Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ujibakat Soccer Kids di TV3



‘LENTUR BULUH DARI REBUNG’
Program ‘Soccer Kids’ Lahirkan Pelapis Sukan Bolasepak

Dua tahun lalu ketika mula-mula diperkenalkan, program sukan mencungkil bakat kanak-kanak dalam bolasepak – Soccer Kids terbitan TV3 benar-benar mendapat perhatian umum. Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga turut memberi sokongan penuh dalam merealisasikan program ini.

Secara umumnya, menjadi tanggungjawab FAM untuk memartabatkan bolasepak tempatan justeru program Soccer Kids tampil tepat pada waktunya. TV3, FAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyedari hakikat bahawa dengan program-program begini mampu menjadi pelopor kepada kejayaan bolasepak tempatan iaitu dengan pemfokusan terhadap akar umbi, kanak-kanak menjadi taruhan harapan.

Program Soccer Kids kini bersiap sedia menjalani penjelajahan sesi pemilihan pemain di pusat pemilihan seluruh negara bermula penghujung Oktober ini. Sebanyak empat lokasi pusat pemilihan telah di pilih oleh panel pemilihan yang akan diketuai sendiri oleh pengawai-pegawai dan jurulatih-jurulatih FAM terpilih iaitu ketua jurulatih, En. Ismail Ibrahim dibantu oleh Lim Chao Chin dan Asri Niggal.

Peserta berumur antara 10 hingga 12 tahun yang terpilih akan menjalani latihan insentif dan saringan akhir bagi melayakkan mereka menyarung jersi Soccer Kids dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan bawah 12 tahun luar negara.  

Ketika ditemui, Pengurus Projek Soccer Kids, Feisal Malik berkata “Mungkin terlalu tinggi cita-cita ingin melihat program ini sebagai menaikkan taraf bolasepak negara. Itu adalah cita-cita. Kami disini hanya membantu dan mungkin program ini dapat menyumbang kepada pembentukkan kanak-kanak dalam sukan bolasepak. Itu yang paling penting,” katanya.

Program akar umbi dari peringkat kanak-kanak amat berkurangan dan amat mustahil bagi kanak-kanak ingin menonjolkan bakat yang ada. Ilham menjalankan satu projek bola sepak menjadi satu idea bernas,” ujarnya

Kami di TV3, ingin jadikan ilham itu sebagai satu kenyataan lalu terbitlah program ‘Soccer Kids’ ini. Dalam masa yang sama ianya sebagai satu langkah membantu FAM dalam melatih pemain-pemain muda berkaliber Malaysia untuk tanggungjawab lebih besar perlu digalas,” ujar Feisal lagi

Melalui sesi pemilihan ini, pemain-pemain akan didedahkan dengan aspek bola sepak; kemahiran asas, keupayaan tahap kecergasan, kemahiran individu, koordinasi, dan situasi permainan.

Setelah menjalani latihan pusat ini, pemilihan pemain akan disaring sehingga kepada 16 orang pemain sahaja bagi menentang pasukan kelab antarabangsa bawah 12 tahun. Berikut adalah senarai lokasi pemilihan yang akan di adakan:-

24 & 25 Oktober 2009
Dataran Johor Bahru – (8.00pagi-4.00ptg)

31 Oktober & 1 November 2009
Padang USM Pulau Pinang – (8.00pagi-4.00ptg)

7 & 8 November 2009
Padang MPK1, Kuantan – (8.00pagi-4.00ptg)

14 & 15 November 2009
Kompleks Sukan Kampung Pandan – (8.00pagi-4.00ptg)

Bagi yang berminat pastikan anda menghadiri sesi pemilihan dengan pakaian sukan yang lengkap dan ditemani oleh ibubapa atau wakil penjaga yang sah. Pendaftaran untuk sesi pemilihan akan dibuka dari pukul 8.00 pagi dan ditutup pada 4.00 petang untuk memberi ruang dan masa agar proses pemilihan pemain dapat dijalankan dengan efektif. Bagi ibubapa dan keluarga pula, kunjungilah Karnival Sukan Keluarga  anjuran KBS di mana pelbagai aktiviti dan gerai jualan serta pameran boleh dikunjungi.

Kepada semua kanak-kanak yang berbakat dalam bola sepak, ini adalah landasan bagi anda untuk menyerlahkan bakat yang ada. Jangan lepaskan peluang menyertai sesi pemilihan ini di lokasi berhampiran anda. Semoga berjaya!

