Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ujibakat Tiger Futbol Starz Astro



TIGER FUTBOL STARZ
Program realiti bola sepak pertama di Astro RIA

Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro Ria (saluran 104) meneruskan lagi penerbitan rancangan-rancangan hebat dengan memperkenalkan sebuah lagi program realiti bagi mencari jaguh bola sepak di kalangan kanak-kanak, Tiger Futbol Starz yang dibawakan bersama Krafts Food.

Tiger Futbol Starz ialah sebuah program realiti bagi mencari jaguh bola sepak di kalangan kanak-kanak yang menerapkan elemen keseronokkan, drama serta memberi aspirasi kepada kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun berlatih untuk menjadi juara.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA (saluran 104), Encik Khairul Mizan Shagul, “Objektif utama penerbitan program ini adalah untuk memberi kelainan dalam kandungan tempatan di samping komitmen kami dalam memberi hiburan yang pelbagai melalui platform yang kami sediakan.

Program realiti bola sepak ini diadakan khusus bagi tontonan seisi keluarga kerana selain dari memfokuskan kepada kemahiran bermain bola sepak, program ini juga mendidik para peserta tentang sikap bekerjasama dan kepimpinan dalam sebuah pasukan.

Pelbagai elemen kehidupan seharian dan drama bakal dilihat di dalam program ini yang menjadi asam garam bagi sesebuah program realiti.

Menurut Pengurus Besar Krafts FoodS Malaysia & Singapore; Mr Dieter Schulz, “Program Tiger Futbol Staz memberi platform kepada kanak-kanak untuk mengasah bakat mereka yang terpendam dalam bidang bola sepak. Kami mahu melengkapkan kanak-kanak ini dengan kemahiran asas bermain bola sepak  dan dalam masa yang sama mendidik mereka tentang kepentingan mengambil nutrisi yang betul sebelum menjadi seorang atlet.

Kami percaya semangat kerjasama di antara ahli pasukan serta nilai-nilai murni dapat disemai dengan menggalakkan kanak-kanak ini untuk bercampur-gaul dengan rakan-rakan yang datang dari latar belakang yang pelbagai semasa menjalani latihan dan cabaran-cabaran bola sepak kelak.

Tiger Futbol Starz juga mengukuhkan lagi nilai jenama ‘sekuat harimau’ yang mengajar kanak-kanak untuk makan makanan berkhasiat dan mengamalkan nilai-nilai murni semasa bekerja dalam pasukan dan bersukan.”

Sesi ujibakat akan diadakan di beberapa tempat terpilih seperti berikut dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang:

1.
Padang Tasik Titiwangsa,
Kuala Lumpur
31 Okt 2009

2.
Padang Merdeka Perbandaran Berjaya,
Kota Kinabalu, Sabah
7 Nov 2009

3.
Dataran Merdeka
Kuching, Sarawak
14 Nov 2009

4.
Padang Kolej Sultan Abdul Hamid
Alor Setar, Kedah
21 Nov 2009

5.
Padang USM
Pulau Pinang
22 Nov 2009

6.
Dataran JB
Johor Bahru, Johor
28 Nov 2009

Tiger Futbol Starz ini terbuka warganegara Malaysia yang berumur 7 hingga 12 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu hadir dalam pakaian sukan dan ditemani oleh ibu bapa atau penjaga. Mereka juga perlu membawa sekeping gambar saiz pasport serta kad pengenalan MyKID / MyKAD sebagai bukti pendaftaran.

Bagi mereka yang membawa sepeket biskut Tiger (sebarang jenis) semasa pendaftaran, mereka berpeluang untuk menerima hadiah istimewa daripada barangan Tiger.

21 orang peserta terbaik yang terpilih dari sesi ujibakat ini akan dimasukkan ke dalam ”Akademi Tiger Futbol Starz” di Casa MSN selama 2 minggu untuk menerima pelbagai latihan intensif. 3 orang peserta terbaik yang berjaya mengharungi cabaran-cabaran yang telah dijadualkan bakal menerima habuan sebanyak RM10,000 setiap seorang dan akan didaftarkan untuk menyertai sekolah sukan yang berprestij di dalam negara, Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Pelakon, penyanyi, model dan wajah eksklusif Astro, Erra Fazira telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program realiti bola sepak sebanyak 12 episod ini.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Photo of The Day: Erra Fazira Ajar Bola Sepak?
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Showcase My Starz LG
  • Gambar Sekitar Ujibakat My Starz LG di The Curve Damansara
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Siapa Pemenang Final My Starz LG Musim Ke-2?
  • My Starz – Program Realiti TV Terbaru TV3
  • Siapa Yang Tersingkir dari My Starz LG Ahad Ini?
  • Fiq Tetamu Istimewa Program Realiti My Starz LG



    • fendi

      kenapa tidak byak program bola untuk orang yg berumur 15-18…..saye adalah perserta supersoccerstar…..thanx you……..

    • http://realmadrid_aqil-alif.blogspot.com iqbal

      lagi elok kalau tiger football uji nbakat hingga 13 tahun.

    • azlan

      boleh letak gambar mereka sedang main?

    • unknown

      kenapa hanya melakukan 13 negeri?tidak termasuk perlis?mengapa di kawasan pedalaman tidak dibuat uji bakat?sepatutnya uji bakat antara 5 hingga 12 tahun

    • Shafiq

      boleh tak kalau tidak berpakaian sukan yg lengkap?seluar biasa boleh tak??

    • http://gilakah@yahoo.com football player

      npa tda buat ujibakat d keningau????

    • http://yahoo.com leina

      knape x de program untuk 13 taon

    • faiir

      sila nyatakan bila dan dimana pserta yang terpilih perlu pergi ketempat yang telah dikhaskan

    • nik

      apa buat uji bakat mcm bodoh

    • nik

      kalau boleh saya nak cabar 3 perserta tiger futbol starz

    • awang lidi

      DR. FREESTYLE BODOH HANYA PILIH ORANG TAK CUKUP AKALx13

    • awang lidi

      ajar orang tak cerdik boleh lah

    • wewel

      sya nak cabar azlan jha tu seendri sila ttp kan tarikh billa2 msa

    • azlan

      tarikh dah tamat

    • uoil

      tak brani ke takut ke bodoh trikh bkn tmat lagi penakut bodoh semua takreti bahasa pilih oANG KEDIL BEH LA JURULATH TIADA TARAF AMBIL JURULATIH LUAR NEGARA BARU PUAS BODOH

    • WEWEL

      JURULATIH BODOOOOOOOOOOOOO

    • azlan

      nak buuat mcm mna dah saya ditugas ka kerja

    • http://facebook acap

      bolleh budak umur 13 tahun masuk dalam acar tiger futbol!!!!!

    • http://facebook acap

      tu lah buat second murah ,lopek……….

    • http://facebook acap

      cari jurulatih yang lebih bagus boleh tak!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • http://- nidal

      hakimi dan halimi tu kembarkan??????????

    • http://- big boy

      kenapa ujibakat tidak dibuat di kawasan perumahan\taman.KENAPA DIBUAT DI SHOPPING COMPLEX?????????????????????????????????KENAPA????

    • http://- big boy

      JURULATIH TAK ETI AJAR MAIN BOLA KAAAAAAAAA HA

    • prettycute98

      knp dorang x letak image results yeh?? letak le.. ak nk tgk gmbr Hakimi yg hensem tu!!

    • http://www.astro.com.my/tigerfutbolstarz zulnain

      bila tarikh ujibakat tiger futbol starz mula

    • megat

      bila ujibakat tiger football starz 2010 bermula?

    • black cat

      btul 2 btul kata megat

    • akim

      ape syarat-syarat untuk masuk?ape butiran yg perlu bawa?

