegas dgn pelajar AF5 ni.Nampaknya mereka terlalu main dan sehingga sekarang pun bila kita tgk diari masih ada yg bercakap ketika tenaga pengajar mengajar dihapan…apa ni??
      Pengetua juga kena banyak follow up (mcm Ramli MS),terutama masa komen tentang persembahan semasa konsert dan sewaktu pelajar membuat persembahan dihadapan tenaga pengajar di akdemi sebelum konsert.
      Apapun tidak boleh disalahkan pelajar 100%,tenaga pengajar,pelajar & pengkritik juga sama2 memainkan peranan dlm menjayakan sesuatu persembahan….

    3. wiwi kata:

      hurm.aku pon terkejut ngan persembahan ebi! best.terpaku kejap.hehehe. hurm sygnyer shawal dh ok dah mula2 pastu hancus.huhuhu …

      neway i vote for shawal ebi noni and dafi. erk heliza? hurm :P

    4. Yana kata:

      aslkum..pening arr tgok pgritik membebel jew..
      dak af ni tak bsalah pun..dorg dah wat yg termampu kot..tp kena kritik gak..
      apa dah???spttnya pgritik bg kata2 smngat tuk pgetahaun dorg..
      ini tak de pun kata smgat..plg2 kata GALI..
      semua psmbhan hancus..

    5. pok jak kata:

      aku nie dah meluak dgn AF. kat negara kita dah bnyk artis. aku tngok artis dulu2 tak macam skarg over sangat……..

    6. wann kata:

      af5 paling tak best ………………………

    7. challo mujhe!!! kata:

      Hello sikit yerrr..!!!!!!!!! rancangan realiti akademi fantasia ni merupakan perintis kemunculan rancangan realiti dekat Malaysia ni.So,AF memang perlu kepada pengkritik yang intelektual dan bukannya sekadar duduk di kerusi pengkritik dan mengkritik tanpa mengandungi ilmu yang boleh di perolehi oleh para pelajar AF.Jadi,kemunculan Akak Ogy Ahmad Daud adalah sebagai bukan sekadar pengkritik tapi juga sebagai anak seni intelektual yg ikhlas meberi komen kpd para pelajar AF…..!!!!!!!!!!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET