Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)


















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Ulasan Filem Orang Minyak Lakonan Fauzi Nawawi & Zila Bakarin Berkemban?

Fakta Filem Orang Minyak:

  1. Filem sulong terbitan Infohibur Productions Sdn Bhd kendalian C K Karan yang sebelum ini banyak mengedar VCD ke pasaran tempatan.
  2. Filem ini menelan kos pembikinan dan promosi RM1.7 juta ini diarah oleh C K Karan dan Jamal Maarif yang agak veteran dalam dunia perfileman dan penerbitan program televisi.
  3. Orang Minyak menjalani pengambaran di Melaka dan proses pasca produksi di India.
  4. Filem ini akan menemui penonton seluruh Malaysia di pawagan bermula 15 November 2007. 

Ulasan Filem Orang Minyak:
Filem Orang Minyak hasil kerja tangan Jamal Maarif dan CK Karan, bukanlah sebuah kesinambungan cerita “Sumpahan Orang Minyak” yang diarahkan oleh P.Ramlee pada tahun 1958. Sebaliknya, Orang Minyak cuba mencari kelainan melalui penggunaan teknik dan kesan khas yang terkini, namun, sayang seribu kali sayang, ianya tidak menjadi.
 
Dari sudut teknik, pengerakkan kamera di dalam OM kelihatan kaku, tidak lancar, kabur dan tidak konsisten. Jika dilihat latar belakang Jamal Maarif yang pernah terlibat di belakang kamera bagi cerita-cerita yang agak ternama seperti filem Selubung, Kekasih Awal dan Akhir, pembikinan iklan di dalam dan di luar neger, maka, untuk OM adalah tidak keterlaluan dikatakan ianya agak memalukan.

Selain dari kerja-kerja kamera, mutu rakaman audio pula adalah amat rendah. Dengan “Lips Sync” yang tidak selari, bunyi latar yang menganggu dialog utama dan beberapa gangguan lagi, ianya menjadikan karya ini seolah-olah melepaskan batuk di tangga.
 
Jika sebuah cerita yang bermutu diangkat dari jalan cerita yang bermutu dan menarik. Maka, OM telah tewas sebelum bermula. Jalan cerita yang lemah dan tidak keruan. Sukar menempatkan genre filem ini di antara sebuah karya bergenre seram atau genre seram komedi. Mungkin, pengarah cuba memberikan sebuah karya yang mempunyai jalan cerita yang mudah, tetapi dengan imbasan serta beberapa perkara yang lain, kelihatan ianya sebuah jalan cerita yang cukup celaru. Selain itu, skrip hasil penulisan Loloq, yang muncul secara “cameo” dalam karya ini, secara jujurnya, tidak dapat membantu menghangatkan OM.

Pengeksplotasi kaum wanita sebagai modal untuk menimbulkan kontroversi dan vis-a-vis menarik penonton ke pawagam, adalah mainan bagi OM. Jika anda lebih berminat untuk melihat Zila Bakarin berkemban dan nampak tali baju dalamnya, melihat Sharifah Sofea yang berpakaian begitu seksi sebelum tidur, serta adegan tindih-menindih di antara orang minyak serta mangsa, maka cerita ini memang bersesuai. Rasanya, dalam industri filem yang mementingkan mutu, pengeksplotasian seperti ini sudah pupus lama dahulu.
 
Selain itu, watak pakcik yang memakai baju melayu dan kopiah yang sibuk berdansa dengan perempuan bukan muhrim di majlis pertunangan, serta watak lakonan Kuman KU2 yang menonjolkan watak orang gemok yang makan secara gelojoh, seolah-olah mengajak penonton mengecap orang-orang yang sedemikian seperti watak di dalam OM.
 
OM membariskan pelakon-pelakon yang agak ternama bagi audien di Malaysia, seperti Fauzi Nawawi, Fiz Fairuz, Sharifah Sofea, Abon, Sathiya dan ramai lagi. Namun, seperti biasa ekspresi setiap pelakon adalah sama, tidak menjiwai watak dan menyebabkan tidak berdaya mempamerkan lakonan yang mantap. Jika boleh diberi pujian, hanya Sathiya yang layak menerimanya, mungkin jiwa komedi sudah sebati dengan dirinya.
 
