Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Ulasan Filem Duyung Terbitan KRU Films

Ulasan Filem Duyung
Filem Duyung adalah sebuah filem fantasi romantik komedi terbitan KRU Films Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures. Keseluruhan filem ini agak menghiburkan kerana adanya pelawak nombor satu, Saiful Apek dengan gaya dan lagak lawak Saiful Apek yang sudah kita sedia maklum.

Pertamanya, Budiey suka dengan sinematografi filem ini yang sangat cantik dengan memaparkan kehidupan batu karang, ikan dan suasana dasar laut. Namun, kos pembikinan dan promosi sebanyak RM2 juta seperti tidak dijelmakan dalam filem arahan Prof Madya Razak Mohaideen. Ada dua benda baru yang jarang kita tonton dalam filem lain yang Budiey rasa ada dalam filem ini iaitu muzik latar yang diadun dengan vocalize harmony. Kedua, gaya sari kata Bahasa Inggerisnya yang unik.

Pemilihan Maya Karin sebagai puteri duyung memang tepat dan sesuai sangat. Seolah Maya Karin memang ditakdirkan untuk lahir sebagai puteri duyung. Namun, Budiey hairan mengapa sebutan Maya Karin seperti Duyung yang datang dari Indonesia. Tidak natural dan sama dengan loghat percakapan pelakon lain. Kematangan dan peningkatan lakonan Yasmin Hani harus dipuji untuk filem ini.

Rasa Budiey, pelakon paling bertuah dalam filem ini ialah Yassin yang memegang watak ganjil satu spesis “apeman-big foot” yang ditemui oleh Jimmy sewaktu kecil di tepi pantai. Yasin tidak perlu menghafal skrip kerana beliau hanya perlu berkata “Fu-Yoh!”. Satu kata yang punya makna mendalam bagi penaja utama filem ini. Tidak perlu menggunakan aspek lain, sekadar menanam pengiklanan secara senyap melalui subliminal minda luar sedar penonton. Cuma mungkin cabaran besar bagi Yassin adalah bagaimana menggunakan ekspresi wajah dan bahasa badan yang secukupnya untuk kefahaman penonton.

Menampilkan lebih 200 shot CGI (Computer Generate Imagery) dengan adunan bunyi Digital Dolby Surround untuk memastikan filem ini bukan saja menghiburkan bagi tontonan seisi keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat tetapi juga mantap dari sudut teknikal. 

Dari segi ketelitian, filem ini melupakan dari aspek real-environmental. Orang laut biasanya mempunyai kulit yang agak gelap namun ramai pelakon seperti Awie muncul di layar dengan kaki yang putih melepak. Sepatutnya, kulit Awie dicat sedikit untuk menampakkan realiti sebenar masyarakat orang laut. Juga Budiey hairan mengapa ramai pelakon wanita berambut perang dalam filem ini. Mungkin alasan cuaca terlalu panas menjadikan rambut mereka perang atau di pulau itu ada salon dan kedai yang menjual pewarna rambut.

Apakah berjaya filem ini akan mendapat kutipan sebanyak 10 juta sebagaimana yang disasarkan? Anda yang menentukannya!

Sensasi Selebriti memberikan 2.5 bintang untuk filem ini. Korang semua boleh menonton filem ini mulai 6 Mac ini.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung
  • Filem Duyung Lakonan Maya Karin & Yasmin Hani
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Advertorial: Roadtour DiGi & Filem Duyung di Pawagam 6 Mac Ini!
  • Lagu Aspalela, Yahoo & Hampir Ke Situ dalam Soundtrack Filem Duyung
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Sekitar Premiere Filem Duyung di GSC Mid Valley
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Senarai Filem 2008
  • Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi & Julia Ziegler



  • 7 Komen untuk entri “Ulasan Filem Duyung Terbitan KRU Films”

    1. affanazami kata:

      sikitnye bintang! tak best ke cte ni?

    2. acx kata:

      filem ni dah ada tema yg sgt2 best…tapi syg skali ia jatuh ke tangan pengarah yg hampeh…sedangkan pengarah adalah nadi bagi sesebuah filem…sayang…kenapala kru bagi filem ni kat razak tu. baik lagi kalo yusry sendiri jadi pengarah

    3. maya suri kata:

      filem ne memang best sangat walaupun belum di mainkan di pawagam lagi.. bila tengok iklan pun dah tetarik nak pe tengok..tapi yang tak best nya pengarahnya RAZAK hampeee lah

    4. PucukKayu kata:

      terkejut nape KRU leh bg filem ni kat Razak!Bajet dh byk,jln citer dh ade tp Razak tak kembangkan lg watak utama Maya sbg Duyung tu.Knp tak diberi sj Yusry direct filem nih.Aspek Cinematografi mmg cemerlang,penyelamat keseluruhan filem Razak nih..Syabas utk Maya sbb bkn sng nk berenang dgn kaki terikat,dahtu tak pakai gogel..Credit untuk Maya..

    5. ain_nia kata:

      btul la… patut yusry jer direct…

    6. acx kata:

      mula2 tgk cam ok..lama2 tgk mula bosan..dekat nak ending dah xsabar nak kuar panggung. kecewa2… org datang nak tgk ikan duyung, tapi asek fokus kat apek je. dasar filem razak… kru, tlgla jgn amik dia lagi. aku rasa kru amik razak ni sebab dia lecturer kot. so secara teori mungkin dia lebih tahu camne nak shoot dlm air. teori je… ahhh hampehla! mmg 2.5 bintang!

    7. Mr.peng-yu kata:

      askum dan salam sejahtera semua..secara kesimpulannya setelah beberapa lama filem duyung ni berlalu pergi namun banyak aspek mencuit hati dan moral dapat kita perolehi yang mungkin secara langsung atau tidak kita semakin ketinggalan atau meninggalkan pelbagai aspek baik dalam filem ini.saya sebagai salah seorang pemerhati karya filem tanahair merasa amat bangga dengan pencapaian industri filem negara kita jika dibandingkan dengan industri perfileman negara lain jauh lebih baik industri filem negara kita..semua berhak memberikan komen dan semua berhak menerima dan menolak komen..apa-apa pun syabas dengan penghasilan filem duyung ini..”lambat atau cepat tidak penting tetapi bolehkah kita boleh sampai ke destinasi yang ditujui dengan lambat atau cepat”…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!