in

Ujibakat Raja Lawak Musim 5

RAJA LAWAK KEMBALI LAGI!
Astro Prima giat penjelajahan ke enam buah negeri untuk cari pelapis pelawak baru

Satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari pelapis bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro ternyata tidak menghampakan apabila pihak Astro mengumumkan untuk meneruskan lagi inisiatifnya menjelajah ke enam buah negeri di seluruh Malaysia pada petang ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, ”Kami telah bersetuju untuk berkunjung ke sebuah lagi negeri iaitu Sarawak bagi mencungkil bakat-bakat baru kerana menerima sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari penduduk di negeri itu.

Melalui pertambahan sebuah lagi negeri untuk sesi ujibakat ini, kami yakin pihak produksi akan mendapat lebih ramai bakat-bakat baru yang pastinya akan memeriahkan lagi dunia hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak.”

Sesi ijibakat akan memulakan penjelajannya pada setiap minggu (Sabtu & Ahad dari jam 10 pagi hingga 10.00 malam di tempat-tempat berikut:

2 & 3 Oktober 2010 Berjaya Megamal, Kuantan Pahang
9 & 10 Oktober 2010 Prangin Mall, Pulau Pinang Pulau Pinang
16 & 17 Oktober 2010 Centre Point, Kota Kinabalu Sabah
23 & 24 Oktober 2010 Plaza Kotaraya, Johor Bahru Johor
30 & 31 Oktober 2010 Go Down Theatherette, Kuching Waterfront Sarawak
6 & 7 November 2010 The Mall Kuala Lumpur

Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program raja Lawak Astro memasuki musim kelima ini.

”Kami akan mengumumkan senarai baru barisan juri pada minggu pertama gelanggang Raja Lawak berisaran kelak. Sama ada kami akan mengekalkan barisan juri yang sedia ada dan mencari seorang pengganti bagi kerusi Allahyarham Din Beramboi, atapun membuat rombakan secara keseluruhan, semuanya akan terjawab apabila Raja LawakAstro (musim kelima) mula berisaran pada 7 Januari 2011. Nantikan sahaja,” tambah Nizam.

Anda berbakat boleh buat lawak tak ingat, inilah masanya mencungkil bakat anda. Mana tahu, boleh jadi pelawak terkenal!

Raja Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Corat Coret Sekitar MASIF 2010

Maxis Launch Health Portal Epicure Malaysia 2010