Teknik kesan khas di dalam filem ini tidaklah boleh dibanggakan langsung. Jika dibandingkan dengan Fantasia yang dihasilkan dalam era 80an, kesan khas di dalam OM bolehlah dikatakan setaraf dengan cerita tersebut. Jika Fantasia terpaksa ditahan oleh LPF hampir dua tahun kerana dikatakan boleh memesongkan akidah, namun, bagi OM pula jika diteliti, boleh memberikan kesan yang serupa. Namun, mungkin LPF sekarang lebih berlembut dengan pengeluar pengeluar filem pada masa sekarang ini.

Filem yang menelan belanja sebanyak 1.7 juta, hanya boleh berbangga dengan penggunaan DTS sebagai sistem bunyinya. Sistem bunyi yang dijalankan kerja-kerja penyuntingan di India ini, haruslah menerima pujian. Namun, bagi cerita gred C, penggunaan sistem bunyi yang hebat, masih tidak berupaya menarik khalayak ke pawagam. Jika filem bergenre aksi, penggunaan DTS mungkin berbaloi, tetapi, sebuah karya bergenre seram “komedi” ringgan, ianya seolah membazirkan wang sahaja, kerana kos untuk DTS hampir mencecah sejuta ringgit. Dengan kos sebanyak itu, alangkah bagusnya jika diberikan perhatian kepada jalan cerita, watak dan kerja-kerja kamera yang bermutu.
 
Penerbit berharap agar khalayak menonton secara “kosong” iaitu tanpa memperdulikan masalah teknikal, kesan khas, jalan cerita dan lain-lain. Namun, khalayak yang ke panggung sekarang sudah pandai memikirkan perkara-perkara sedemikian rupa. Pengeluar-pengeluar filem, janganlah mengharap penonton-penonton seperti span yang hanya menyerap apa-apa sahaja.

Ditulis oleh wartawan Sensasi Selebriti, Rizal
 
Secara keseluruhan, Orang Minyak diberikan penarafan 2 bintang. 2 bintang untuk kesan bunyi. Sinematografi 1.5 bintang. Kesan khas 2 bintang. Jalan cerita 1.5 bintang. Watak 1.5 bintang.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Zila Bakarin Pakai Tudung?
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Fauzi Nawawi, Pelakon Orang Minyak Pergi Kelab Dangdut?
  • Gambar Aksi ‘Panas’ Ziela Bakarin & Mahmud Ali Basha
  • Pelakon Seksi Zila Bakarin Berkahwin
  • Gambar Anak Sulung Lisdawati & Fauzi Nawawi
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Gambar Pasangan Sehati Berdansa Lisdawati & Fauzi Nawawi @ Karnival SBRia
  • Sinopsis Filem Orang Minyak Lakonan Sharifah Sofea & Firz Fairuz
  • Gambar Fasha Sandha Berkemban Dalam Filem Skrip 7707



  • SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH. SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA.

    6 Komen untuk entri “Ulasan Filem Orang Minyak Lakonan Fauzi Nawawi & Zila Bakarin Berkemban?”

    1. neo kata:

      alamak org minyak..

    2. Rjuna kata:

      Uhh sharifah sOOfea dan zila bakarin, maybe sensasi selebriti leh bagi rating
      macam ni

      rating=Tunggu je tayang kat TV (hari raya)

    3. myza kata:

      jgnlah komen menghentam sgt..ni melemahkan semangat org lain nak g tengok.mcmana filem msia nak maju. pada sy tak perlu komen ape2. biar ditayangkan dulu br komen..tak kisahlah cerita lapok ke sesat ke..nama pun filem..tak semestinya nak berdasarkan gaya ms kini. mcm cerita luar negara tu logik..byk fantasi jerk..takda pun korang nk pertikaikan.

    4. Mr.Ra kata:

      aduihhh…. nyesal tul tgk citer ni… xpernah tgk filem yg video yg blur dan tak menjadi camni…

    5. geena kata:

      kita tgk jg filem ni…ntah pape…nyesal tgk..kepada pelakon sofea tu jgn ler pakai baju ketat2 sangat…selambak…

    6. gurl kata:

      apa ble buat tu ja mereka dpt lakukan..apapun all the best..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK