Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Ulasan Filem CINTA PERTAMA

Intro: Metafora dan Fantasi
Cinta Pertama adalah sebuah filem romantis hasil skripnya ditulis oleh Addie MS. Saya kira skripnya begitu indah sekali walaupun terlalu minimum. Naskahnya saya rasa tak sampai 5 muka surat. Penuh dengan pengertian dan falsafah cinta. Pujangga dan puisi-puisi yang santai dan berbunga. Filem remaja yang diarah oleh Nayato Fio Nuala ini mementingkan sinematografi yang cantik, indah di mata dengan menggunakan later alam semula jadi seperti gunung, burung merpati dua sejoli, bunga-bunggaan, daun kapas yang berterbangan. Setiap frame dan latar filem ini ada makna tersirat. Alam semulajadi, air, angin dan tanah menjadi asas pergerakan filem ini. Cuma api sahaja yang tidak ada dalam filem ini. Hasilnya begitu menarik apabila terdapat metafora-metafora, perlambangan dengan memanipulasi bahasa-bahasa alam yang jarang saya lihat di filem-filem kita. Gerakan kamera dipelbagai sudut menjadikan filem ini sedap untuk ditonton. Plot ceritanya pula mudah dan ringkas. Struktur frame untuk babak imbas kembali (flashback) juga tidak mengelirukan penonton. Penonton akan dibedakan dengan zaman persekolahan Alia dengan zaman setelah dia ditunangkan dengan Abi. Padat dengan adegan romantis alam percintaan di awal remaja yang begitu mentah untuk mengenal apa itu erti cinta. Fantasi dan khayalan yang overdose buat kita hanyut seketika. Jaga-jaga, jangan sampai anda tertidur dengan alunan piano dan elemen-elemen slow motionnya.

Cinta Terpendam
Ceritanya berkisar kepada cinta pertama seorang gadis bernama Alia kepada teman persekolahannya, Sunny. Sudah menjadi lumrah remaja yang baru mengenal cinta, terlalu sukar untuk menyatakan perasaan itu kepada pasangannya. Hanya reaksi bahasa badan, mimik muka, senyuman manis dan mulus melambangkan rasa itu. Kerana terlalu memendam perasaan, Alia menulis segala isi hatinya di dalam diari. Tetapi ada juga orang di zaman sekarang yang berani. Kalau sudah sayang dan cinta itu sudah berbunga, baik dibilang saja. Jangan tangguh-tangguh, nanti melepas. Buat apa ditunggu lama-lama nanti diambil orang.

Teknik dan Struktur
Dengan teknik penceritaan ditambah dengan strukturnya yang menarik pastinya akan menyentuh naluri anda. Apatah lagi dengan gabungan skor muzik yang membuai rasa setiap babak. Alunan piano seakan menjadi tukang cerita yang membawa anda ke dunia penuh fantasi. Teman saya yang begitu tegar memahami rasa cinta pun boleh menangis menonton filem ini. Berbanding dengan Budiey yang begitu berjiwa jiwang nan halus ini… Ah! Hati saya begitu keras barangkali untuk menitiskan airmata.

Bunga Yang Berkembang Mekar
Pertama kali menonton si pelakon kecil molek, Bunga Citra Lestari di layar perak, membuat saya terpesona dengan kemanisan dan keayuannya. Mengingatkan saya kepada kecomelan Nora Danish. Sebelum ini, penyanyi yang katanya video muziknya dibanned di stesen TV tempatan ini pernah berlakon dalam beberapa buah drama. Pembawakan Bunga untuk watak Alia begitu meyakinkan saya kerana Alia tampak begitu natural dan selesa.

Saksikan filem CINTA PERTAMA yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini (10 Mei 2007). Wah! Nampaknya filem ini akan bersaing hebat dengan filem Sumolah yang juga menggamit penonton di hari yang sama.

Technorati Tags: ,

Tags: , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Cinta Pertama Bunga Citra Lestari
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Gambar Skirt Siti Elizad Sharifudin Seksi di Malam 20 Yang Anggun
  • CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Lirik Lagu Bila Mati Cinta Terhenti Aswad AF5
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali



  • 3 Komen untuk entri “Ulasan Filem CINTA PERTAMA”

    1. tobymiaw kata:

      isk cam best je citer ni.. cam ada kena mengena plak.. ehehehe…

    2. faidhi kata:

      yang mane agak2 jiwanyer sentimental .. sile bawak tisu bnyk2 … huhuhuhu .. teringat AADC … citer yg berjaya mendapat tempat dihatiku .. wah … statement

    3. atia1 kata:

      ako paling x suke klau si bunge tu yang belakon.Macam x jiwai je cite macm ni.Ako harap filem ni x laku lah aku memang x suke filem ni.Aku baca ulasan je ako dah tau yang cite ni meleret2 tau…….!!!!!!!!!!!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET