in ,

Ulasan Filem Animasi Disney Pixar’s INSIDE OUT

Pada 2 Ogos lalu, Budiey telah menghadiri Tayangan Premiere Filem INSIDE OUT yang berlangsung di GSC Pavilion KL. Fuh, ramai betul peminat animasi terbaru daripada Disney Pixar ni sebab acara ini juga diserikan dengan kehadiran pengarah filem ini. Bukan itu sahaja, premiere ini dikatakan antara yang terawal ditayangkan di seluruh dunia.

Budiey cukup teruja menonton filem ini sebab temanya agak lain. Pendek kata, out of the box! Tak caya korang kena tonton. Paling menarik apabila Budiey diberitahu, filem ini berkonsepkan cerita yang sangat asli dan tak pernah dibuat oleh mana-mana pengiat filem sebelum ini. Original dan cukup kreatif.

Filem ini berkisar tentang bagaimana kita semua, sebagai manusia yang ada akal minda berfikir. Begitu juga dengan emosi yang lahir daripada minda, tindak balas manusia dan ia menjadikan kesan kepada tumbesaram serta sikap kita. Ini semua akan memberi impak kepada cara kita membuat keputusan dan berfikir seharian.

Kalau kita tengok keseluruhan animasi ini… dengan warna-warninya, dengan corak lukisan animasinya… awalnya Budiey dapat katakan ia khusus untuk kanak-kanak. Namun, setelah menonton filem ini, Budiey rasa syak wasangka juga, samada kanak-kanak dapat memahami konsep cerita ini atau sekadar menonton secara suka-suka melihat gerakan comel si watak dalam filem ini. Ya, sudah tentu kanak-kanak suka kerana animasi ini memang karakternya semua comel-comel dan cute. Selain dapat menonton pengembaraan watak dalam filem ini.

Dalam pada dengan temanya yang kompleks, namun gaya penyampaian filem ini cukup mudah difahami. Budiey rasa filem ini untuk semua golongan. Namun begitu, ianya ditujukan kepada golongan dewasa yang mempunyai anak. Ya, filem ini khas untuk ibu bapa yang mahu mendekati dan memahami jiwa anak mereka.

Plot penceritaan yang bermain dengan karakter seorang budak perempuan berusia 11 tahun bernama Riley yang dalam dilema. Dengan mencorak sifat dan tingkah laku gadis ini yang mempunyai makna dan isi yang tersirat. Cukup menarik apabila ada lima watak emosi yang bermain dalam diri Riley iaitu Joy (gembira), Sadness (sedih), Anger (marah), Disgust (meluat) dan Fear (marah). Setiap segala reaksi dan tingkah laku dan keputusan yang dibuat oleh Riley itu dikawal oleh lima watak ini dengan simbolik yang cukup mudah iaitu menggunakan butang dan mesin.

Sudah tentu, kanak-kanak dan penonton semua akan lebih mengerti fungsi minda dan perasaan melalui filem ini. Fikiran yang berubah, emosi yang tidak menentu dan jiwa yang bergelora sudah tentu akan berubah dari masa ke semasa mengikut tingkah laku kita. Segalanya ini akan mendewasakan kita untuk menjadi manusia yang lebih bijak untuk buat keputusan.

Apa yang Budiey dapat katakan, filem ini sebenarnya banyak bermain dengan imginasi dan dunia khayalan pengarah. Ianya membahaskan tentang perbezaan hati antara jantina lelaki dan perempuan. Termasuklah sebab musabab emosi ini dapat memberi kesan kepada memori kekal dalam minda kita.

Jadi, Budiey nasihatkan kepada yang belum menonton filem ini, korang kena tahu dulu fungsi minda kita bekerja. Cuba baca dulu buku-buku psikologi agar mudah memahami apa maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh pengarah.

Filem ini bukan setakat menceritakan tentang fungsi minda, malah memberikan pengajaran berguna kepada kita agar menggunakan minda dan akal yang dianugerahkan oleh Tuhan dan tidak menurut kata hati. Selebihnya, karakter dan dialog filem ini memang cukup melucukan dan mengeletek perasaan.

Budiey beri 4/5 bintang untuk filem ini.

Keesokan selepas acara Premiere, Budiey juga dijemput untuk menemubual pengarah dan pembantu pengarah filem ini. Nantikan temubual Budiey bersama kedua-dua pengerak utama filem ini di entri yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Saluran HGTV HD, Nat Geo People HD & Star Chinese Channels

Isu Kes Khalwat Putri Mardiana Kena Waran Tangkap