in ,

Ulasan Filem CJ7 Lakonan Stephen Chow & Xu Jiao

Sebelum korang baca ulasan, jap ya, nak promote pada korang yang belum tengok gambar Ning Baizura Bersanding… so, klik kat sini la ya:

  1. Gambar Prop & Tema Kampong di Dewan Matrade
  2. Gambar Ning & Omar Masa Sidang Media
  3. Gambar Persalinan Pertama Rekaan Rizman Ruzaini
  4. Gambar Persembahan Silat Pengantin
  5. Gambar Majlis Menepung Tawar
  6. Gambar Majlis Makan Beradab Ning & Omar
  7. Gambar Budiey & Selebriti Dalam Dewan
  8. Gambar Persalinan Kedua Rekaan Jovian Mandagie
  9. Gambar Upacara Suap Menyuap & Cium Mencium
  10. Upacara Potong Kek Baju Rekaan Michael Ong
  11. Jemputan, VVIP dan Suasana Dewan 

=== 

Budiey dan Azwan telah pun menonton filem CJ7 di tayangan media filem ini pada 4 Februari yang lalu di GSC Mid Valley. Terima kasih kepada Buena Vista atas jemputan. Filem ini akan menemui anda semua sempena Tahun Baru Cina pada 7 Februari 2008 (Khamis ini). Berikut ini, sedikit ulasan buah tangan dari kami berdua untuk pembaca Sensasi Selebriti…

Cj7: Hiburan Seisi Keluarga
Filem arahan terbaru, CJ7, lakonan dan arahan dari Stephen Chow sememangnya satu karya yang cukup menghiburkan dan menyentuh perasaan. Filem yang ditunggu-tunggu ini bukan hanya untuk kaum Cina yang akan menyambut kedatangan tahun baru pada hari Khamis ini (esok la ek?), tapi ianya satu karya yang cukup universal, filem yang sesuai ditonton oleh kaum India atau Melayu dan apa sahaja kaum bangsa di serata alam.

Bagi Budiey, filem ini adalah gabungan kreatif antara realiti dan fantasi. Seni kesan khas dan visual di dalam CJ7 adalah setaraf dengan filem-filem Hollywood yang lain di mana kemunculan watak atau boleh saya katakan satu ikon CJ7 yang comel lagi cute. Budiey percaya tidak lama lagi kanak-kanak akan menggemari ikon atau anak patung CJ7 ini yang akan turut dijual di kedai alat permainan.

Filem komedi ini mengisahkan tentang seorang buruh yang miskin dan juga bapa kepada seorang anak lelaki yang masih bersekolah. Hidup mereka berubah setelah menemui satu makhluk asing yang disangka mereka satu alat permainan. Dengan kehadiran CJ7, mereka belajar untuk mengenal erti kasih sayang murni antara ayah dan anak, ianya satu aspek ‘true nature of family’ di mana ianya sukar untuk dibeli dengan wang ringgit. Yea, kasih sayang begitu penting dalam hidup, kan? Mungkin kerana itu Stephen Chow kali ini mahu merungkaikan kisah bertemakan kasih sayang. Ianya menceritakan tentang perasaan seorang anak yang kehilangan kasih sayang seorang ayah, tentang erti nilai kemanusiaan yang tinggi. Semua itu anda akan alami sendiri di mana ianya menyerap secara senyap ke dalam diri anda.

Budiey jamin dan saya tidak mahu menipu bahawa filem ini bisa membuat anda menangis tersedu sedan. Jadi sediakan tisu yang cukup ya. Menangis kerana kesedihan yang dialami oleh fakir miskin yang terpaksa hidup melarat di dalam masyarakat yang serba mewah. Menangis kerana melihat betapa empati dan simpati serta kasihannya melihat betapa pilunya seorang anak apabila mengetahui bapanya telah pergi untuk selama-lamanya. Hati anak yang sekecil itu mana bisa menerima hakikat ketiadaan bapa yang disayangi. Anda mungkin menangis kerana ada unsur-unsur kejutan dan kegembiraan dalam filem ini. Atau mungkin anda akan menangis kerana terlalu kuat ketawa berdekah-dekah dengan adegan lucu yang menggeli hati.

