in ,

Ulasan Filem Kayangan: Cinta Dua Darjat Luar Biasa?

Ada yang kata kayangan ialah satu dunia lain yang berada di atas sana yang menjadi tempat di mana dewa dan dewi bersenda gurau dan bermewah-mewahan mengecapi nikmat yang tidak bertepi. Ada yang kata, kayangan ialah umpama syurga yang mempunyai keindahan dan terisi di dalamnya segala keajaiban yang sangat luar biasa. Namun, usah anda silap menterjemah filem Kayangan yang diterbitkan oleh Raden Pictures Sdn Bhd ini kerana dunia kayangan dan dunia khayalan tidak termaktub sama sekali dalam filem ini. Kayangan mungkin dijadikan satu istilah yang melambangkan kemewahan orang yang berharta dan berdarjat tinggi. Apabila cinta dua darjat dipertemukan, pastinya halangan lain pula yang bakal menyusul.

Filem yang dibintangi oleh Nurfazura Sharifuddin (Maseira) dan pelakon sensasi Indonesia Teuku Zacky Azwar (Tengku Amir) ini pada saya menggabungkan enam elemen iaitu konflik, manipulasi, konspirasi, drama, muzikal dan komedi. Persoalan, mampukah cinta yang membawa mereka ke puncak kayangan akan terjawab di penghujung cerita. Di pertengahan pula, penonton dibawa untuk merasai cabaran dan dugaan apabila gadis kampung yang begitu idealistik bernama Maseira bercinta dengan anak orang kenamaan yang kaya raya yang silap menterjemahkan apa itu cinta. Cinta pada wang, cinta pada rupa atau cinta pada budi bahasa. Sedang sebelum mereka dipertemukan, ada cinta lain yang berputik dan terbina, maka wujudlah konflik cinta tiga segi. Namun, garapan filem ini tidak begitu menitik beratkan pada konflik tersebut malah membesar-biakkan kepada titik tolak bagaimana hubungan antara mereka berkembang.

Yang saya suka, filem ini sekali sekala menampilkan VIP sebagai pelakon cameo. Seronok tengok Datuk Nadzim, suami Norjuma berlakon walaupun dalam beberapa detik sahaja. Malah filem ini, telah menyentuh peranan blog sebagai perantara antara hubungan manusia. Ya, mungkin kerana saya juga seorang penulis blog yang menghambakan diri dengan menulis entri gossip dunia hiburan dan ulasan dunia seni saban malam, mungkin akan rasa bangga dengan paparan aplikasi blog dalam filem ini. Luahan cerita, garapan masalah hidup, kisah dalam selimut peribadi dan aturcara sepanjang hari dirangkumkan dalam satu jurnal di dunia maya bernama blog. Peranan blog dalam menjadi satu medium untuk meluahkan segala bebanan fikiran akhirnya menyelesaikan teka-teki siapakah tuan empunya blog itu sebenarnya.

Filem ini juga penuh dengan drama yang berselang-seli dengan muzikal yang digayakan dengan begitu indah. Melodi yang mesra di telinga, santai dan sesuai untuk setiap babak mencairkan hati penonton. Cuma saya tidak berapa suka dengan komedi-komedi yang kadangkala membuat saya terfikir begitu bodohnya watak sebegitu sekiranya mengenakan gaya komedi sedemikian. Merujuk kepada persembahan Dee dan Opie Zami di satu majlis makan malam. Namun tidak semua komedi yang sebegitu, ada juga babak komedi yang menggelikan hati. Bergantung pada jiwa penonton sebenarnya. Penonton kini sudah tahu membezakan yang mana lawak yang slapstik, yang mana lawak yang menjengkelkan dan mana lawak yang bernas, segar dan menghiburkan.

Lakonan Fazura sebagai budak kampung Negeri Sembilan yang memaksa beliau yang punya lidah loghat Pahang bercakap dalam loghat negeri. Terdapat beberapa adegan dan skrip yang tidak diberi perhatian di mana sebutan loghat negeri tidak tepat. Teuku Zacky berjaya membawa watak Tengku Amir walaupun suara beliau terpaksa digantikan oleh Ashraff Sinclair. Ya, sudah tentu ini dibuat untuk mengelakkan dari kesilapan memandangkan Teuku Zacky begitu tebal dengan bahasa Indonesia-nya. Selain sokongan dari pelakon tambahan yang ramai sekali, filem ini diwarnai dengan prop dan kostum yang penuh warna-warni.

Keseluruhannya, saya kira Kayangan sebuah filem cinta yang santai dan berlari dalam satu garisan dan olahan yang baik. Saya memberikan filem ini 3/5 bintang.

Sudah menonton filem Kayangan? Samada baik atau buruk, sila lontarkan pandangan anda di ruang komen.

[tags]kayangan, filem kayangan, gambar filem kayangan, ulasan filem kayangan, erti kayangan, maksud kayangan, gambar teuku zacky, gambar nurfazura, fazura photo, raden pictures, rating movie, filem terkini, malaysia movie, seksi, filem seksi fazura, dramatis, roadshow, dee, opie zami, slapstik, plastik, kilang plastik, friendster opie zami, khairul amri, datin diaries, sensasi selebriti, gambar kahwin fazura, gambar majlis perkahwinan, wedding photos, bluetooth, video kayangan, gossip dunia hiburan, gossip boliwood, gossip holiwood, gossip fazura, trailer kayangan, gambar siti nurhaliza mandi, filem percuma, free, gratis, kritikan filem waris jari hantu, kritikan filem kayangan, gambar ifa raziah, trailer filem narnia, gambar dynaz, gambar dynas, kaza, susuk 2, wee mohon maaf, filem dynaz, filem histeria, filem apa kata hati, dafi berlakon filem, mila berlakon, band alamband, gambar almy nadia, drama cinta tak bertepi, biodata almy nadia, LaBeouf, review disturbia, gitu-gitu apek, atas nama cinta, merdeka filem, lirik untukmu selamanya ungu, teater muzikal tunku, klpac, the actors studio, filem malam pertama, aksi malam pertama, tips pesakit angau[/tags]

tahi lembu

teuku zacky

gambar D

bloggers

dynaz

kayangan dynas

gambar teuku zacky seksi

Aksi lucu dalam filem Kayangan:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Biodata & Profile Jaclyn Victor

Gambar Proton Persona & Gathering Rumpun di Pelita Nasi Kandar