in

UJIBAKAT PROGRAM REMAJA TV3

SERTAI UJIBAKAT PROGRAM REMAJA!

Program Remaja akan mengadakan satu sesi ujibakat mencari bakat baru dalam dunia penerbitan khususnya wartawan penyiaran. Sesi ujibakat akan diadakan di Sri Pentas TV3 pada 22 November 2008 dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang untuk mengisi ruang kekosongan dan permintaan tinggi sebagai wartawan penyiaran program ini. Program Remaja mencari seseorang yang berperwatakan ceria, sophistikated dan bersemangat tinggi. Sesi ujibakat ini terbuka kepada semua remaja tanpa mengira bangsa berusia dari 18 hingga 23 tahun.

Menyusuri sejarah penerbitan program Remaja di TV3 yang sudah berusia hampir 15 tahun sejak awal penerbitannya, program ini masih diminati walaupun dengan perubahan penonton yang meningkat usia setiap tahun. Program remaja yang masih utuh bersiaran, sudah memasuki fasa baru dengan membekalkan kandungan yang berinformatif, intelektual dan ideal dalam usahanya menarik perhatian khalayak yang disasarkan kepada golongan muda khususnya.

Remaja, kini menukar siarannya ke waktu perdana dari jam 7.00 malam hingga 7.30 malam, setiap hari Ahad memberi iktizam baru bahawa program ini akan terus bertapak dan masih mendapat tempat di hati penonton. Program Remaja yang diterbitkan secara ‘kreatif’ oleh penerbit muda Ahmad Shafullizam Arshad atau lebih dikenali sebagai GBam cukup istimewa dengan teknik terbitan yang tidak membebankan dan bersifat lebih santai.

GBam menjelaskan, “Sebenarnya, saya menggunakan beberapa teknik penerbitan yang selari dengan kemahuan remaja iaitu ‘simple’, inovatif selain mengasyikkan. Waktu siaran baru ini akan memperlihatkan bahawa program ini berusaha menarik minat penonton bukan saja dari golongan remaja malah setiap lapisan masyarakat. Sidang redaksi penerbitan juga terdiri daripada golongan remaja dan masing-masing turut terlibat secara langsung memberi pandangan kreatif dalam penghasilan setiap episod.”

“Saya tidak nafikan bahawa perubahan ketara dari segi waktu siaran dan teknik penerbitan ini menarik lebih ramai penonton. Hasilnya, program remaja ini yang bersiaran pada setiap Ahad 7.00 malam ini berjaya mencatatkan pertumbuhan dari jumlah tontonan. Episod lalu menerima kadar penontonan 511,000 (2.7TVR) dan kami akan berusaha agar kadar penonton terus meningkat dalam beberapa minggu lagi,” katanya lagi

Program Remaja yang tampil dengan beberapa segmen seperti Refleksi, Hot,Happening & Stylo, Gadget, dan Buletin menekankan isu-isu semasa minat remaja seperti teknologi, info muzik, selebriti, hobi selain mengupas kehidupan para remaja moden. Program ini juga satu-satunya program di TV3 yang mempunyai sosial utiliti online atau lebih dikenali ‘facebook’ tersendiri iaitu, klik ‘remaja’ dan terbukti bahawa kini sudah mempunyai seramai 3,000 ahli komuniti di facebook.

Remaja bersiaran setiap hari Ahad jam 7.00 malam. Semoga terhibur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Premiere James Bond Quantum Of Solace

Peraduan Pelancaran Drama Rona Roni Makaroni