in

Ujibakat Program Realiti Ultimate Power Group

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Satu Pertandingan Nyanyian Paling Sensasi?
8TV mempersembahkan sebuah program realiti dari produksi
tempatan dalam mencari kumpulan vokal terbaik…

Apa yang paling penting untuk menyanyi dalam sesebuah kumpulan? Setelah menempa kejayaan dengan rancangan Project SuperStar, 8TV kini tampil dengan sebuah lagi program realiti nyanyian berbahasa Mandarin yang cukup menarik – Ultimate Power Group!

Ultimate Power Group sedang mencari bakat-bakat baru yang boleh menyanyi dengan baik untuk menyertai Ultimate Power Group. Ujibakat seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur!

Ultimate Power Group merupakan program realiti nyanyian Cina berkumpulan pertama di Malaysia dalam pencari penyanyi berkumpulan paling berbakat dan popular. Jika kamu fikir menyanyi seorang diri di pentas adalah sesuatu yang sukar, bagaimana rasanya jika kamu perlu menyanyi secara berkumpulan? 

Ultimate Power Group menghimpunkan penyanyi-penyanyi solo yang berbakat tetapi bakat nyanyian mereka pastinya akan lebih bersinar jika menyanyi secara berkumpulan.

Menurut Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, “Kami sememangnya mendapat respon yang luar biasa bagi program realiti Project SuperStar. Menyedari masih ramai lagi bakat-bakat baru di luar sana, kami akhirnya bersetuju untuk mengadakan sebuah lagi program realiti nyanyian dengan format yang baru dan lebih menarik, maka lahirlah program Ultimate Power Group,”

“Ultimate Power Group merupakan satu platform untuk penyanyi-penyanyi berbakat di luar sana mencabar diri sendiri dengan menyertai program realiti nyanyian terbaru berbahasa Cina yang julung-julung kalinya tampil untuk mencari sebuah kumpulan vokal yang berkualiti,” ujar Kim lagi.

Kim juga menambah, “Bukan senang untuk menyanyi dan membuat persembahan secara berkumpulan kerana banyak cabaran yang perlu mereka hadapi dalam mencari keserasian dan memahami di antara satu sama lain,”

Jadi apakah ciri-ciri penyanyi yang mahu dilahirkan di dalam pertandingan ini? Selain memiliki bakat nyanyian, pertandingan yang terbuka kepada rakyat Malaysia berumur dari 18 – 28 tahun ini pastinya perlu menjalani sesi ujibakat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kesemua peserta akan dibahagikan kepada 12 buah kumpulan dan akan menjalani proses ujibakat yang agak ketat di mana markah akan diambil kira dari pelbagai aspek antaranya kekuatan vokal, personaliti dan juga keserasian di dalam sesebuah kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini boleh hadir sebagai kumpulan vokal wanita atau lelaki dan juga gabungan di antara lelaki dan perempuan. Ahli-ahli yang dibenarkan di dalam sesebuah kumpulan pula ialah dari 2-5 orang peserta.

12 kumpulan terbaik akan dipilih untuk bertanding sesama sendiri secara langsung pada setiap minggu. Juri-juri akan dipanggil untuk mengadili persembahan mereka dan akan memilih kumpulan-kumpulan yang dirasakan telah menampilkan persembahan yang cukup menarik. Bagi kumpulan yang lemah, nasib mereka terletak kepada penonton di studio dan di rumah. Kumpulan yang mendapat undian terendah akan diundi keluar. Pada malam final nanti, persembahan akan diadili melalui 50% markah dari pihak juri dan 50% dari undian SMS.

Pada peringklat akhir, 3 kumpulan yang bertanding akan membuat persembahan untuk merebut tempat pertama yang bakal memenangi RM100, 000 dan sekaligus dinobatkan sebagai pemenang program realiti Ultimate Power Group.

Pengacara popular 8TV iaitu Gary Yap dan Natalie Ng telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara bagi program ini yang akan membawakan berita-berita terkini kepada anda semua.
 
Ultimate Power Group mengalu-alukan pihak penaja kami XOX Com Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat operator telefon mudah alih baru yang akan membawa anda menikmati servis yang cukup lengkap dengan cas yang begitu rendah. Selain itu mereka juga menawarkan kemudahan pembayaran yang cukup fleksibel bagi semua pengguna. 

“Kita sememangnya mempunya ramai bakat-bakat terpendam di luar sana dan XOX begitu beminat untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Ultimate Power Group kerana sasaran kami ialah untuk mencari bakat-bakat baru dalam komuniti berbangsa Cina,” ujar Mr. Ng Kok Heng, Presiden XOX Com Sdn Bhd.

“Program ini juga cukup selari dengan strategi pemasaran kami untuk mendekati kaum berbangsa Cina di Malaysia. Produk dan perkhidmatan kami sememangnya direka khas untuk pasaran Cina yang dilengkapi dengan servis telefon mudah alih dan internet,” tambah Ng lagi.

Ultimate Power Group akan memulakan sesi ujibakat mencari kumpulan vokal berkualiti pada tarikh-tarikh di bawah:

1
6th Disember 2008

9.00am –5.00
Lobby Level, Cititel, Georgetown, Penang

2
14th Disember 2008

9.00am – 5.00pm
The ZON Regency Hotel, Johor Bahru, Tingkat 6

3
20 & 21 Disember 2008

9.00am – 5.00pm
Exhibition Hall, Level 6, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut sila lungsuri laman web kami di www.8tv.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA

MILEY CYRUS DALAM HANNAH MONTANA SEASON 2