    • far_east

      rancangan ini adalah bagus.boleh mengasah minat kanak2 utk mencapai cita-cita.harap2 yang terpilih msok team malaysia mewakili negara yg tercinta

    • http://24300 zahir

      cube lh buat 13 tahun ke bawah

    • http://24300 zahir

      cube lah buat 13 thn ke bwh shouk gak

    • http://sioh siti

      aku ada abang yang pandai main bola ,wakil sklh lg 2….dia nk msk sgt prtandingan nii tpi dyo brunur 13 thn

    • amierul

      untuk 2010 punye ujibakat bile…x silap sampai umur 16 kn…sila jwb dgn segera

    • http://amirull_crew@yahoo.com edie amirull

      kenape hanya org yang berumur bawah 12 tahun sahaja layak kenape pihak penganjur tidak membuat dua pasukan iaitu bawah 15 tahun juga layak memasuki pertandingan ini…..

    • ali

      dimanakah ujibakat tiger futbol starz yg dilakukan pd 13 november 2010

    • Fernando Torres

      ada x 2010 tiger futbol starz??????

    • Mohamad farhan ikhwan

      Salam……saya cadangkan supaya Pihak Tiger Futbol Starz dapat membuat 2 kategeri,iaitu bawah 12 tahun dan bawah 17 atau bawah 15 tahun.Secara tadak langsung ini akan memberi peluang kepada remaje bawah 15 dan 17 tahun untuk menyetainya.Malahan ia juga dapat memberi kesan positif terhadap Bola sepak remaje kita.Apabila kedua-dua kategeri ini bergabung dalam satu pasukan,saya percaya pasukan itu akan bermain dengan lebih matang seperti main dengan cara yang lebih terbuka,pandai mencari ruang dan sebagainya.Saya juga berharap agar Pihak Tiger Futbol Starz akan mengadakan uji bakat di kwasan-kwasan yang kurang popularitinya.contohnya Seremban, dan lain-lain lagi.Saya juga berharap pada masa akan datang Pihak Tiger Futbol Starz akan menambah baikkan cara mempromosikan uji bakat.Contohnye mempromosi uji bakat tersebut melalui akhbar,media masa,televisyen,risalah dan sebagainya.Sekian……..

    • mohd nizam b.md noor

      sy ada anak umur 15 tahun n 9 tahun..
      nk daftar tiger fotbal straz musim 2011

    • mohd nizam b.md noor

      bila ujibakat tiger fotbal starz musim 2011 bermula..dimana…reply segera

    • mohd nizam b.md noor

      bila musum baru 2011 bermula..dimana..reply segera

    • khairyel reezwan

      camne a….. nak masuk kat TIGER FUTBOL STARS tu

    • syahrul

      assalamualaikum yang berhormat….puan erra fazira

      saya ingin tahu dimanakah lokasi tiger futbol starz pada musim kedua atau 2011 dan tarikh…..terima kasih puan harap puan menerima saya dengan sukarela….assalamualaikum.

    • syahrul

      salam puan erra fazira dan juga tuan awal asyaari…

      saya memohon supaya sAYA Diterima masuk kedalam tiger futbol starz..saya ingin thu dmnkh lokasinya di terengganu dan bilaka tarikhnya….saya hrp tuan dan puan menerima saya dengan sukarela….sya hrp puan dan tuan hbngi sya…..019-9841891……umur sye 11 tahun bekas pemain daerah…sya ingin menyerlahkan bakat sya kedalam tiger futbol starz……

    • Mohd Rais Mohd Yussof

      umur 15 tahun tak boleh ke?

    • Mohd Rais Mohd Yussof

      umur 15 tahun tak boleh ke?

    • Mohd Rais Mohd Yussof

      umur 15 tahun tak boleh ke?

    • mattji muhd

      dulu rasanya da kategori lebih 12 tahun, masa saya hantar anak ujibakat tahun 2010. Tapi frust sebab panel pemilihan macam acuh tak acuh je tengok anak2 main.

      Macam nama dah ada dalam tangan je…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK