in

Ujibakat Pilih Kasih Musim Kedua

Pilih Kasih, program pencarian bakat untuk menjadi pelakon serba boleh kini kembali lagi untuk musim kedua. Seperti biasa, program terbitan Rosyam Nor ini dimulakan dengan sesi ujibakat. Budiey ada dengar juga, sesi ujibakat Pilih Kasih tak mendapat sambutan menggalakan tapi lihat pada sambutan orang Sabah di sesi ujibakat yang diadakan pada 24 dan 25 Julai 2010 di Centre Point Sabah lalu bukan main gempak lagi. Tak percaya boleh tengok gambar yang Budiey letak kat bawah ni.

Untuk audition kat Sabah, Pilih Kasih sebenarnya ada beberapa peserta yang berbakat dan mempunyai pakej menarik. Cuma masalah loghat bahasa mereka kat sana yang sedikit berlainan. Majoriti peserta Sabah boleh menyanyi dengan baik.

Walaubagaimanapun, mereka masih gagal memikat hati juri dari segi monolog. Juri Pilih Kasih yang mengadili peserta di Sabah ialah pelakon dan pengarah yang disegani iaitu Erma Fatima dan seorang pelakon serba boleh iaitu Amyza Aznan. Apa yang lebih menarik lagi, juri Pilih Kasih sanggup naik ke pentas untuk membantu peserta lebih menghayati watak, begitu juga dgn Rosyam Nor yang sangat sporting.

Sambutan di Sabah lebih meriah dan seawal pukul 9.30 pagi lagi, peserta sudah mula mendaftarkan diri. Ada beberapa peserta yang gagal, namun mereka mencuba untuk kali ke dua.

Untuk hari yang kedua, penonton dan peserta lebih teruja di atas kehadiran Rosyam Nor. Di Sabah, Pilih Kasih telah menjemput Uhaizah (Finalis Pilih Kasih 01) sebagai pengacara. Pihak Pilih Kasih juga dikejutkan dengan peminat fanatik Rosyam Nor yang tiba-tiba naik ke pentas dan memeluk peserta yang sedang berlakon. Ada juga peserta yang datang dari UMS (Universiti Malaysia Sabah), datang untuk ujibakat tapi mereka menyamar sebagai pekerja buruh kasar dan ulat di Pudu Raya, dan mereka adalah antara yang terpilih disenarai-pendekkan.

Oleh kerana sambutan yang sangat hebat, pada hari terakhir, Rosyam Nor telah melanjutkan masa ujibakat selama lebih kurang satu jam dan pihak produksi juga dapat beberapa orang yang boleh disenarai pendekkan.

Pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010, Pilih Kasih akan ke Sarawak pula dengan dua orang juri utama iaitu Amyza Aznan dan pengarah Bade Hj.Azmi. Pengacara pula, Zulin Aziz (top 10 PILIH KASIH 01). Rosyam Nor juga akan bersama-sama kami di setiap tempat audition.

Budiey diberitahu, selepas hari raya aidilfitri, Pilih Kasih akan meneruskan pencarian bermula di Johor, Kelantan dan akhir sekali kami akan ke KL Sentral.

Tahun ini Pilih Kasih cuma memerlukan 16 peserta sahaja, berbanding tahun lepas iaitu 20 peserta. Pentas Pilih Kasih akan bersiaran secara langsung selama 11 minggu di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan.

Kalau nak imbas balik, juara tahun lepas, Iqbal Mazlan dari Kuala Lumpur. Jejaka kelahiran Bagio, Philipina berusia 21 tahun. Kedua Reza Hasbi dari Perak dan tempat ketiga Indera Hafiz dari Pulau Pinang.

Mungkinkah tahun ini, wanita akan jadi juara? Siapa tahu?

Kalau anda ada bakat terpendam dalam bidang lakonan, apa kata uji kemampuan diri dan nasib anda dalam sesi ujibakat Pilih Kasih. Mana tahu, anda akan menjadi bintang pelakon terkenal suatu hari nanti.

Gambar-gambar sekitar ujibakat Pilih Kasih musim kedua di Sabah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3

Siapa Pemenang Juara Akademi Quran Musim Ke 4