in

Ulasan Filem The Thing

‘The Thing’ yang dipaparkan dalam filem ini bukanlah tentang hantu atau roh jahat yang mengganggu manusia. Tetapi ia mengenai kewujudan makhluk asing yang sememangnya menjadi subjek popular di kalangan penerbit filem Hollywood.

Walaupun berkongsi tajuk yang sama dengan filem yang diterbitkan pada tahun 1982, tetapi The Thing 2011 bukanlah sebuah filem yang dibuat semula atau sekuel kepadanya. Sebaliknya ia memaparkan kejadian yang berlaku sebelum itu. Mungkin anda patut membaca latar belakang filem ini sebelum menontonnya di pawagam. Sekurang-kurangnya anda boleh mendapat gambaran sebenarnya.

Sejujurnya, GUA tidak menganggap filem ini berbeza dengan filem-filem makhluk asing lain. The Thing masih memaparkan keghairahan saintis yang cuba membuktikan kewujudan makhluk asing kepada dunia. Ekspedisi yang bertujuan merungkai misteri bertukar menjadi mimpi ngeri. Satu demi satu watak menemui maut, yang tinggal hanya heroin.

Bagaimanapun, perjalanan cerita ini tidaklah membosankan kerana sesekali GUA merasakan debarannya. Cuma permainan penulis untuk menimbulkan kekeliruan tidak begitu menjadi. Terlalu mudah meramalkan apa yang bakal berlaku. Mungkin filem ini sekadar ingin menghiburkan, bukan untuk membebankan fikiran penonton. Jika anda suka menonton filem Aliens, The Thing mungkin memenuhi selera anda juga.

Kisah bermula apabila sekumpulan saintis cuba membuat kajian ke atas makhluk asing yang ditemui terperangkap di dalam ais di Antartika. Situasi menjadi tidak terkawal apabila makhluk yang disangka telah mati itu sebenarnya masih hidup dan mula menyerang mereka satu persatu. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila makhluk asing tersebut boleh berubah rupa menjadi salah seorang daripada mereka.

Seperti sedia maklum, salah satu industri yang diberikan perhatian serius oleh pihak MSC adalah industri multimedia dan juga kreatif. Menariknya, kini selain daripada beberapa nama besar seperti Animonsta dan juga Les Copaque, salah satu syarikat yang pernah memenangi MSC Apicta, iaitu ChainFX muncul dengan filem berasaskan VFX yang dipanggil sebagai Vektor 58.

Secara ringkasnya, Vektor 58 ini mengisahkan mengenai seorang gadis muda yang berkawan rapat dengan sebuah robot (makhluk asing) yang dnamakan aRif, yang mana hilang ingatan ketika tiba di bumi.

Menariknya adalah, kualiti efek yang dihasilkan melalui sebuah video teaser yang dimuat-naik oleh ChainFX baru-baru ini memperlihatkan hasil VFX yang amat tinggi, setaraf filem-filem lain antarabangsa.

Buat masa ini ia masih lagi tidak diketahui bilakah drama ini akan ditayangkan, namun dengan efek yang menarik ini, mungkin ia akan menjadi salah satu drama yang dinantikan ramai pengguna tempatan. Dan lebih menarik lagi, mungkin kita akan dapat melihat industri VFX dan animasi di Malaysia terus maju dalam tahun-tahun akan datang.- via portal GUA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Nikah Norman Hakim & Memey Suhaiza

Malam Gala Seribu Bintang Karyawan & Pbank