in ,

Ulasan Filem Immortals

Filem Immortals

Genre: Aksi, Drama & Fantasi
Runtime:
Pengarah: Tarsem Singh
Penerbit:
Penulis: Charley Parlapanides
Pelakon: Henry Cavill, Mickey Rourke & John Hurt

Sinopsis: Mengisahkan tentang Theseus (Tizius) yang merupakan seorang hamba abdi yang dipilih oleh Zeus untuk mengetuai satu pertempuran antara King Hyperion yang begitu kejam, yang telah menakluki di Greece untuk mendapatkan satu senjata yang boleh memusnahkan umat manusia.

Ramai pemerhati dan pengkritik filem begitu excited untuk menonton filem ini kerana mahu membandingkan filem ini dengan filem 300 & Clash of The Titans.

Namun, setelah menonton filem ini secara peribadi, saya sangat terkejut. Ini kerana filem Immortals ada keunikan tersendiri. walaupun ia dikecam ramai pengkritik yang mengatakan aksi & CGI sahaja yang hebat tapi dialog dan plot membosankan.

Tarsem, selaku pengarah untuk filem ini tahu apa yang dia mahukan dan terbukti dalam setiap shot.

KEISITIMEWAAAN:

1. Kesan Visual CGI & Sinematografi yang cemerlang

Walaupun menggunakan kesan khas, sinematografi sangat cantik. Tak dinafikan ia mmg satu kepakaran produksi. Terutama, sinematografi tempat tinggal, askar-askar dan juga pertempuran yang menggunakan ramai sekali pahlawan.

Sepertimana menonton Filem 300, filem Immortals dipertingkatkan sedikit dari segi visual dan menjadikan filem ini superb dari sudut CGI. Setiap frame filem ini ada kerja seni yang boleh dibanggakan.

Visual yang dark.

2. Aksi
Saya suka dengan semua aksi pertempuran dalam filem ini. Sangat impresif.

Penonton akan melihat daging manusia bersepai & berselerak, bermandikan darah yang berlumuran, kepala otak semua terburai. Gerakan filem pula menggunakan slow motion supaya penonton dapat melihat secara lebih jelas setiap aksi pertarungan.

Pelakon-pelakon muda berbakat besar dan bakal menyinar di Hollywood.

Setiap aksi dalam filem ini ada tujuan dan motif tersendiri. Tahniah buat penulis skrip.

Pelakon Henry Cavill yg juga akan berlakon dalam filem Superman terbaru telah buat sehabis baik untuk watak Hero dalam filem ini. Begitu juga dengan Mickey Rourk yang membawa watak jahat dan sangat kejam iaitu King Hyperion. Di mana penonton suka tonton gaya & cara pembawaan watak jahat dari Mickey Rourke.

3. Rekaan Set & Kostum

Dari segi set, walaupun nampak simple tapi dari segi pembikinan ia memang satu kerja yang bukan senang.

Rekaan kostum berjaya menggambarkan siapa hero, siapa jahat dan siapa Tuhan.

KELEMAHAN:

1. Dari originality, sebenarnya filem ini bukanlah 100% diambil dari cerita dongeng rakyat Greek. Pertamanya, Theseaus tidaklah sejahat dengan gelaran ‘bastard’ seperti mana yang mereka gelarkan. Bapanya merupakan seorang raja Athens. Kedua, di mana ada 12 orang Tuhan dalam cerita sebenarnya tapi hanya 6 Tuhan. Dan dalam cerita sebenar tidak ada Tuhan Zeus akan membunuh Tuhan yang lain.

2. Kepada yang geli tengok darah, jauhi dari menonton filem ini kerana terlalu banyak pertempuran menunjukkn darah yang memercik terlalu banyak. Tapi kalau korang suka tonton filem ganas yang badan dikerat-kerat & dicincang-cincang dalam slow motion… korang mesti tonton filem ini.

3. Dari segi perkembangan watak pula, saya rasa filem ini kurang memberi penerangan yang jelas dan mendalam tentang setiap watak. Ini menjadikan watak begitu kelihatan samar-samar.

Penonton akan dapat meneka setiap watak itu, apa yang dia akan pilih dan akan react selepas ini.

Dari segi skrip pula, ada yang membosankan penonton. Dialog ada yang tak matang.

Separuh masa pertama filem ini, plot cerita sangat lemah dan longgar.

Begitu juga dengan plot, terutama di pengakhiran cerita, tiada suprise, tiada kejutan, tiada misteri kerana kita pun sedia maklum dengan penamat cerita.

Rating: 3/5 bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem The Adventures of Tintin

An Audience With Micheal Buble