Jika di dalam Shaolin Soccer atau Kung Fu Hustle, Stephen Chow membawa watak yang penuh dengan aksi kung fu dan seni mempertahankan diri yang cukup melucukan, tapi untuk CJ7, Stephen Chow cukup berani membawa watak yang cukup lain dari watak konvensionalnya iaitu watak seorang bapa yang cukup bertanggungjawab, penuh kasih dan sayang kepada anaknya dan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan anaknya, walaupun mereka hidup dalam kemiskinan.

Stephen Chow yang memegang watak Ti ingin lari dari watak yang klise, tapi ditangannya dia cukup berjaya membawa watak tersebut. Watak Ti agak kecil berbanding watak Dicky, si anak yang sentiasa ingin dimanjai oleh bapanya. Tumpuan pada cerita ini adalah lebih kepada watak Dicky sebenarnya.

Seperti biasa, watak yang lucu, sarat dengan emosi dan cukup memberikan impak kepada penonton. Namun, Stephen Chow juga berjaya memcari bakat baru iaitu Xu Jiao (memegang watak Dicky) yang membawa watak anak kepada watak Stephen Chow. Pelakon cilik ini cukup berkarisma dengan bakat yang hebat dalam menjiwai watak. Aura dari lakonannnya membawa kesan kepada penonton. Tahniah untuk Stephen Chow dan bakat baru iaitu Xu Jiao yang berani melakukan satu percubaan yang sangat berkesan!

Dari sudut kesan visual pula, Budiey rasa Stephen Chow mahu memberikan apa yang penonton ingin lihat. Kalau kita lihat dari sudut pendapat orang barat, sudah tentu mereka tidak suka dengan gaya CJ7 kerana pada asasnya ianya seperti menghina Pokemon dan Doraemon. Namun, pada orang kita, mungkin tidak mengendahkan kesemua elemen tersebut. Yang penting, ada unsur kemanusiaan. Faktor filem ini untuk lebih berjaya berdasarkan kepada COOL dan CUTE! Segala gerak geri dan gerakan filem ini agak senang difahami dan menjalar dalam minda semua orang. Yea, semua orang suka melihat benda yang cute seperti CJ7.

CJ7, walaupun agak kurang trademark Stephen Chow dalam filem ini, ianya masih merupakan satu filem keluarga yang sememangnya sesuai untuk tontonan keluarga. Lakonan Stephen dilihat agak serius tapi masih ada sedikit humor. Tiada aksi ganas seni mempertahankan diri dan aksi-aksi yang memualkan seperti yang biasa dalam dalam karya-karya kung fu. Tapi CJ7 digarap dengan cukup ringkas, sederhana tetapi ianya memberi kesan yang cukup mendalam di dalam hati penonton.

Mungkin Stephen Chow ingin mencuba karya yang berlainan genre dari filem arahannnya dulu. CJ7 mungkin merupakan satu eksperimen untuk dia lari dari dari dicop sebagai pelakon dan pengarah bergenre kung fu, tetapi percayalah, eksperimen Stephen Chow cukup menjadi, bahkan meletakkan satu tahap baru bagi penghasilan karya berkonsepkan kekeluargaan.

Tidak perlu tema yang berat untuk berdakwah dan memyampai mesej, cukup dengan satu mesej yang lucu dan ringkas, tapi Stephen Chow cukup berjaya. Untuk musim perayaan ini, CJ7 memang satu filem yang cukup bernilai untuk ditonton seisi keluarga. Jangan biarkan sempadan bahasa menjadi halangan, kerana CJ7 mempunyai mesej yang cukup berguna kepada kehidupan kekeluargaan.

Apa-apa pun, pergila tonton Dunia Baru The Movie sebelum menonton filem CJ7. Boleh? Huhu… sempat lagi tu promote barangan buatan tempatan. Cintailah Barangan Malaysia! Hehe! Kepada GBSB, jangan risau, filem Dunia Baru The Movie pun cool jugak. Budiey dah menonton filem arahan Hitler Zami ni semalam. Memang gelak habis lah! Kelakar giler!

[tags]stephen chow, ulasan cj7, review cj7, toys 4 us, love film, Xu Jiao, pokemon, doraemon, cute dog[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Infinatez Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu & Ratu Hati

Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung