Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Ujibakat Raja Lawak Musim Baru



RAJA LAWAK MULAKAN PENCARIAN BAKAT-BAKAT BARU
Kombinasi pelawak serba boleh bakal gamatkan kerusi juri untuk musim keempat

Selepas menobatkan Kumpulan Sepah sebagai juara Raja Lawak pada musim ketiga, Astro meneruskan lagi inisiatifnya bagi mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro yang kini memasuki musim keempat.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Nizam Sani, ”Selepas program Raja Lawak Astro berjaya menyumbang bakat-bakat komedi baru atau barisan pelapis pelawak ke persada hiburan tanahair sebanyak tiga musim, kami tidak teragak-agak untuk menyambung program ini ke musim keempat kerana percaya masih ada banyak lagi bakat-bakat komedi yang belum dicungkil di luar sana.

Pada musim lepas juga program Raja Lawak Astro berjaya mengumpulkan rating yang tinggi pada setiap minggu dan pada episod akhir sahaja, program ini berjaya mengumpul sebanyak 1.28 juta penonton. Angka-angka  ini merupakan penyuntik semangat untuk kami meneruskan program ini ke musim keempat.

raja lawak

Oleh itu, program Raja Lawak Astro amat berbesar hati untuk memulakan penjelajahan dalam mencari bakat-bakat baru dan kali ini ke lima buah negeri di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah.”

Sesi ujibakat akan memulakan penjelajahannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad) dari jam 10 pagi hingga 6 petang di tempat-tempat yang berikut:

17 & 18 Oktober 2009
Plaza Kotaraya, Johor Bahru
Johor

24 & 25 Oktober 2009
Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
Pulau Pinang

31 Oktober 2009 &
1 November 2009
Megamall, Kuantan
Pahang

7 & 8 November 2009
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Selangor

14 & 15 November 2009
One Borneo, Kota Kinabalu
Sabah

Pada musim ini, program realiti bakat lawak popular ini bertuah apabila mendapat kerjasama tiga pelawak serba boleh untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Beliau yang dimaksudkan ialah penulis, pengarah, pelakon, penyanyi, penerbit filem dan hos tv serba boleh, Afdlin Shauki; penyampai radio dan pelawak terkenal; Din Beramboi serta pelawak dan pengacara tv yang dikenali ramai; Bob Lokman.

”Kami melihat kombinasi juri pada musim ini sebagai pilihan terbaik dan percaya kredibiliti mereka mampu mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi. Pengalaman mereka dalam bidang seni juga merupakan satu bonus dalam menghujahkan kritikan-kritikan yang bernas pada setiap minggu kelak,” tambah Nizam lagi.

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim keempat) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini tiga tahun berturut-turut dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

Radio SINAR FM telah dilantik sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan informasi mengenai Raja Lawak Astro (keempat) boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi di www.astro.com.my/rajalawak4 dan dengan menekan butang merah ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro. Selain itu, program realiti bakat lawak ini juga mendapat sokongan padu daripada www.murai.com.my selaku portal rasmi yang akan mengemaskini perkembangan semasa.

Raja Lawak (musim keempat) akan mula menemui para penonton pada 26 Disember 2009, jam 8.30 malam di Astro Prima.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Gambar Angah & Along Raja Lawak di ABPBH2010
  • Temui Shahir dan Adira di Ujibakat Raja Lawak 5 di The Mall
  • Gelanggang Akhir Raja Lawak 6
  • Ujibakat Raja Lawak Musim 5
  • Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak
  • Raja Lawak Musim 6 Minggu 5
  • Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Zizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat Tinggal



  • 13 Komen untuk entri “Ujibakat Raja Lawak Musim Baru”

    1. acHoe kata:

      oK la 2,
      raJa lawaK diteruskan Lg.
      sBb aku memag minat lah gitu…

    2. achoe,nyonyot N wan kata:

      raja lawak ni la d tunggu,ada pun d sabah..
      minggu depan 2…
      kami mau cuba2 nasib la..
      mana tau dapat kan..
      angan2 menjadi kenyataan juga..
      hakhakhak.
      insyaALLAH..

    3. achoe,nyonyot N waN kata:

      mau tanya ba ni..
      mcm mana saringan dia berlangsung ni??
      adakah akan d bagitau d akhir ujibakat 2 sepa yg terpilih??
      mcm mana 2 arr??

    4. sharif pahang kata:

      Kenapa murai x siar2 kan lagi berita2 semasa uji bakat raja lawak 4 kat kuantan pada 31nov & 1 oct.harap2 dapat siar kan ye.

    5. kedang kata:

      kepada pihak astro..boleh tak siarkan nama-nama mereka yang terpilih untuk ujibakat raja lawak musim ke 4….kerana saya ingin tahu mereka yang terpilih…jadi saya harap pihak astro..dan geng murai dapat siarkan nama mereka yang terpilih…terima kasih atas kebaikan anda diatas permintaan saya…thanks so much…and good luck…astro. moga rancangan raja lawak dapat diteruskan dengan jayanya ..percayalah dimalaysia banyak bakat-bakat yang bagus untuk dijadikan rancangan raja lawak atau rancangan lain daripada yang lain…cuma kita tengok tv diluar banyak rancangan mereka buat kerana mereka tau banayk bakat yang bagus diluar..percayalah tiada lebih bagus…dari kita jikalau kita selalu kongsi ilmu didada…thanks…untuk semuanya…

    6. angah kata:

      bila yang terpilih di panggil? tungu2 senyap je

    7. angah kata:

      biar berlumpur aku tak malu ,,,biar robek baju ku ,,aku tak hairan,,biarpun air liur meneleh mase memandang aku tak kesah…jan ji aku nak hiburkan orang,,,,,,tapi ,,,,tak ade keputusan pun,,,,,? tgu je la talipon tu ,,,jgn bagi mati dah ,,,,nanti jadi ,,,dis is woi meseg tgu tgu woi meseg jugak,,,,/

    8. angah kata:

      naik basikal tak de bunyi
      naik motor bunyi exzos
      naik kete muzik bebunyi
      naik rumah tengok raja lawak lah boss,,,,,,,

    9. pak choh kata:

      bila la uji bakat raja lawak nak dtg perlis??

    10. park chow kata:

      bdk2 perlis pun teringin nak uji bakat raja lawak jgk….

    11. ridzuan89 kata:

      murai.com.my bile mau buat uji bakat raja lawak
      musing ke 5??????????kami dah x sabar nk join raja lawak ke 5.

    12. mohd kata:

      kalau blh buat ujibakat raja lawak kat sarawak

    13. fikiritu kata:

      elo astro Elo Murai.com BILA AKAN MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERAMAI² :D

      Answer RAJA LAWAK 5 Pada ?/11/2010 haha

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK