in

Ulangtahun 8TV ke 7 Lebih Mantap

RAIKAN ULANGTAHUN 8TV DENGAN PERUBAHAN BESAR YANG PASTI LEBIH MENGHIBURKAN!
SUDAHKAN ANDA BERSEDIA UNTUK SESUATU YANG BARU DAN SEGAR?

Sesuatu yang baru dan menghiburkan bakal menemui anda eksklusif di 8TV! Jika anda penonton setia 8TV, anda pasti mengetahui apa yang bakal berlaku – sebuah revolusi yang akan membuat bukan hanya sekadar menonton televisyen, malah anda akan mendapatkan sesuatu yang lebih mengujakan!

Bersempena dengan ulangtahun ke-7 8TV yang jatuh pada 8 Januari 2011, stesen televisyen hip ini akan melakukan perubahan besar untuk meraikan penonton-penonton setia kami! Jangan risau kerana kami menjanjikan sesuatu yang baru, lebih segar dan pastinya mengujakan!

image001

Kami akan membawa menonton ke satu tahap baru yang lebih menghiburkan! 8TV telah menyediakan tema menarik untuk hari-hari anda – ‘Mayday Monday’ Poptart Tuesday, Wicked Wednesday, Tic Toc Thursday, Freakout Friday, Sonicboom Saturday dan Chillax Sunday yang dipenuhi dengan variasi program-program menarik untuk hari-hari anda!

Selain itu, 8TV Quickie Search bakal melabuhkan tirai untuk mencari pemenang 8TV Quickie Search 2011. Setelah berminggu-minggu finalis-finalis ini berhempas pulas melakukan tugasan dan cabaran yang diberikan, kini segalanya bakal berakhir. Siapa yang bakal menyertai keluarga baru 8TV Quickie tahun ini?

Lima (5) finalis bertuah ini ialah Jeremy Teo, 26 tahun yang bertugas sebagai penyampai radio Red Fm, Ryan Matjeraie, 25 tahun seorang pereka grafik bebas, Adam Zain, 27 tahun, merupakan Ketua Program Fly Fm dan dua orang gadis berusia 18 tahun Denise Chan Li-Hsia dan Sonia Ayesha yang masih menuntut di kolej tempatan.

Pemenang 8TV Quickie Search akan diumumkan secara LIVE di 8TV pada 8 Januari 2011 jam 11.30 malam. Rancangan khas ini akan berlangsung selama 30 minit dan anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan pemenang bagi 8TV Quickie Search tahun ini!

Selain dari wajah baru 8TV, tema harian yang menarik dan variasi program hebat, 8TV juga telah menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi oleh penonton-penonton setia kami!

“Tahun ini kami telah menyediakan kejutan untuk penonton setia kami. Wajah baru 8TV hadir dengan imej yang lebih segar! Tidak hanya itu, kami juga telah menyediakan barisan program-program menarik untuk tontonan anda!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah, “Ini merupakan penghargaan untuk penonton setia kami yang sentiasa menyokong kami selama kami bersiaran. Kami menjanjikan yang terbaik dan suatu pengalaman baru yang mengujakan dengan 8TV!”

Sudahkah anda bersedia dengan perubahan besar 8TV? Sertai kami untuk meraikan ulangtahun ke-7 yang berlangsung tanggal 8 Januari 2011! Tandakan kalendar anda kerana ini merupakan sambutan ulangtahun terhebat sebagai pembukaan tahun baru anda!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan apa yang bakal anda lihat tahun 2011 ini, sila layari laman sesawang 8TV. 8TV boleh ditonton secara percuma menerusi saluran Astro 708.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my dan www.tonton.com.my setelah 12 jam program disiarkan di kaca TV. Penonton-penonton online juga berpeluang menonton laman-laman eksklusif termasuk aksi belakang tabir, klip-klip ujibakat dan banyak lagi!

Kini anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda menerusi mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mas Muharni & Nazim Othman dalam Fantasi Cinta Teruna

Amyza Aznan Jadi Pengacara Terbaru Sehati Sejiwa