in

Ujibakat Program SELANGORFM NEXT TOP DJ

Program “SELANGORfm Next Top DJ” adalah merupakan sebuah program realiti radio terbaharu terbitan stesen Radio Malaysia SELANGORfm. Program ini diterbitkan oleh saudara Sharul Bahat, bermatlamat untuk mencari dan mencungkil wajah – wajah baru yang akan mewarnai dunia penyiaran radio tempatan amnya dan SELANGORfm khususnya.

Ujibakat bakal diadakan pada 5 Mac 2015, hari Khamis mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di pejabat Radio Malaysia SELANGORfm, Bangunan IPPTAR, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Ujibakat Program SELANGORFM NEXT TOP DJ

Ujibakat Program “SELANGORfm Next Top DJ”, Program Realiti Radio Terbaharu SELANGORfm

Antara syarat kelayakan ialah warganegara Malaysia yang berumur sekitar 20 hingga 36 tahun dan berminat di dalam dunia penyiaran, latar belakang pendidikan sekurangnya Diploma, berpenampilan menarik, serta tidak terikat dengan sebarang komitmen pekerjaan adalah amat dialu-alukan untuk menyertai ujibakat ini.

Program ini dijangka akan bermula pada 16 Mac 2015 dan akan mempertandingkan 5 peserta yang berjaya dari peringkat saringan ujibakat. Mereka akan melalui pelbagai tugasan seperti bersiaran bersama Dj pada Segemen Pagi, membaca berita, menghasilkan kapsul pesanan khidmat masyarakat, membuat ulasan selari dan sebagainya.

Program ini akan membuat penyingkiran seorang peserta pada setiap hari Sabtu, pada jam 8.30 pagi. Pemenang akan diumumkan pada peringkat akhir menjelang pertengahan bulan April nanti.

Pemenang akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan kontrak sebagai penyampai radio SELANGORfm.

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ujibakat sila bawa sekali gambar anda yang berukuran 4R. Sebarang pertanyaan mengenai Program “SELANGORfm Next Top DJ” anda boleh menghubungi kami di talian 03 22876751 atau layari www.facebook.com/SELANGORfm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelakarnya Apabila Anzalna Nasir Jadi Bibik Dalam Drama ORANG GAJI IQ

Persembahan Tim Aerobatik Kebangsaan KRISAKTI di LIMA LANGKAWI 2015