Ulasan Konsert Agnes Monica di Stadium Negara
Agresif, hebat, lincah, bertenaga, penuh stamina dan berbisa. Itu gambaran yang boleh saya berikan selain karismatik bertaraf international gaya seorang diva, Agnes berjaya menghiburkan sekitar 3 ribu penonton di konsert sulungnya di Malaysia. Walaupun Agnes bilang dia sakit tekak tapi suara dia masih lagi lantang. Ok je tengok dia menjerit. Cuma saya kesal dengan pengisian slot seperti mahu melepaskan batuk di tangga sebab tiada kejutan untuk penonton tempatan. Cuma yang ada hanya persembahan biasa-biasa sahaja. Mungkin ada baiknya Agnes membawa lagu dari diva-diva Malaysia seperti lagu Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura atau Datuk Sharifah Aini? Hiks!
Oh ya sebut pasal Datuk Siti Nurhaliza, saya ada mendengar khabar berita yang Datuk Siti Nurhaliza sah mengandung hamil anak yang pertama. Kalau betullah berita ini, saya ucapkan tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza. Dapat juga Datuk K nak timang anak yang pertama dari perut Datuk Siti Nurhaliza. Mesti cute anak dia.
Opening act pun tidak berapa power sangat sebab show penyanyi jemputan pun biasa-biasa saja. Ye lah, dah nama pun opening act kan. Mana boleh kasi kat penyanyi bertaraf lebih tinggi dari Agnes. Nanti tenggelam lak sinar bintang Agnes tu.
KERENAH PENONTON
Nak kata sepi dengan penonton, konsert gadis kacukan Cina - Indonesia ini nampak kecoh dan meriah jugak pada pemerhatian saya. Nak kata ramai yang tak hafal lagu Agnes, saya kira penonton ramai penonton yang sudi jadi back up singer untuk Agnes. Walaupun ramai yang datang dan bersorak dan melompat-lompat tu ialah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia. Memang satu senario biasa di konsert oleh artis dari Indonesia. Faham-faham sendiri sebab mereka ini punya banyak kerenah. Ada penonton yang berdiri di arena ditangkap dan dihalau keluar kerana sengaja buat kecoh. Ada ke patut, tengah-tengah enjoy dengan show Agnes, diorang ni boleh bergaduh? Ajaib-ajaib… ntah ah nak kata apa.
Seawal jam 8.o0 malam peminat sudah dibenarkan masuk. Saya sampai di Stadium Negara dalam jam 8.30 malam. Banyak rongga-rongga kosong tak diisi. Tengoklah sendiri Agnes ni sebenarnya tidak ramai yang minat. Tapi nasib baik, masih ada peminat dari Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura sanggup terbang ke Kuala Lumpur. Cuma ruang arena depan pentas agak kosong dan lengang sikit. Tapi akhirnya, penonton yang berada di tempat duduk atas dibenarkan memenuhi ruang arena untuk kasi lebih havoc sikit kat depan pentas.
MANA LAGU DUET SAMA TITI DJ?
Walaupun 3 buah lagu iaitu Ku T’lah Jatuh Cinta, Bilang Saja dan Tak Ada Logika yang popular di corong radio, tapi untuk peminat yang dah beli album memang dah jatuh cinta dengan semua lagu Agnes… ehem… macam saya ni. Tapi terkilan sangat-sangat sebab Agnes tak bawa lagu duetnya bersama Titi DJ berjudul Hanya Cinta Yang Bisa. Memang sedap lah lagu tu. Memang sentimental habis. Rata-rata yang duk depan tu memang nyanyi sama bintang berusia 21 tahun itu. Yang pasifnya hanya penonton yang datang dengan tidak mendengar atau dalam perkataan lain, tidak membeli album Agnes. Jadi, pertama kali mendengar lagu memanglah tak berapa mesra dengan pendengaran telinga. Lain kali kalau nak pi konsert, faham-faham la kena ler dengar lagu puas-puas. Buat homework sikit. Hahahaha!
SHOWMANSHIP SUPERB!
12 penari yang diterbangkan khas dari Indonesia mendukung showmanship untuk nampak lebih power. Membuatkan ramai penonton pun turut bergoyang sama. Cuma yang duduk memaku punggung kat kerusi tu, diorang ni tengok saje macam orang tengok TV kat ruang tamu sambil makan kuaci. Mungkin jarak pentas yang jauh dengan tempat duduk menjadikan penonton hanya senyap dan tidak banyak bergerak. Kegagalan Agnes menarik penonton untuk sama-sama goyang juga menjadi faktor utama konsert nampak begitu lesu.
