in ,

Ujibakat Pencarian Pengulas Sukan Anjuran TV3 & TV9

Sempena musim demam bola sepak Liga Super dan Piala AFC yang sedang berlangsung, fanatik sukan berprestij dijemput untuk menjadi sebahagian daripada keluarga sukan TV3 dan TV9. Sebuah ujibakat pengulas bola sepak bakal diadakan pada hujung minggu ini, 28 Febuari 2015, bertempat di Theatrette, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor bermula jam 10.00 pagi.

Sesi pencarian bakat mengulas bola sepak ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 25 tahun dan ke atas, tidak kira lelaki atau perempuan. Antara syarat lain yang menjadi kriteria seorang pengulas bola sepak yang dicari adalah seperti:

Bersuara besar dan lantang
Mempunyai kecergasan suara yang baik
Memiliki inspirasi ketika mengulas sukan

Para hadirin yang berminat untuk menyertai sesi ujibakat ini hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti resume terkini, salinan kad pengenalan, berserta salinan sijil-sijil yang berkaitan.

Sekiranya menjadi seorang pengulas bola sepak adalah impian anda, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami.

Hadirkan diri anda ke sesi ujibakat pengulas bola sepak kami pada Sabtu ini, 28 Febuari 2015, di Theatrette, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor bermula jam 10 pagi. Suara Anda, Semangat Mereka.

pengulas sukan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izara Aishah di Veet Mega Model Search 2015

Logitech Wins 10 Prestigious Product Design Awards