in

Ujibakat Twisties Bingit 2009 8TV

BERSEDIA UNTUK ‘BINGIT’?
8TV Sedang Mencari Band Baru Yang Bakal Menggegarkan Malaysia…

Pernah mengimpikan untuk menjadi band rock terhangat di Malaysia? Mempunyai bakat menyanyi? Pernahkah anda bermimpi menyanyi di depan ribuan penonton? Jika anda merupakan penggemar muzik ddan mempunyai bakat bermain muzik atau menyanyi – anda adalah orang yang kami cari!

Setelah menerima sambutan yang cukup menggalakkan pada tahun pertama dan Modread telah dinobatkan sebagai juara, Twisties Bingit kembali untuk musim kedua, mencari band rock terhangat!

Buat pertama kalinya, 8TV  bekerjasama dengan Twisties untuk mencari pemuzik yang berbakat  iaitu pemain gitar, bass, dram dan penyanyi utama untuk menyertai rancangan ini.  

Twisties Bingit ialah sebuah rancangan realiti mencari mereka yang berbakat bermain muzik dan boleh menyanyi dengan baik dan seterusnya akan digabungkan menjadi sebuah band. Kesemua band-band ini kemudiannya akan berentap sesama sendiri dan akan menunjukkan bakat mereka kepada orang ramai melalui Gigs yang akan diadakan di beberapa lokasi.  

Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan kontrak syarikat rakaman.

“Twisties Bingit ingin mencari pemuzik yang berbakat – pemain gitar, bass, dram dan vokalis untuk membentuk satu kumpulan rock yang bakal menggegarkan Malaysia,” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim juga menambah “Saya percaya bahawa ramai lagi pemuzik dan band-band yang berbakat besar dan Twisties Bingit merupakan satu platform yang baik untuk mereka  menunjukkan bakat masing-masing”.

Pencarian band terhangat Malaysia ini akan dimulakan dengan sesi ujibakat yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Twisties Bingit memanggil semua pemain gitar, bass, dram dan vokalis yang berumur di antara 18 hingga 28 tahun untuk menyertai ujibakat yang diadakan. Ujibakat diadakan secara individu dan penyertaan peserta akan dilihat dan dinilai melalui cara persembahan, teknik permainan, kreativiti dan juga menerusi pemilihan lagu yang tepat. 
 
Ujibakat Twisties Bingit akan diadakan di lokasi-lokasi berikut:

3 Oktober 09, Sabtu
9.00 pagi – 5.00 petang
New World Park, Pulau Pinang

3 Oktober 09, Sabtu
9.00 pagi – 5.00 petang
Plaza Angsana, Johor Bahru

10 Oktober 09, Sabtu
9.00 pagi – 5.00 petang
Giant Putatan, Kota Kinabalu, Sabah

10 Oktober 09, Sabtu
9.00 pagi – 5.00 petang
Boulevard Mall, Kuching, Sarawak

17 Oktober 09, Sabtu
9.00 pagi– 5.00 petang
Siar Kaki Bangunan Yayasan Selangor, Kuala Lumpur

Program Twisties Bingit ini ditaja sepenuhnya oleh Twisties. Para juri yang bakal menilai peserta-peserta ialah ikon rock Malaysia – Amy Search, Edrie Hashim (gitaris, penulis lagu & penerbit)  dan Edris Adrian (Pengurus Label Monkeybone Records). TV personaliti dan pelakon Qi Razali telah diberi tanggungjawab sebagai hos untuk rancangan ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.8tv.com.my.

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda! Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009

Concert Beyonce Live in Malaysia