Lagu Bilang Saja, Dan Tak Mungkin, Pernikahan Dini, Indah, Ku T’lah Jatuh Cinta, Tanpa Kekasih, What They Called Soulmate, Ini Gila Ini Cinta, Get Up, Bukan Milikmu Lagi, Ku Di Sini, Cinta Di Ujung Jalan, Tak Bisa dan Tak Ada Logika.
PRO & KONTRA
Saya tahu, ramai orang Indonesia tidak suka dengan Agnes Monica lantaran terlalu banyak gosip dan cerita-cerita negatif Agnes mencalar imej penyanyi yang berasal dari Singapura ini. Namun, Agnes masih mempunyai peminat fanatik di negara seberang dan juga di Malaysia. Ramai juga wartawan dari Indonesia yang tidak suka kerana attitude Agnes yang tidak mesra dan sombong dengan media di sana. Agnes berlagak ke? Itu Budiey tak pasti nak komen camna. Sebab masa sidang media berlangsung, tidak nampak pun Agnes ni cam sombong dan kekwat sangat.
Dia layak digelar Christina Aguilera Indonesia kerana mempunyai kebolehan menari dengan bijak melontarkan vokal lantang. Klimaks pada malam itu disudahkan dengan lagu Tak Ada Logika yang memukau penonton dengan kareografi yang menakjubkan saya kira. Vokal Agnes tak jejas sekali pun terpaksa buat gerak tari yang cepat. Sampai kawan sebelah saya cakap, Agnes buat miming ke? Dengar macam tak semput pun. Pergh! Power giler lah Agnes nih.
Keseluruhannya, saya kira konsert kali ini sederhana sahaja tapi cukup menghiburkan sebab Agnes pandai buat gig yang tak menjemukan. Kelemahan gangguan bunyi ada juga sekali sekala membantut vokal Agnes. Biasa la tu kan. Mana ada semua nak sempurna…
Technorati Tags: Lagu Bilang Saja, Dan Tak Mungkin, Christina Aguilera, Pernikahan Dini, Indah, Ku T’lah Jatuh Cinta, Tanpa Kekasih, What They Called Soulmate, Ini Gila Ini Cinta, Get Up, Bukan Milikmu Lagi, Ku Di Sini, Cinta Di Ujung Jalan, Tak Bisa dan Tak Ada Logika, Konsert Agnes, Dia Fadila, Giring Nidji, Titi DJ, Anugerah Planet Muzik, Taufik Batisah, Indonesian artist, Foto Agnes Monica, Datuk Siti Nurhaliza hamil, Siti Nurhaliza mengandung, Tips dapat anak, Ning Baizura, Datuk Sharifah Aini, Malaysia, Indonesia. Profile Agnes Monica, Imran Ajmain, Dina, Malaysian Idol, rap songs, R&N Songs, The Media Hustle, Datuk Siti Nurhaliza, Agnes Monica, Concerts and Events, rahsia cantik, tips cantik, cun, cute, futsal rtm, Concert Suria FM Green Every Day Concert, Konsert Suria FM, gegeriuh, Cheryl Samad, Karen, Indonesian Celebrity Gossips, Titi DJ, Gossip Agnes, jomheboh, fotografi, konsert kuala lumpur, lirik lagu, malaysian concerts, mp3 download









Baca artikel lain yang berkaitan:









July 3rd, 2007 at 4:59 pm
thq yg dah nonton show NEZ semoga kalian HAPPY ya soalnya NEZ adl ENTERTAINER yg MULTITALENTED
July 3rd, 2007 at 11:18 pm
ah…awak pikir agnes tetap artis luar biasa. She is young…and can make a big concert..kalau orang2 tak mau bergoyang, jangan salahkan Agneslah…orang2 kita memang kadang terlalu pemalu untuk show their expressions…go Agnes !
November 9th, 2007 at 1:43 am
Donna D Errico…
I Googled for something completely different, but found your page…and have to say thanks. nice read….
October 25th, 2008 at 1:24 pm
agnes ini cute banget