in ,

Ulasan Filem Rendition Lakonan Reese Witherspoon

Pada 2 Januari 2008, jam 9 malam, Sensasi Selebriti dijemput oleh Cinema Online untuk menghadiri satu screen preview filem Rendition di GSC Pavillion, Kuala Lumpur. Terima kasih Mai & The Geng dari Cinema Online. Berikut adalah sedikit ulasan untuk filem lakonan mantap Reese Witherspoon dan Omar Metwally ini.

Sinopsis Filem Rendition
Filem Arahan Gavin Hood ini menemukan kita dengan Anwar El-Ibrahimi (Lakonan Omar Metwally) seorang rakyat Amerika yang lahir di Mesir, seorang jurutera kimia yang tinggal di Chicago. Dia dan isterinya, Isabella (lakonan Reese Witherspoon) mempunyai seorang anak dan isterinya Isabella sedang sarat mengandung.

Ketika perjalanan pulang dari Cape Town di Afrika Selatan, Anwar El-Ibrahimi telah hilang dari penerbangan tersebut dan namanya juga turut hilang dari senarai. Semenjak itu juga, Isabella langsung tidak mendengar berita dari suaminya.

Sebenarnya, Anwar telah diculik oleh CIA kerana dituduh terlibat dalam keganasan. Dia telah disoal dan didera oleh CIA dan mereka tidak menemui sebarang hubung kait antara Anwar dan penganas. Oleh sebab CIA tidak berpuas hati, maka dia telah dihantar ke sebuah negara lain dan diletakkan di bawah pakar dera terkenal dikenali sebagai Abasi Fawal (Igal Naor). Sementara Isabella pula ditipu oleh pihak berkenan yang suaminya tidak pernah menaiki penerbangan tersebut, sedangkan dia menemui bukti penggunaan kad kredit suaminya di dalam penerbangan tersebut.

Jalan Penceritaan
Naratif cerita ini berdasarkan penculikan tidak sah oleh kerajaan yang dilakukan atas nama membanteras keganasan. Pada realitinya, inilah yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat sekarang. Filem yang diarah oleh Gavin Hood, seorang rakyat kelahiran Afrika Selatan yang sebelum ini pernah mengarah filem yang memenangi anugerah Academy Award untuk kategori Filem Luar Terbaik iaitu “Tsotsi“.

Secara keseluruhan filem ini memaparkan nama-nama besar dalam industri filem Hollywood. Nama seperti Meryl Streep (pelakon The Devil Wears Prada yang memegang watak Miranda), Reese Witherspoon, Jake Gyllenhaal memberikan cukup impak kepada audiens. Namun, jika dikira dari sudut perjalanan dari satu babak ke satu babak, ianya seperti kehilangan arah dan berulang-ulang, misalnya babak Anwar didera dan diseksa serta babak di mana Isabella mencari suami kesayangannya, ditambah pula Meryl Streep masih tertanam watak Cruella De Vil dan Miranda Priestly yang pernah dibawanya sebelum ini. Namun, sub plot dan jaringan 3 cerita dalam filem ini disampaikan secara seimbang dan lebih terperinci menghangatkan lagi bangku tempat duduk anda sehingga 2 jam 10 minit.

Sebenarnya, Rendition lebih gah dalam bentuk teori, iaitu kisah bagaimana polisi kontroversi kerajaan dalam mendapatkan maklumat berkaitan keganasan. Ramuan Rendition pula sebenarnya untuk mewujudkan kekalutan atau tekanan selepas 9/11, namun sebenarnya ia cukup mendatar. Saya rasa bosan dengan cerita yang terlalu banyak adegan dramatik dan tidak tersusun. Karya ini mempunyai saat yang mencemaskan, tetapi watak yang menjadi pengerak filem ini terlalu satu dimensi sehingga sukar menzahir plot dan naratif karya ini. Filem ini kelihatan agak janggal dengan gerakan non-linear yang menimbulkan lebih kekeliruan.

Sekiranya, anda ingin menonton filem ini, pastikan anda mendalami serta mengerti agenda-agenda USA untuk mencipta propagandanya dalam isu menangani keganasan.

Untuk filem Rendition, Sensasi Selebriti memberikan 2.5 bintang.

[tags]film rendition, ulasan rendition, review rendition, cinema online website, gavin hood, omar metwally, tsotsi film, peristiwa 9 september, Meryl Streep, Cruella De Vil, chua soi lek video seks, skandal vip hotel, batu pahat[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Agnes Monica & Bams Samson Bercinta?

Filem Rendition Hina Islam