Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Ulasan Album Kompilasi Cherita

Di zaman syarikat rakaman semua bagai terpinga-pinga mencari jalan untuk melariskan album,  alternatif utama masih lagi menjadi pilihan. Cara apa lagi selain merangkumkan lagu-lagu sedap dan ‘cool’ dalam sebuah album kompilasi. Budiey rasa, memang agak rumit untuk melawan arus teknologi internet berkembang pesat sekarang ini. Untuk dengar lagu, orang senang untuk download aje di internet. Kat dalam tu, banyak giler lagu-lagu yang boleh dinikmati secara percuma. Tak payah bayar.

Kalau peminat muzik asyik nak download aje, mana industri kita nak maju. Habislah syarikat rakaman akan lingkup. Baru-baru ini, Budiey pun ada dengar, EMI dah tutup operasi pejabatnya di bumi Malaysia. EMI Malaysia menghembuskan nafasnya pada 30 September lalu. Kesian, habis semua PR dan staff diorang terpaksa cari kerja lain.

Maknanya EMI Malaysia dah tak wujud lagi dalam arus industri seni suara Malaysia. Cuma nasib baik apabila ada syarikat rakaman lain yang bersedia untuk menguruskan artis-artis yang ikat kontrak dengan EMI. Jadi, sekurang-kurangnya mereka taklah terkapai-kapai kelemasan untuk mencari dahan untuk bergantung.

Berbalik kepada cerita kita tentang album kompilasi. Terus terang Budiey cakap, memang album kompilasi dapat lariskan penjualan. Tak banyak, sedikit tu adalah untungnya. Tapi kena ada cara juga. Yang penting, apa konsepnya. Macam album kompilasi Cherita ni, Budiey rasa sesuatu yang unik dan cool sebab ianya menghimpunkan lagu-lagu yang popular dri runut album filem. Kira okaylah jugak sebab boleh menarik peminat filem akan membeli album ini semata-mata nak dengar lagu kegemaran.

Jadi, kepada penggemar filem, tak sah kalau korang tak memiliki album kompilasi macam nih. Budiey ada dengar jugak, ada seorang kawan merungut,

” Hai, takkanlah lagu runut filem je yang nak dikompilasinya? Lagu-lagu dari teater macamana pulak? Kenalah ada.”

Oh ya lah, ye tak ye… bukanlah tak pernah ada kompilasi lagu-lagu yang dikutip dari teater. Bukankah banyak lagu dari teater tu yang sedap-sedap. Cuma tak pernah diketengahkan je kat stesen-stesen radio. Tapi tengoklah penggemar yang menjadi hantu teater kat Malaysia ni berapa kerat sangat pun. Minoriti sangat! Samada berbaloi atau tidak, itu terpulang pada nasib gak kan? Belum cuba belum tahu.

Album kompilasi ini memuatkan lagu-lagu kesayangan dari filem dan drama popular, di antaranya seperti Kasih Tercipta (Faizal Tahir, Anak Halal), Melankolia (Ning Baizura, Anak), Izinku Pergi (Kaer Azami, Raksasa), Di Sudut Gelap Mentari (Maya Karin, Anak Halal), Asmaradana (DS Tiara Jacquelina, Puteri Gunung Ledang), Seribu Tahun (Imran Ajmain, Kerana Cintaku Saerah) dan banyak lagi…!

Kira semuanya tangkap leleh gak la beb.
 
Turut menampilkan 2 lagu eksklusif dari selebriti terkenal tanahair Zainal Alam Kadir “Duniaku” (Jalil Ju Cantik) & “Bukan Itu Bukan Ini” (Astana Idaman).
 
Satu album yang pasti akan membawa kenangan dan memori indah. Dapatkan album CHERITA sekarang!

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Puisi Hamba – Ella
  • Pelancaran Album Kompilasi Radio Rosak 2009
  • CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Imran Ajmain Jiran Terdekat Dato’ Siti Nurhaliza?
  • Projek Pistol, Cili, Zip Ziller, Auburn, Stereo Sakit, Radhi OAG, Bunkface, Estranged di Konsert Radio Rosak
  • Sekitar Majlis Pelancaran Album Rock Cintan 3 di Pasar Seni
  • A Tribute Clash Of The Band
  • Biography Rebellion, Lagu Premonition, Lupa & Jangan Datang Lagi
  • Profile Elyana



  • Satu Komen untuk entri “Ulasan Album Kompilasi Cherita”

    1. abby kata:

      best jugak yer senarai lagu lagu dlm album nih

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!