Ulasan Filem The Enchanted: Pertembungan Dunia Fantasi & Realiti
Filem The Enchanted merupakan produksi Disney yang terhebat untuk tahun ini. Menggabungkan 3 elemen iaitu fantasi, komedi dan muzikal, filem ini sangat menghiburkan. Kisah dongengan yang cukup mengasyikan dan membuai perasaan ini membuat penonton melupakan alam realiti buat seketika. Bagi peminat-peminat filem seperti ini, ianya cukup memberikan satu kepuasan. Filem yang amat sesuai untuk ditonton seisi keluarga pada musim cuti sekolah ini.

Jalan cerita bagi The Enchanted, berdasarkan komik Disney yang terkenal, iaitu Snow White, tetapi The Enchanted diberikan olahan yang berbeza dan disuntik dengan elemen zaman moden yang memberikan satu perspektif yang berlainan. Sebenarnya, satu penghargaan kepada pengarahnya, iaitu Kevin Lima yang berjaya memberikan nafas baru kepada kisah dongeng seperti ini. Bagi pelakon utamanya, Amy Adam, cukup berjaya menghidupkan watak Puteri Giselle. Juga tahniah kepada James Marsden yang berjaya memberikan satu ekspresi menarik dan satu kelainan jika dibandingkan dengan lakonannya sebelum ini seperti dalam X-Men dan Superman Returns.
Yang Budiey suka:
1. Lagu-lagu animasi dipaparkan dalam bentuk realiti.
2. Drama muzikalnya menyentuh hati pengemar animasi.
3. Watak paling lucu yang dibawa oleh tikus kecil itu memang menggeletek hati.
4. Puteri Giselle menggunakan kain langsir untuk buat baju. Sehari sehelai baju. Habis langsir satu rumah dibuat baju.
5. Suka dengan tarian waltz dalam cerita ini. Lagu pun best. Kompose Broadway iaitu Alan Menken yang buat. Patutla sedap.
Yang Budiey tidak suka:
1. CGI nya terlampau-lampau dieksploitasi dan masih tidak out standing. Terutamanya ketika jelmaan ahli sihir ke bentuk seekor naga.
2. Tidak suka dengan animasi atau kartun yang agak keras pada permulaan cerita.
3. Penamat yang boleh dijangka.
4. Adegan di taman bunga agak klise dan agak menjemukan.
Secara keseluruhan, kerja-kerja kamera bagi The Enchanted cukup berjaya. Skor bunyi yang sempurna, memberikan satu aspirasi cerita yang cukup berkesan. Walaupun, jalan cerita yang klise, iaitu bagaimana kisah dua sejoli yang sentiasa menghadapi halangan dalam mencari kebahagian, namun karya ini diangkat dengan agak baik.
Untuk The Enchanted, Sensasi Selebriti memberikan penarafan B+.

Technorati Tags: review the enchanted, kevin lima, air asia, website airasia, perhimpunan haran gambar, rozie ayie bercerai, kakak siti nurhaliza bercerai, mas airlines booking, tour australia, satay kajang masuri, tv3 email, aduan melodi email, khafaril, gambar azizah ariffin kahwin, wedding gown designer, borders branch kl, Shahida Azad, Azawate, Nurul Syuhada, watak the enchanted, gambar zarina minum, Nurul Ain, anak pontianak sinopsis, Puteri Giselle, hotel cheapest malaysia, alan menken, composer broadway
Tags: Filem, Ulasan, aduan melodi email, air asia, alan menken, Azawate, borders branch kl, composer broadway, gambar azizah ariffin kahwin, gambar zarina an-, hotel cheapest malaysia, kevin lima, khafaril, mas airlines booking, Nurul Ain, Nurul Syuhada, Puteri Giselle, review the enchanted, satay kajang masuri, Shahida Azad, tour australia, tv3 email, watak the enchanted, website airasia, wedding gown designerBaca artikel lain yang berkaitan:









December 7th, 2007 at 9:35 pm
amy adams patut dicalonkan dalam anugerah filem! lakonannya sunguh hidup seperti watak kartun sebenar!! putera edward, cara dia berlari memang menarik!! jarang dapat menyaksikan pelakon barat ‘menjadi kartun’. power rangers pun tak macam ni. haha.. peter pan.. erm.. tak macam ‘kartun sebenar’ rasanya.. gaya amy adams sangat ’sebijik’. tapi dia nampak agak berumur sikit lah seperti claire danes dalam filem stardust.. tak kisahlah, yang pasti dia memang ‘best’!!
memang, filem ini agak ‘mmm.. tak suspensnye..’ dan ‘alah, nanti dia mesti macam ni macam ni’ sebab ceritanya boleh dijangka..
apa pun, adakah tikus kecil yang dimaksudkan itu Pip? saya rasa ia adalah seekor tupai tanah..
December 11th, 2007 at 5:01 pm
saya sokong!!!!filem ini memang menghiburkan…syok abis-abis kat Patrick Dempsey…tengok dua kali kat wayang pun tak rugi….amy adams walaupun dia umur dah 33 tahun…tapi comel lagi beb!!Memang sesuai dia jadi Puteri Disney sekarang ni…