in

UJIBAKAT PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE

UJIBAKAT PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee A.M.N, mula menjadi terkenal sejak Allahyarham menceburkan diri dalam bidang muzik dan lakonan. Muzik dan lagulah yang telah menempatkan nama Allahyarham di dalam ingatan seluruh lapisan warga negara dan muzik juga merupakan bidang awal yang diceburi oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee A.M.N. 

Masih ramai peminat-peminat Allahyarham yang masih terhibur dengan lagu-lagu serta filem lakonannya. Sehingga sekarang, seluruh lapisan masyarakat, baik yang tua atau yang muda, bukan sahaja mengingati lagu-lagu nyanyian Allayarham, tetapi juga menghafal skrip filem lakonannya. Sebab itulah Pertandingan Bintang P.Ramlee 2008 dianjurkan oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pertandingan ini melibatkan tiga negeri yang bakal berentap di Pertandingan Bintang P.Ramlee 2008 Peringkat Zon Tengah. Tiga negeri tersebut adalah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan dan setiap negeri akan memilih wakil mereka untuk dipertandingkan di pertandingan peringkat zon tengah pada pertengahan Oktober nanti.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ujibakat untuk Pertandingan Bintang P.Ramlee 2008 telah pun berlangsung pada 10 Ogos 2008 yang lalu. Ujibakat ini telah dianjurkan oleh radio KLfm dan acara yang telah dijalankan berlangsung dengan meriah sekali di Pentas Utama Pasar Seni Kuala Lumpur. Dengan pengalaman juri-juri profesional yang telah dijemput, mereka memilih tiga pasangan untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pertandingan Bintang P.Ramlee 2008 Peringkat Zon Tengah nanti. Juri-juri yang terlibat adalah Encik Eddy dari Rentak 50 dan Encik Nasiruddin, seorang ahli muzik yang sering mengiringi persembahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee A.M.N sewaktu hayatnya dahulu.

Tiga pasangan yang telah dipilih oleh juri-juri profesional ialah, pasangan pertama, Mohd Razif Ayob, dan beliau telah mendendangkan lagu Putus Sudah Kasih Sayang secara solo dan juga mendendangkan lagu Saat Yang Bahagia secara berduet bersama pasangannya Siti Noorain Mohd Razi.

Pasangan kedua yang telah dipilih sewaktu ujibakat Bintang P.Ramlee 2008 yang lalu ialah Mohd Amerullah Zainudin bersama pasangan duetnya Che Rohaida Che Daud dan lagu pilihan mereka adalah, nyanyian solo Merak Kayangan dari Mohd Amerullah serta lagu duet Malam Bulan di Pagar Bintang.bersama Che Rohaida.

Pasangan ketiga dan terakhir yang telah melayakkan diri untuk mewakili negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan Bintang P.Ramlee 2008 Peringkat Zon Tengah nanti ialah Redzuan Mastar dengan lagu yang telah beliau persembahkan iaitu lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan pasangannya Che Mah Sharif yang telah mempertandingkan lagu Senyum Tak Berbalas sewaktu ujibakat lalu.

Penyanyi Azizul Khamis dan Salwa Abdul Rahman turut tidak ketinggalan memeriahkan acara dengan persembahan nyanyian mereka. Selain itu, hari tersebut turut digamatkan dengan acara Team BK Mini Walk Hunt @ Central Market yang disertai oleh artis seperti kumpulan KOOL dan Nikki juga tidak ketinggalan para media, dj, dan Sahabat KLfm.

Saksikanlah ketiga-tiga pasangan ini berentap di peringkat zon tengah nanti. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Bintang P.Ramlee 2008 Peringkat Zon Tengah, dengarlah KLfm (97.2fm) atau layari laman web www.rtm.gov.my untuk mendengar secara streaming. Jika ingin melihat gambar-gambar pada hari Ujibakat Pertandingan Bintang P.Ramlee 2008 Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, layarilah laman web rasmi KLfm di www.kl.fm

[tags]ayat ayat cinta, blog sandra dewi, empat mata, gambar kahwin maya karin, indo seleb, indonesian girls, irina melati roelcke, jejaka eropah, kekasih maya karin, luna maya, maya karin, private school in malaysia, steven shorthose, artis kahwin, ayam drumstick, bali, bmw x6, cheap hotels bali, dj azura, gambar kahwin dj azura, m3 sedan, lippo bank bank niaga merger, melaka, mukhriz mahathir, oil subsidiy malaysia, Jonas Brothers, Olympic Charity Singles, Gnarls Barkley[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Album KEMBALI Butterfingers

DRAMA CALL OUT MUM DI RTM2