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Perlawanan Soccer Kids TV3 VS Burnley FC
  • Program ‘Soccer Kids’ TV3
  • TV3 Kids School Attack Jana Minda Cerdas Kanak-Kanak
  • MISI PENCARIAN MUKA BARU di ntv7 BERMULA!
  • TV3 Bakal Anjurkan My Kids Awards
  • TV3 Kids Voice Out School Attack
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • The Water Horse & Da Vinci Creative Kids Art Worshops
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition



    • syahril

      tuan.saya berumur 12 tahun.saya ingin menyerlahkan bakat saya di soccerkids.tetapi saya kini baru berpindah ke machang kelantan.disini tiada program tersebut.jadi saya ingin memohon agar program tersebut dapat dilanjutkan tarikhnya pada 22 november hingga 23 november yang bertempat di machang kelantan.saya harap tuan akan menerima permohonan ini dengan sukarela.

    • Muhammad Firdaus

      Salam,

      Saya ingin tahu program Soccer Kids 2009 akan bermula bila dan dengan negara mana yang mereka akan bertanding. Kami peminat d Pulau Pinang menyaksikan pemilihan akhirnya.

      Harap tuan dapat maklumkam saya.

      Terima kasih.

      Muhammad Firdaus

    • shafiq

      Salam,

      tuan.saya berumur 12 tahun.Saya ingin tahu program Soccer Kids 2009 akan bermula bila dan dengan negara mana yang mereka akan bertanding.saya ingin memohon agar program tersebut dapat dilanjutkan tarikhnya pada 12 december 2009 di kuching,sarawak.saya harap tuan akan menerima permohonan ini dengan sukarela.

      Harap tuan dapat maklumkam saya.

      Terima kasih.

      shafiq…

    • shafiq

      saya lupa nak kata saya nak jadi goalkepper yg terbaik…

    • foziah saffian

      hai Program Soccer Kids TV3,adik saya MOHAMMAD SOUFAN SAFFIAN minat sangat dalam sukan bola sepak,kalau boleh pihak tuan dapat menganjurkan pemilihan pengambilan ahli soccer kids di sekolah.

    • http://MIOMI99 WAN

      SAYA NAK SAGAT JADI SOCCER KIDS

    • EIMAN FIT

      PROGRAMME INI WAJAR DITERUSKAN UTK MEMBERI PELUANG KEPADA KANAK2 YG BERBAKAT DAN ‘KAKI BOLA’ . SAYA BERMINAT UTK SERTAI SOCCER KID, JIKA PROGRAMME INI DITERUSKAN..SILA MAKLUMKAN ATAU EMAIL TARIKH PEMILIHAN 2010 DAN SETERUSNYA,OK TQ

    • Amirul Ashraf

      Salam

      Saya berumur 10 tahun. Bagaimana cara saya ingin menyertai program soccer kids? Apakah ia dianjurkan setiap tahun?Saya memang berminat dengan permainan bola sepak.

      Harap tuan dapat maklumkan kepada saya

    • http://google Wan Ahmad Danial Bin Wan Zainuddin

      Salam

      saya berumur 10 thn.Saya mempunyai bakat dalam sukan bola sepak.Saya ingin memohon agar program soccer kids 2010 dapat dijalankan di Kuala Terengganu Darul Iman…Saya sangat-sangat berharap Tuan dapat menerima permohonan saya..

      Harap Tuan dapat memaklumkan kepada saya dan menerima permohonan saya dengan sukarela.

      DANIAL..

    • wan

      salam;
      tuan, saya ingin meminta dari pihak soccer kids supaya menganjurkan umur 13 tahun untuk menyertai soccer kids..

    • safwan

      Saya ingin mengetahui yang soccer kids ni bawah umur berapa….umur saya 14 bolehkah saya masuki ujibakat soccer kids ni

    • syedimran

      saya ingin megetahui kita perlu membawa baju ke jika hendak ke sesi ujibakat nanti.

    • muhammad irfan rosni

      saya suka main bola sepak saya nak jadi permain…

    • sue

      saya mmpunyai anak yg berumur 6thn, boleh atau tidak dia memasuki soccer kid atau mana mana permainan yang ada permainan bola. kerana anak saya begitu minat bermain bola. dan mempunyai bakat bermain bola.

    • syedimran

      di manakah sesi ujibakat soccer kids musim ke tiga ini.saya ingin meyertai soccer kids.harap di tempat yang berdekatan saja.saya tinggal di taman cheras utama.8)

    • muhammad akhiruddin

      boleh tanya untuk ujibakat di johorbaharu 14 november nanti dimana ya?

    • muhammad akhiruddin

      oh ujibakat tahun ke2010.

    • Ammar(M|ko)

      saya terer jadi defender :)

    • http://imranbinbasir@yahoo.com imran arsenal

      saya daripada kelantan adakah tarikh pemilihin socerr kids di padang maktab sultan ismail

    • Sarah

      bole bagi tahu jadual untuk ujibakat soccer kid yang akan diadakan bulan october 2010?

    • http://taktau asyraf akhtar

      saya suka main bola saya telah terpilih dalam acara bola sepak untuk wakil daerah saya harap awak pilih saya masuk dalam kepulan soccer kid….boleh?????

    • khairul

      sye akan menyertai soccer kids

    • abg farhan

      assalammualaikom……
      saya ada adik angkat yg minat menyertai socer kids ni tapi x tau bila tarikh ujibakat pada tahun 2010 ni di kawasan utara dan di mana ujibakat akan diada kan tolonglah inform saya balik jasa baik anda amat2 saya hargai

    • http://soccerkidz ikqwan sohaimi

      tuan ………soccer kids 2010 ujibakat kena 10-12 tahun ker….saya berharap tuan buat untuk 10-14

    • http://facebook Muhd Nazrul

      As’kum . Saya ingin tahu , bagaimana mahu mencari ujibakat Soccer Kid ? Bawah 12 . Sesiapa yang tahu , sila bagitau saya . Saya teringin sangat mahu masuk Soccer Kid .

    • muhammad fitri kata

      hai semua saya muhammad fitri bin fahrolrozi yang berada di sitiawan perak
      saya mahu menyertai soccer kids yang akan diadakan di mulai di pulau pinang tetapi ayah saya tidak mampu untuk membawa ke sana saya bertanya-tanya kenapa tidak ada program soccer kids yang diadakan di negeri perak?…

    • syafik guar perahu

      sya pernah ke pmilhan sk di plau pnang dkt pdang polo tpy xdapat

    • anies

      salam,
      boleh sy tahu bile tarikh, mase dan tempat ujibakat terakhir soccer kids.

    • azmi

      anak saya berumur 12 tahun pada 12 Februari 1998, adakah beliau layak menyertai uji bakat tersebut. Tq

    • http://- zaim

      saya akan menang dalam bola sepak

    • http://soccerkidstv3 fiqri

      salam,

      saya ingin masok ke soccer kids…. sebab saya hebat main midfield…..harap dpt msok

    • irfan iman

      salam,
      boleh sy tahu bile tarikh, mase dan tempat ujibakat terakhir soccer kids.

    • haikal

      salam….socer kids pde taun 2010 x de ke????

    • azri

      umur saya 12 thn ……. bila soccer kid nk dtg di kelantan ……. tahun 2011 …..
      bulan brapa ….. hari ….. ……. saya berharap boleh masuk soccer kid ……
      amin …..

    • Irfan Ikram

      Tak de ke soccer kids di Sarawak……………..boringlahhhhhhhhhh…………………………….2011 nanti……pergilah dekat Sarawak………k…………..

    • aiman

      saya nak masuk dalam soccer kids pada 2011,harap-harap ia akan di buka.

      aiman

    • aiman

      bila tarikh akan di buka nanti.

    • abdul rakib

      Assalamualaikum ni rakib saya ada buat satu team untuk menyertai ujibakat soccer kids.ada tak ujibakat untuk menyertai di kl.

    • Isnoradilia

      Assalamualaikum…
      saya ingin bertanya mengenai soccer kids…bagi permulaan untuk menyertai soccer kids…adakah seorang kanak2 itu dilatih terlebih dahulu…sebab adik saya masih kecil lagi…baru berumur 7 tahun…saya ingin dia menjadi pemain bola sepak yg berjaya…saya ingin mendidik dia menjadi ahli sukan suatu hari nanti….boleh saya tahu…dimana saya bole dapatkan maklumat mengenai soccer kids lebih terperinci lagi…bole tuan berikan contact number….senang saya untuk berurusan….dan website soccer kids…
      Saya ber soccer kids dapat membuat latihan permulaan di perak…

    • amir

      Saya nak tanya bila uji bakat diadakan untuk thn 2010

    • Mohammad

      assalamualaikum adkah ujibakat kat sabah

    • http://najmi_haikal07@yahoo.com najmi

      salam.
      tolong buka untuk 13 tahun punya
      sya harap prmintaan sya diluluskan

    • shahir

      Asalamualkum.

      Boleh saya tahu bilakah ujibkat soccer kids TVS musim kedua akan diadakan dan dimanakah lokasinya

    • syahrul

      assalamualaikum tuan

      saya ingin tahu bilakah ujibakat soccer kids di musim kedua akan diadakan dan tarikh……terima kasih tuan

    • http://www.budiey.com syahrul

      assaamualaikum tuan saya ingin tau bilakah ujibaat soccer kids akn brlngsng dn dmnkh lksny dan trkh nya…..pada musim kedua….

    • syahrul

      salam….tuan saya ingin thu blh ujibakat sccr kids musim keempat saya inginmasukdan blkh trkhnya dan dmnkh lokasinya sya hrp tuan hbngi sya 019-9841891 umur sya 11 tahun bks pemain daerah

    • http://pulse.yahoo.com/_7FYO4PGAUXW2TCHDDT5DRFFJ5I Zary

      soccer kids tu hary sabtu dan ahad ker,,,ahad pendaftaran baru atau sambungan hary sabtu???



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK